4 Tabiat Minum Untuk Melambatkan Proses Penuaan Tulang

Tabiat minum untuk lambatkan penuaan tulang | Azura Abdul

Betulkah ada cara minum yang mampu untuk melambatkan proses penuaan, termasuklah penuaan tulang? Sebelum tu, jom kita fahamkan dulu proses penuaan tu macam mana.

Semasa remaja, pembentukan sel tulang yang baru berlaku lebih cepat berbanding kematian sel. Jadi, jisim tulang meningkat dan berada pada tahap optimum. Semakin kita tua terbalik pula kejadiannya, kematian sel-sel tulang adalah lebih cepat berbanding pembentukan sel-sel yang baru. Jisim tulang semakin berkurangan, tulang kita jadi semakin poros dan lemah, mudah retak dan patah. Inilah proses penuaan tulang.

Usia bukanlah satu-satunya penyebab proses penuaan. Boleh jadi juga disebabkan oleh faktor jantina, saiz tulang rangka kita atau mungkin genetik. Namun, walau kita tak dapat nak hentikan proses penuaan ini secara total, kita boleh lambatkannya.

Penulis artikel asal telah menemubual salah seorang Medical Board Expert mereka, Brittany Dunn, MS, RDN, CD,  tentang 4 tabiat minum untuk melambatkan proses penuaan tulang seperti berikut:

4 Tabiat Minum Untuk Lambatkan Proses Penuaan Tulang

#1: Minum Susu Yang Diperkaya atau Pengganti Susu

Brittany Dunn, seperti ibu-ibu kita juga, menyarankan pengambilan susu setiap hari untuk memastikan tulang yang sihat.

Susu yang diperkaya biasanya adalah susu lembu yang mengandungi nilai vitamin dan mineral lebih tinggi dari kandungan susu asal. Kandungan yang ditambah adalah seperti vitamin D, kalsium dan protein untuk menyokong kesihatan tulang.

Bagi yang lactose intolerant, yang tak boleh minum susu lembu, atau yang tak suka susu lembu, boleh ambil pengganti susu dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya, oat, kelapa atau almond.

Boleh cuba serbuk protein soya Shaklee, ESP sebagai alternatif kepada susu lembu.

#2: Tambahkan Sedikit Susu Ke Dalam Smoothie

Tak gemar minum susu terus begitu sahaja, boleh campurkan dalam smoothie pilihan anda.

Kenapa protein penting dalam usaha untuk kita nikmati penuaan sihat? Baca lagi di sini

Susu rendah lemak, yogurt, atau susu soya juga membekalkan vitamin D, kalsium dan protien yang bagus untuk sokong kesihatan tulang.

Seperti yang dicadangkan di dalam Nutrition Today, 50% daripada isipadu tulang adalah daripada protein, dan 1/3 daripada jisim tulang adalah protein.

Oleh kerana protein merupakan nutrien penting untuk kesihatan tulang, protein mungkin dapat membantu dalam ikhtiar untuk mencegah osteoporosis.

#3: Amalkan Sayur Berdaun Hijau

Bayam serta sayur berdaun hijau yang lain juga merupakan sumber kalsium alternatif bagi mereka yang tak minum susu.

Ingat tak kepada smoothie kita di atas, di #2 tadi? Kita boleh campurkan sayur hijau seperti bayam, kale, atau mana-mana salad kegemaran ke dalam smoothie untuk dapatkan lebih khasiat tanpa kita sedari dan rasai rasa daun hijau yang agak tidak sedap itu.

Nak jadikannya green juicing sahaja pun boleh juga. Dapatkan resepinya di sini…

Namun bila kita ber-green-juicing ni, hati-hati dengan pemilihan sayur hijau tersebut.

Contohnya, bayam walau tinggi kandungan kalsiumnya, bayam juga mengandungi oxalate, sejenis sebatian semulajadi dalam bayam yang akan mengikat pada kalsium, menyebabkan terbentuknya batu karang.

Sayur hijau lain yang boleh menggantikan bayam ialah kale. Kita disarankan untuk mengambil 2,500mg kalsium setia hari. 1 cawan (100mg) kale mengandungi 254mg kalsium, iaitu bersamaan dengan 10% dari keperluan harian kita, dan kale juga sedap bila dicampurkan ke dalam smoothie kita!

Secara peribadi, KakNjang juga mengambil kalsium dalam bentuk suplemen, OsteNutrix , lengkap dengan calcium, magnesium, vitamin D, boron, zinc, manganese & copper.

#4: Amalkan Jus Prun Dan Buah-buahan Lain

Menurut Brittani Dunn, buah-buahan merupakan agen pencernaan yang bagus bagi memastikan paras pH yang seimbang yang diperlukan dalam memastikan paras kalsium dalam tubuh kita.

Prun merupakan satu buah yang khusus untuk tingkatkan kesihatan tulang. Itu seperti yang terdapat dalam satu kajian terbitan Integrative and Biomedical Physiology Program and the Departments of Nutritional Sciences and Kinesiology at Pennsylvania State University.

Campurkan prun ke dalam smoothie. Blend sehingga sebati dan minum. Tak rasa pun masam prun tadi. Malah smoothie jadi lebih sedap dan berkhasiat.

Antara buah-buah lain yang mengandungi nilai kalsium yang agak tinggi ialah:

  • Apricot
  • Kiwi
  • Oren
  • Strawberi
  • Nanas
  • Betik

Buah-buahan juga tinggi kandungan vitamin C, nutrisi yang tidak kurang pentingnya untuk jaga kesihatan tulang.

Dan buah-buahan segar ni juga sangat sedap jika dicampurkan ke dalam smoothie kita yang kat atas, di #2 tadi tu.

Kita akan dapat smoothie yang bukan sahaja sangat sedap, tapi penuh dengan khasiat untuk kesihatan tulang dan keseluruhan tubuh.

Diilhamkan dari: Eat This, Not That!

Total Page Visits: 5697 - Today Page Visits: 2

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.