Cara Atasi Empty Nest Syndrome? | Azura Abdul

Bagaimana cara atasi empty nest syndrome | Azura Abdul | Penuaan Sihat

Hari ini KakNjang nak berkongsi dengan anda semua… Bagaimanakah cara terbaik untuk kita atasi keadaan Empty Nest Syndrome.

Cara atasi empty nest syndrom bila anak mula keluar dari rumah utuk masa depan mereka.

Bila anak-anak mula tinggalkan rumah untuk tujuan lanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh, kolej atau universiti, sudah mula bekerja di perantauan atau sudah berkahwin, ibubapa akan rasa sayu, sedih dan sunyi tapi dalam masa yang sama rasa bangga dan bersyukur atas pencapaian anak-anak.

Itu normal. Empty Nest Syndrome ni bukanlah suatu diagnosis klinikal. Tapi Empty Nest ni merupakan istilah yang diguna pakai untuk menerangkan tentang perasaan tersebut. Rasa Sarang Kosong! Bercampur baur…

Kenapa KakNjang kata itu normal? Iye lah… kita selalu galakkan anak-anak untuk berdikari. Be independent. Keluar dan cari pengalaman baru di luar sana. Kita yang suruh mereka soar high, tapi perasaan tika melepaskan tu Allah saja yang tahu.

Selalunya kaum ibu lah yang paling merasai situasi Empty Nest ni sebab merekalah insan yang lebih mengambil berat atas sesuatu keadaan anak-anak. Makan pakai mereka, sakit demam mereka, sokongan untuk siapkan kerja sekolah dan sebagainya. Bagi yang anak-anak hanya keluar rumah bila nak masuk universiti, cuba bayangkan mereka dah berada di bawah ketiak mak selama lebih 18 tahun. Tetiba mak dah kekurangan satu-dua sebab untuk leterannya. Mati kutu dibuatnya!

Bagaimanakah Cara Yang Terbaik Untuk Atasi Empty Nest Syndrome?

Tiada cara terbaik yang sesuai untuk semua orang. Setiap individu memiliki cara mereka tersendiri untuk atasi sindrom sarang kosong atau Empty Nest Syndrom. Apa yang KakNjang akan kongsikan hanyalah sebagai panduan yang KakNjang rasa sangat baik untuk kita follow walau bukan 100%.

Terima Hakikat

Kita perlu terima hakikat bahawa apa yang kita rasa ini adalah suatu yang normal. Tidak salah untuk menangis dan rasa kosong. Selesai menangis, tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

Empty Nest ni merupakan satu fasa kehidupan yang semua orang akan lalui. Dan ini masa kita.

Dan segalanya tidak terhenti di sini.

This emptiness sebenarnya membuka lembaran baru dalam kehidupan kita anak beranak.

Bagaimana anak-anak melangkah ke alam baru dalam fasa kehidupan mereka, begitu juga kita.

Cari jalan untuk memanfaatkan diri kita dengan menjadi sahabat karib mereka yang memberi sokongan tanpa batas dalam setiap langkah mereka di luar sana.

Beri sokongan tanpa batas!

Kerap Berhubung

Kita sekarang di zaman millennia serba canggih. Gunakan segala teknologi yang ada untuk kekal berhubung. Stay Connected!

Kerap Berhubung Melalui Media Sosial |  Cara atasi empty nest syndrome | Azura Abdul

Jika pada zaman KakNjang sambung belajar dulu, berhubung dengan mak di tanah air hanya melalui panggilan telefon talian tetap. Itu sahaja. Masa tu belum ada Facebook, WhatsApp, Instagram semua tu. Video call? memang tiada.

Dengan perbezaan zon masanya lagi, about 11 – 12 jam.

Bayangkan bagaimana keadaannya bila mak perlu bersengkang mata semata-mata nak tunggu panggilan telefon dari KakNjang. Setiap panggilan yang masuk pada waktu yang pelik, terus mak melompat ke telefon untuk jawab.

Boleh je nak tulis surat. Tapi by the time surat sampai, cerita dah tak valid. Kadang tu kita dah buat beberapa panggilan telefon, surat tak sampai-sampai lagi!

Sekarang semuanya dah jadi mudah. Tak nak bercakap real time, boleh je rekod video dan hantar guna WhatsApp. Nanti ummi bangun tidur, ummi boleh tengok.

Follow FB dan Instagram anak-anak untuk ketahui perkembangan mereka. Walau jauh dari segi fizikal, kita masih boleh rasa dekat dengan memanfaatkan segala teknologi yang ada sekarang. Tiada alasan untuk tidak stay connected!

Dapatkan Sokongan Moral

Sokongan awal paling dekat dengan kita adalah pasangan hidup kita. Kongsi apa kita rasa, rancang apa tindakan selanjutnya bersama-sama. Itu sokongan awal yang KakNjang rasa paling kuat untuk kita cepat atasi masalah empty nest ini.

Next adalah untuk kita berkawan dengan parents yang sama-sama ada pengalaman anak keluar dari rumah to pursue their undertakings. Join WhatsApp group tertentu dan berkongsi pengalaman juga tindakan yang diambil bagi mengatasi rasa sarang kosong ini.

Sibukkan Diri Anda!

Cara mudah untuk alihkan perhatian kita daripada perasaan yang bercampur baur itu ialah dengan melibatkan diri dengan aktiviti fizikal luar rumah seperti camping, jogging, gardening. Mulakan hobi baru. Make plans with old friends. Focus on your business.

Ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda buat.

Macam KakNjang, KakNjang claim the spot!

KakNjang alih atur beberapa furniture di tempat yang ‘dikosongkan’ dan gunakannya sebagai tempat untuk menjahit 😉

Sibukkan diri anda | Azura Abdul

Sentiasa Berfikiran Positif

Fikirkan extra masa dan tenaga yang kita ada sekarang. Jika masih ada anak-anak yang masih bernaung di bawah bumbung kita, fokus terhadap menjadikan mereka insan terbaik dunia dan akhirat. Jika semua dah keluar, fokus kepada hubungan suami isteri. Fokus kepada apa yang kita boleh buat now that we have more time and energy. Ke masjid dan kelas-kelas agama bersama maybe 😉

Saranan KakNjang

Empty Nest Syndrome ni, jika tidak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan kemurungan. Kemurungan ni dah masuk bab klinikal. Perlu berjumpa doktor. Jadi, sebelum sampai ke tahap kemurungan atau depression ni, KakNjang cadangkan kita semua tambahkan deposit ke dalam tabung emosi keluarga. KakNjang ada bincangkan tentang tabung ini di sini… atau klik pada gambar di bawah.

Collecting Memories: A Deposit to Emotional Bank Account

Rujukan:
WebMD
MayoClinic
VeryWellFamily

Julai 3, 2023

Tag:,
  • In shaa Allah, pengorbanan yang berbaloi. Membuah kemanisan manis dihujungnya nanti.

    Yang penting mak ayah stay healthy utk ke raikan graduation anak2.. dan melihat mereka membina kehidupan berkeluarga mereka pula..

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *