Suplemen Pelengkap Nutrisi, Bukan Sumber Utama Nutrisi!

Suplemen sebagai pelengkap nutrisi, bukan sebagai sumber utama nutrisi!

Dalam masyarakat kita hari ini, ramai yang bergantung kepada suplemen sebagai sumber nutrisi kepada pemakanan yang tidak sihat. Kita sepatutnya mengamalkan gaya hidup yang sihat, diet sihat yang lengkap dan seimbang supaya pengambilan suplemen hanyalah sebagai pelengkap kepada jurang nutrisi yang wujud. Bukan sebagai sumber utama nutrisi tersebut.

Seperkara lagi, walau kita tahu kepentingan dan fungsi sesuatu vitamin, tidak kiralah samada dalam bentuk makanan sebenar mahu pun suplemen, bagaimana cara kita mengambil vitamin tersebut juga memainkan peranan.

KakNjang terpanggil untuk membebel tentang hal ini bila terbaca satu artikel ni di Express.co.uk, Supplements could be a waste if you’re swallowing them with this drink.

Sebuah syarikat akhbar digital di United Kingdom menekankan satu isi kecil tapi pada KakNjang ini sesuatu yang besar. Industri suplemen untuk vitamin dan mineral merupakan sebuah industri ratusan juta, tapi juga merupakan suatu pembaziran yang besar bila kebanyakan rakyat UK mengambil suplemen bersama makanan dan minuman yang salah.

Tannin dalam air teh menghalang serapan zat besi. Jarakkan pengambilannya.

“For example, the tannins found in tea can inhibit the absorption of iron, while oxalates found in some green leafy veg can interfere with the absorption of calcium.”

Dr Sarah Schenker, Dietician, National Health Services, UK

Untuk mendapat serapan iron/zat besi terbaik, elakkan mengambil suplemen zat besi bersama teh. Sebaiknya, ambillah bersama jus segar oren. Buah-buahan seperti oren tinggi vitamin C. Vitamin C bantu serapan zat besi.

Baca lagi tentang kepentingan vitamin C di sini…

Ramai yang tidak tahu!

Pada KakNjang bukan rakyat UK sahaja yang begini. Malah ada juga rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori begini. Jika di tanya keperluan dan fungsi beberapa vitamin dan mineral utama seperti A, B, C, zat besi dan kalsium, tidak ramai yang boleh jawab. Apakah sumber makanan untuk vitamin dan mineral tersebut juga ramai yang tidak tahu.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang mengambil suplemen untuk dapatkan nutrisi tertentu, tetapi membazir sahaja. Asal aku telan suplemen, cukuplah nutrisi aku hari ini! Payah lah macam ni…

Makanan yang mengandungi vitamin c paling tinggi

Kajian terkini di UK mendapati ramai rakyat UK yang kekurangan beberapa nutrisi penting.

Pengambilan diet sihat yang lengkap dan seimbang sepatutnya dapat membekalkan tubuh dengan semua vitmain dan mineral yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Namun terdapat beberapa kes tertentu yang memerlukan seseorang itu mengambil suplemen, walau pemakanan sudah baik terjaga.

Contoh Beberapa Situasi Yang Memerlukan Suplemen Sebagai Pelengkap Nutrisi

Vitamin B9/folate diperlukan oleh seseorang yang sedang berusaha untuk hamil atau sedang hamil.

suplemen folate/b9 pelengkap nutrisi ibu hamil

Vitamin B12/cobalamin didapati dari makanan sumber haiwan. Mereka yang vegan, hanya mengamalkan diet sayur-sayuran akan kekurangan B12. Suplemen diperlukan dalam kes begini. B12 memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh termasuklah dalam menyokong fungsi saraf, penghasilan sel darah dan DNA kita. Lagi info tentang B12 di sini…

Vitamin D. Penting dalam kesihatan tulang dan fungsi imun. Namun bagi mereka yang asyik berkurung di dalam rumah, atau keluar bekerja awal pagi ke pejabat dan pulang hanya untuk tidur malam. Golongan sebegini perlukan tambahan atau sokongan vitamin D melalui pemakanan tambahan. Suplemen.

Suplemen Bukan Solusinya!

Namun begitu, ini tidak bermaksud jika kita tidak punya lifestyle yang sihat, makan diet yang sihat, kita masih boleh dapat nutrisi lengkap melalui pengambilan suplemen. Sehari dua mungkin ok. Tapi bukan untuk digunakan sebagai penyelesaian jangka masa panjang.

Jika kita mengamalkan diet yang sihat, lengkap dan seimbang, bersenam; kita mungkin tidak perlu untuk mengambil suplemen setiap hari.

Pakar nutrisi mendapati, pengetahuan ibubapa tentang keperluan nutrisi boleh mempengaruhi pemakanan anak-anak. 10% daripada bapa di UK mendapati bahawa vitamin A, B, C, D, E, K adalah tidak penting dalam diet harian mereka.

Bila ini keadaannya, ibubapa akan cenderung untuk berikan anak-anak apa sahaja yang memudahkan mereka asalkan perut anak kenyang.

Paling mudah adalah makanan segera yang boleh didapati secara pandu-lalu. Bukan tak boleh ambil suplemen untuk kes begini, tapi anak-anak perlu dididik bahawa pemakanan yang sihat, lengkap dan seimbang adalah sangat penting untuk kita kekal sihat lebih lama.

Pinggan sihat Malaysia suku-suku-separuh

Latih anak-anak dengan gaya pemakanan sihat. Amalkan pinggan sihat Malaysia; suku-suku-separuh. Suku protein, suku karbo dam separuh pinggan lagi sayur dan buah.

Saranan KakNjang:

Amalkan pemakanan diet sihat, lengkap dan seimbang. Tidak kira apa peringkat usia kita, tiada alasan untuk abaikan pemakanan sihat. Bersenam secara konsisten bersama keluarga mahupun seorang diri mengikut kesesuaian. Amalkan pengambilan suplemen secara bijak sebagai pelengkap nutrisi.

Warga Emas kekurangan 9 nutrisi berikut
Warga tua lebih cenderung untuk berdepan dengan masalah kekurangan nutrisi…
Keperluan asas seseorang setiap hari. Gagal untuk dapatkan dari sumber makanan, boleh topup dengan supplement. Tapi pastikan kita jaga pemakanan sihat yang lengkap dan seimbang setiap hari.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *