Peknga Sihat KakNjang – Healthy Pancake With Nestum And Oat

Peknga Sihat KakNjang

Minggu baru. Semangat baru! Pagi ini KakNjang nak kongsi satu resepi ringkas untuk yang selalu kes kecemasan pagi-pagi. Peknga Sihat KakNjang!

Buka peti pagi tadi baru perasan salad timun tomato semua dah habis…

Nak sarapan apa ni…?!

Maka timbullah idea biasa yang diluarbiasakan isi kandungannya walau rupanya macam biasa biasa sahaja…

Pancake nestum oat… or in other word – PEKNGA SIHAT KAKNJANG!

Rajin pulak nak share resepi hari ni dengan anda semua. Jom!?‍♀️ cooking class #whenMomIsHome

Resepi Peknga Sihat KakNjang!
—————————————————

1 cup tepung gandum + tepung beras sikit
1 cup LFM
1 biji telor
1 sudu makan butter
1 sudu teh gula
2 sudu makan oat + nestum
Sedikit serbuk penaik
Hujung sudu teh garam

Masukkan semua di atas ke dalam blender. Blend seadanya.

Tapis ke dalam bekas/mangkuk yang senang nanti nak sendukkan adunan tu…

Dah tapis, tambah lagi sesudu oat + nestum dan kacau adunan tadi.

Panaskan kuali/frying pan/pemanggang ajaib apa saja yang anda nak guna yang sesuai.

Sapu sedikit butter kalau risau takut melekat. Tapi jangan sampai berladung pulak minyak dia nanti. Kita tak nak peknga kita berminyak… sangat!

Guna senduk nasi, scoop adunan tadi ke dalam pan yang dah cukup panas. Perlahankan api. Tutup pan.

Kejap je about 15 sec, balikkan. Another 15 sec… siap!

Mai mana nama PEKNGA? Peknga ni singkatan bagi TemPEK kat pungkoq belaNGA!

BelaNGA tu apa? Belanga tu kuali!

Macam-macam variasi peknga ni. Ada yang buat dengan pisang or kelapa parut. Tapi KakNjang lebih suka nestum + oat.

Ok. Banyak kerja pending nak kena settle.

Selamat mencuba resepi Peknga Sihat KakNjang!

Semoga bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *