Team Bonding Team Building Melaka
Program Team Building Melaka, Team Bonding Melaka menyediakan gabungan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor, lasak atau tidak, basah atau kering, semuanya bertujuan untuk membina dan mengikat sesuatu pasukan. Building and bonding.
Ianya merupakan program 3 hari 2 malam yang diolah khas untuk memenuhi objektif utama program bermula dari pembentukan jati diri ke arah kecemerlangan (fizikal dan mental) sehinggalah ke arah pembentukan pasukan yang cemerlang dengan ikatan semangat pasukan yang kuat.
Perkara utama yang dititik beratkan dalam program kami ialah pengurusan stress. Banyak perkara yang kita tidak mahu akan berlaku bila pekerja semua datang bekerja dalam keadaan stress. Antaranya ialah peningkatan bil perubatan, peningkatan cuti sakit, ketidak sefahaman walau dalam perkara kecil, day-dreaming, murung dan sebagainya di kalangan pekerja. Semua ini akan memberi kesan negatif kepada syarikat.
Dengan menyertai program Team Bonding, Team Building Melaka, peserta dapat mengurangkan tekanan dialami di tempat kerja dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi, kerjasama dan produktiviti, menggalakkan kreativiti dan pengukuhan diri yang positif serta komunikasi yang lebih baik.
Program Indoor
Program indoor merupakan program yang lebih kepada gaya seminar. Cenderung kepada bonding sesebuah pasukan. Lebih santai dan boleh dilaksanakan dalam sebarang keadaan cuaca.
Program Outdoor
Program outdoor paling menyeronokkan. Dengan elemen semulajadi, tumbuhan, air dan udara yang segar dapat membantu peserta menghilangkan stress yang ditanggung di tempat kerja sebelum mereka mengikuti program ini. Panas dan hujan tidak dapat kita kawal, tapi serba sedikit menambahkan keseronokan itu.
Let’s be kids again!
Untuk merasai pengalaman keterujaan yang extra, gabungkan semua elemen basah-kering, indoor-outdoor, lasak-tidak juga sedikit fear factor ke dalam program anda.
Program Tambahan: Perkhemahan, Jungle Tracking, Night Walk, Mini Explorace, Fear Factor
Siapa perlu ikuti Program Team Bonding, Team Building Melaka?
Umum. Semua organisasi / syarikat / badan profesional yang ingin kekalkan tahap motivasi pekerja, komunikasi sesama pekerja mahupun pekerja – majikan yang lebih berkesan. Yang lebih penting, mereka yang ingin mengurangkan stress/tekanan di tempat kerja. Nyatakan sekali masalah semasa yang dihadapi dikalangan pekerja supaya dapat disuntik sedikit semangat untuk memulihkan semula semangat kerja mereka.
Salam.
Tuan/puan,
Saya ingin mendapatkan informasi berkaitan dengan program team building.
70 staff
Jangkaan tarikh 17.11.2023 hingga 19.11.2023.
Kakitangan kerajaan
Terima kasih.