Pemakanan Sihat Sebagai Ikhtiar Rawatan Perubatan
DOES GOOD FOOD COUNT AS HEALTH CARE?
Jumpa satu artikel ni dalam InfoMed Malaysia Oct–Dec2017. Para doktor, pusat-pusat jagaan kesihatan dan program komuniti sedang mencari kaedah untuk memasukkan keperluan pemakanan sihat dalam rawatan perubatan.
Kalau tanya kaknjang, semestinya pemakanan yang baik menyumbang kepada penjagaan kesihatan terbaik. In fact, kesihatan yang baik bermula dari pemakanan sihat.
Kaknjang sangat-sangat sokong sekiranya kajian lanjut dijalankan untuk tujuan ini. Rata-rata penyakit yang kita ada bukannya bersehari dua. Malah bermula sejak bertahun atau puluhan tahun sebelum ini. Kebanyakannya disebabkan oleh tabiat pemakanan kita.
Apa yang kita makan hari ini akan tercermin dalam masa 10-20 tahun akan datang. Ini fakta. Jadi, jika kita sudah ada pelbagai penyakit sekarang, silalah muhasabah diri. Renung semula tabiat pemakanan kita 10-20 tahun yang lampau.
Apa yang KakNjang boleh cadangkan buat permulaan, kita mulakan dengan green juicing. Ini bertujuan untuk tingkatkan pengambilan sayur hijau berdaun dan buah-buahan mentah dalam diet harian kita.
Tak tahu bagaimana nak bergreen juicing? Baca di sini… Jus Hijau Untuk Penuaan Sihat
Apa yang kaknjang harapkan ialah suatu hari nanti, bila keluar dari klinik atau hospital, bukan sekadar senarai ubatan yang perlu dibeli di farmasi yang diberikan kepada pesakit, tetapi juga senarai makanan sebenar yang perlu diambil bagi mengelakkan masalah kesihatan yang sama dari berulang kembali… paling tidak pun senarai makanan sebenar yang mampu membuatkan kita kekal sihat lebih lama.
Pemakanan Sihat Sebagai Ikhtiar Rawatan Perubatan.
Apa kata anda semua?
Tinggalkan Balasan