Testimoni Bawang Putih – Garlic Complex Shaklee

Testimoni Peribadi bersama Garlic Complex Shaklee

Kita memang dah tahu kebaikan bawang putih kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Sejak berkurun lamanya bawang putih telah digunakan dalam masakan dan juga sebagai bahan dalam ramuan perubatan tradisional. Bawang putih yang bersifat anti-kulat, anti-bakteria, anti-viral dan antibiotik semulajadi sememangnya memberi banyak manfaat terhadap kesihatan kita. Pasti ramai punya testimoni sendiri bersama produk Garlic Complex Shaklee yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi ini. KakNjang tidak terkecuali.

KakNjang nak kongsi dengan anda semua pengalaman KakNjang sekeluarga dengan suplemen bawang putih; Garlic Complex Shaklee.

Testimoni peribadi dan keluarga. KakNjang satu keluarga memang ada masalah resdung atau sinus. Namun setiap satu dari kami punya simptom yang berbeza bila kena alahan. Alahan pula ada kalanya tidak sama puncanya. Jadi untuk mengurangkan tindakbalas pada benda-benda remeh temeh seperti habuk dan bulu kucing, KakNjang sediakan Garlic Complex dan Sustained Released VitaC untuk semua.

Anak-anak KakNjang semua dah besar. Umur 22, 19, 15 dan 10 tahun pada tahun 2020 ini. Jadi InSyaaAllah sudah tahu suplemen yang mereka perlu ambil bila dijentik! Anak yang 10 tahun belum mula ambil Garlic. Busuk katanya…

Bergantung kepada pelbagai situasi, Garlic dan VitaC akan digabungkan dengan satu lagi suplemen untuk atasi masalah yang tiba-tiba timbul di luar jangka. berikut KakNjang kongsikan testimoni sendiri selepas menggunakan Garlic Complex dengan gabungan beberapa produk Shaklee yang lain.

Bawang putih untuk masalah resdung – sinus – gatal kulit – keputihan

testimoni garlic complex shaklee untuk resdung / sinus / alahan / keputihan



Set Garlic I:
Garlic Complex + VitaC + Alfalfa

Sesuai untuk atasi masalah:

  • Resdung / Sinus
  • Masalah kulit gatal; kurap.
  • Keputihan

Harga Runcit: RM 153.75
Daftar sebagai ahli untuk penjimatan yang lebih.

Untuk kes tambahan Alfalfa, ini biasanya kes ringan. Biasanya diperlukan sebagai antihistamine… selepas makan makanan laut, kulit muka, mata hidung dan telinga terasa gatal. Bukan selalu jadi begitu. Mungkin bergantung kepada cara masak dan kebersihan makanan laut tersebut yang menyebabkan anak-anak KakNjang terasa miang satu badan. Bila ini terjadi, mereka akan ambil Alfalfa Complex selepas makan. Anak yang 10 tahun belum ambil Alfalfa.

Alfalfa bertindak sebagai antihistamine. Keradangan yang disebabkan oleh allergen akan diredakan, memberi kita rasa lebih selesa dan kurang simptom alahan. Alfalfa juga bertindak sebagai ejen pembersih darah. Kombinasi Alfalfa (Detox)+ Bawang Putih (Antibiotik) + Vitamin C (Imun) mampu mencegah alahan teruk yang menjadi punca kepada masalah resdung, gatal-gatal dan keputihan.

Itu yang KakNjang percaya dan itu yang KakNjang aplikasikan buat anak-anak KakNjang.

Bawang putih untuk kolesterol tinggi – darah tinggi – batuk dan demam selsema

testimoni garlic complex shaklee untuk batuk dan demam selsema



Set Garlic II:
Garlic Complex + VitaC + OmegaGuard

Sesuai untuk atasi masalah:

  • Kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Batuk dan demam selsema

Harga Runcit: RM 192.50
Daftar sebagai ahli untuk penjimatan yang lebih.

Untuk kes tambahan OmegaGuard, ini biasanya melibatkan sistem pernafasan. Bila runny nose, mata berair, ada yang terasa semput, hidung tersumbat terutama di waktu malam, KakNjang dah siap pesan pada anak-anak semua. Ambil VitaC + Garlic + OmegaGuard. Kecuali anak yang 10 tahun tu, dia akan ambil VitaC dan OmegaGuard sahaja.

