Apa Itu Vitamin C? Apakah Makanan Sumber Vitamin C?

Apa itu sumber vitamin C?

Ketika negara sedang rancak dilanda wabak COVID-19 dengan jumlah kes pada 4 angka setiap hari sejak kebelakangan ini. Ramai yang mencari Vitamin C untuk tujuan menguatkan sistem imun bagi melawan sebarang penyakit. Namun tahukah anda apa itu vitamin C? Apakah sumber vitamin C? Apakah manfaat vitamin c untuk tubuh kita?

Ramai yang dah tahu namun bagi yang masih tercari-cari, mari KakNjang terangkan serba ringkas apa itu vitamin c dan dari mana datangnya vitamin c itu.

Apakah Itu Vitamin C?

Vitamin C, atau nama saintifiknya – asid askorbik, merupakan sejenis vitamin larut air yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesis haiwan tertentu. Vitamin C juga merupakan antara vitamin utama yang bersifat anti-oksida dan membantu manusia melawan tekanan oksidatif Tubuh kita pula tidak boleh menyimpan vitamin C. Ini bermaksud sebarang lebihan dalam badan akan disingkirkan melalui perkumuhan. Dan ini juga bermaksud kita manusia perlu mengambil vitamin c secara berkala melalu pemakanan untuk fungsi tubuh yang optimum.

sumber vitamin c manusia dari pemakanan
Tahukah anda? Haiwan mamalia mampu menghasilkan vitamin C sendiri dari badan mereka kecuali manusia.

Haiwan mamalia mampu menghasilkan vitamin C sendiri tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada pemakanan harian atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

sumber vitamin c dari pemakanan
Tahukah anda? 90% Vitamin C yang diambil dalam diet harian datangnya daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apakah Makanan Sumber Vitamin C?

Sumber lain vitamin C
selain oren.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C.

Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah seperti jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.

Sayur-sayuran pula adalah seperti brokoli dan tomato.

Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C

Rujukan:
MyHealth.gov.my
Wikipedia Ensiklopedia Bebas

Sumber lain Vitamin C ialah melalui pengambilan suplemen kesihatan seperti Vitamin C Shaklee.

Setiap tablet vitamin C Shaklee membekalkan 500mg vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat.

Cara ini membolehkan setiap tablet Vitamin C Shaklee melepaskan vitamin C pada kadar 100mg setiap jam selama 5 jam.

Bersamaan dengan anda memakan 1.5 biji oren setiap jam, selama 5 jam!

Dapatkan sebotol Vitamin C Shaklee anda dari KakNjang sekarang. WhatsApp ke 0196686767.

Pengedar Shaklee Malaysia
Total Page Visits: 391 - Today Page Visits: 6
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *