Perlu Ambil Vaksin Covid-19 Untuk Kembali Norma Biasa
Hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini tentang pengambilan vaksin covid-19. Ada yang positif dalam hal ini. Namun ramai juga yang macam-macam hal. Ada yang takut dengan kesan sampingan vaksinasi tersebut sebab masih baru. Ada yang tidak meragui tentang keberkesanan vaksin covid-19 tapi tak berani nak ambil. Tidak kurang juga yang mempersoalkan status halal haram vaksin ini. Anda di pihak yang mana?
Tolak Vaksin Nafi Hak Rakyat Bebas Wabak | Berita Harian
Bila kita ambil vaksin, kita bukan sahaja melindungi diri sendiri dari sesuatu penyakit. Malah kita juga berusah melindungi orang di sekeliling kita dari dijangkiti oleh kita. Kita bukan penyebab orang lain sakit. Inilah konsep yang kita pegang selama ini KITA JAGA KITA. Kena sama-sama bersatu hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Memang sekarang ini keutamaan diberikan kepada frontliners dan mereka yang berisiko tinggi. Namun itu tidak mencukupi untuk mencegah dari djangkiti dan menjangkiti. Perlu ada lebih 70% populasi setempat diberi vaksin supaya wabak merbahaya seperti covid-19 ini tidak terus merebak.
Tidak wajar umat Islam tolak vaksin covid-19 | Sinar Harian
Dalam isu halal haram, kesan sampingan serta keberkesanan sesuatu keputusan untuk memvaksinasikan semua rakyat; bukan masalah kita pun. Kerajaan Malaysia dah ada jabatan-jabatan tertentu yang bertugas untuk menyelesaikan setiap sesuatu isu tadi. Kita sebagai rakyat sepatutnya patuh kepada arahan pemerintah dalam menangani isu global seperti pandemik covid-19 ini.
Ni KakNjang petik sebiji-sebiji dari artikel tersebut:
“Dalam keadaan wabak yang mengancam nyawa manusia seluruh dunia, pengambilan vaksin atau imunisasi ini bukan lagi merupakan kehendak seorang individu tetapi ia merupakan keperluan kepada masyarakat dunia secara umumnya bagi menjaga maslahah agama, rakyat dan negara.
Pengambilan vaksin yang diputuskan kerajaan dan hukum pengharusannya adalah berasaskan pertimbangan serta penelitian yang sangat teliti. Ini berasaskan nas-nas syarak oleh para alim ulama, pakar perubatan serta pihak berkuasa yang berautoriti dalam aspek farmaseutikal dan keselamatan negara.
Dalam isu kesan sampingan yang mungkin timbul, tahap risiko kemudaratan telah pun dikenal pasti oleh pakar perubatan dan farmaseutikal dan ia ditangani mengikut kadar keperluannya.
Tindakan tersebut selari dengan kaedah fiqhiyah yang menetapkan bahawa tahap kemudaratan perlu diukur mengikut kadar keperluannya.
Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Norsafina Zainal
PM: Tolak Vaksin Pergerakan Dihadkan| Utusan Digital
KakNjang setuju sangat dengan Tok Abah PM kita. Siapa tak ambil vaksin covid-19 ni tak boleh keluar ke mana-mana! Ehek.. itu KakNjang yang cakap. Tapi kalau KakNjang ada depan Tok Abah sekarang ni, KakNjang akan kata “Teruskan je Tan Sri. Tak payah kemungkinan kemungkinan lagi!!!!” Fuh! Berkobar semangat KakNjang hehehe tapi ini apa yang sebenarnya dikatakan oleh PM kita baru-baru ini…
Saranan KakNjang:
Pada pandangan KakNjang, vaksin covid-19 ni sangat penting buat semua. Tapi bila ada yang tolak vaksin tersebut, di situlah ruang untuk covid-19 ni terus merebak. Jadi, sementara menunggu giliran untuk terima vaksinasi, marilah kita sama-sama kekal berada di rumah dan jaga kesihatan seisi keluarga. Usaha untuk tingkatkan imuniti tubuh dengan memperbanyakkan makan sayur dan buah. Atau pun pilihan lain adalah melalui pengambilan suplemen. Boleh mulakan dengan vitamin C!