OmegaGuard bantu kuatkan sistem pernafasan, ‘membuka’ salur pernafasan agar senang untuk menghela nafas. Lubang sinus menjadi lebih terbuka untuk salirkan lendir/hingus yang terperangkap di rongga sinus.

Omega-3 bantu kurangkan keradangan pada dinding arteri, salur pernafasan, memberi efek seolah-olah ‘membuka’ salur penafasan. Omega-3 juga menurunkan kadar triglyceride dalam darah yang membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan kawal tekanan darah.

Bagus untuk dewasa dan kanak-kanak. Sebab itulah KakNjang sentiasa pastikan OmegaGuard ada di rumah untuk kegunaan seisi keluarga.

Bawang putih untuk tingkatkan sistem imun

testimoni garlic complex shaklee untuk tingkatkan imuniti



Set Garlic III:
Garlic Complex + VitaC + Nutriferon

Sesuai untuk:

  • Tingkatkan sistem imun tubuh
  • Batuk dan demam selsema
  • Sering batuk/tersedak di waktu malam

Harga Runcit: RM 246.25
Daftar sebagai ahli untuk penjimatan yang lebih.

Untuk kes tambahan Nutriferon, selalunya kes yang melibatkan imuniti dan perkara yang kita tak tau nak jawab.

Contoh, bila tiba sesuatu perayaan, KakNjang dan keluarga memang suka makan. Tidak kiralah samada masak sendiri, makan di kedai, di rumah terbuka mahu pun kiriman jiran dan sahabat handai. namun risiko yang KakNjang perlu hadapi ialah alah anak-anak KakNjang adalah pada perkara-perkara yang tidak sama dan kadang tidak tahu punca.

Semua seisi rumah makan hidangan yang sama, tetapi tetiba seorang akan bengkak mulutnya seperti baru lepas kena tumbuk. Di hari yang berbeza, salah seorang akan tiba-tiba mata membengkak seperti ikan buntal. Yang lain tiada masalah.

Jadi untuk kes-kes yang tak semena seperti ini, KakNjang pesan dengan anak-anak untuk capai Nutriferon bersama si bawang putih dan Vitamin C. Anak yang 10 tahun tu hanya ambil Nutriferon bersama Vitamin C sahaja. Alhamdulillah, selalunya bila diambil sebelum tidur, semuanya kembali seperti asal bila bangun pagi keesokan harinya.

Dalam kes yang berbeza, bagi suami KakNjang, bila beliau menghadapi tekanan yang ekstrim di tempat kerja, bila pulang ke rumah, suhu badan meningkat terutama di kepala, batuk-batuk berpanjangan sehingga sukar untuk tidur. Tekanan di tempat kerja sangat mempengaruhi sistem imun tubuh. Dulu, bila ini berlaku, beliau akan MC beberapa hari.

KakNjang baca tentang kebaikan bawang putih dan Interferon, dan bagaimana keduanya membantu kurangkan stress dalam sistem tubuh. Stress bukan sahaja kepada fizikal tubuh, tapi juga kepada emosi, otak dan enzim serta hormon tubuh. Semua menjadi haywire.

Bila suami KakNjang tersedak dan batuk-batuk tak semena-mena di tengah malam, KakNjang terus berikan Nutriferon bersama Garlic Complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, beliau kembali tenang dan sambung tidur dengan begitu nyenyak sekali.

Saranan KakNjang

Lain orang, lain pengalamannya bersama suplemen tertentu. Tahu kebaikan dan apa sesuatu suplemen itu boleh buat, aplikasikan kepada diri dan keluarga. InSyaaAllah semuanya akan beransur baik. Anda merupakan testimoni bergerak apabila berjaya capai sihat bersama garlic complex Shaklee dan lain-lainnya.

Adalah sangat penting untuk tingkatkan imuniti tubuh terutamanya ketika penularan wabak pendemik COVID-19 sekarang ini. Musuh yang tidak kita nampak tapi sangat senang untuk berjangkit. Jika tubuh mampu untuk bertahan sedikit lama, virus tersebut akan berlalu tanpa sebarang kesan yang sangat teruk kepada kita dan keluarga.

Untuk itu, KakNjang sangat-sangat rekomen anda semua sediakan Si Bawang Putih – Garlic Complex + Vitamin C + Alfalfa + OmegaGuard + Nutriferon. Tak perlu ambil semuanya sekali gus. Lihat pada keperluan.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
019-668 6767
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Pengedar Shaklee Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *