Makanan Yang Mengandungi Vitamin C Paling Tinggi

Makanan yang mengandungi vitamin c paling tinggi

Vitamin C atau juga dikenali sebagai ascorbic acid, merupakan vitamin yang larut dalam air. Ia bertindak sebagai antioksida yang juga mengekalkan kesihatan setiap tisu dalam badan. Kandungan Vitamin C paling tinggi terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kekurangan Vitamin C dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antara simptomnya termasuk badan mudah lebam, gusi berdarah, lemah letih lesu, luka lambat sembuh. Kalau teruk sangat, akan dapat skurvi.

Vitamin C tidak disimpan di dalam badan manusia. Jadi, keperluan untuk memastikan kita makan makanan segar yang mengandungi Vitamin C paling tinggi setiap hari menjadi sangat penting. Antara kepentingan Vitamin C ialah untuk membantu dalam serapan zat besi, menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko sakit sendi dan sakit jantung.

Bilakan waktu terbaik untuk ambil vitmin c?

Bagi yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang, ini tidak menjadi suatu masalah yang besar. Tetapi bagi mereka yang merokok dan bergantung kenyang dengan makanan segera, mencukupkan Vitamin C untuk melawan serangan oksidatif dan memelihara setiap tisu dalam badan akan menjadi sangat sukar.

Apakah antara (buah-buahan dan sayur-sayuran) makanan yang mengandungi Vitamin C paling tinggi?

Antara makanan yang tinggi dengan Vitamin C termasuklah brokoli, cantaloupe, bunga kubis, kale, kiwi, oren, betik, cili benggala, ubi keledek, strawberi, dan tomato. Biasa dengar bukan? Memang senang untuk mencukupkan keperluan harian Vitamin C kita sebenarnya.

Ini antara 20 makanan dalam kategori superfood yang mengandungi Vitamin C paling tinggi (mengikut USDA national nutrient database) yang boleh dimasukkan ke dalam menu harian kita:

  1. Black Currant — 1 cup: 203 milligrams (338 percent DV)
  2. Red Pepper — 1 cup: 190 milligrams (317 percent DV)
  3. Kiwifruit — 1 cup: 164 milligrams (273 percent DV)
  4. Guava — 1 fruit: 126 milligrams (209 percent DV)
  5. Green Bell Pepper — 1 cup: 120 milligrams (200 percent DV)
  6. Orange — 1 large: 98 milligrams (163 percent DV)
  7. Strawberries — 1 cup: 89 milligrams (149 percent DV)
  8. Papaya — 1 cup: 87 milligrams (144 percent DV)
  9. Broccoli — 1 cup, raw: 81 milligrams (135 percent DV)
  10. Kale — 1 cup, raw: 80 milligrams (134 percent DV)
  11. Parsley — 1 cup: 80 milligrams (133 percent DV)
  12. Pineapple — 1 cup: 79 milligrams (131 percent DV)
  13. Brussels Sprouts — 1/2 cup, cooked: 48 milligrams (81 percent DV)
  14. Cauliflower — 1 cup, raw: 46 milligrams (77 percent DV)
  15. Mango — 1 cup: 46 milligrams (76 percent DV)
  16. Lemon — 1 fruit: 45 milligrams (74 percent DV)
  17. Grapefruit — 1/2 fruit: 38 milligrams (64 percent DV)
  18. Honeydew — 1 cup: 32 milligrams (53 percent DV)
  19. Peas — 1 cup, cooked: 23 milligrams (38 percent DV)
  20. Tomatoes — 1 cup, raw: 23 milligrams (38 percent DV)

Kenal semuanya bukan? Untuk luaskan lagi pilihan kita, semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran terutama berdaun hijau mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, termasuk nutrisi lain. Apa yang perlu kita buat ialah – makan serba sedikit gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan segar pelbagai warna setiap hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Sumber:
HealthLine.com: 20 Foods That Are High in Vitamin C
WebMD.com: Foods With Vitamin C Besides Oranges

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *