Air Sedap King Longan: Variasi Serai Halia Lemon
Selalu dok beli kat pasar malam air ni. AIR DETOX dia tulis besar besar kat balang tu. Mungkin sebab ada gabungan variasi serai halia lemon kot, sebab tu dia letak nama AIR DETOX tu. Hantam saja lah labu…
Yang nyatanya memang tak puas minum kalau beli ni. Kadang tu pulak penjual suka letak aiskrim soda. KakNjang tak suka versi yang dicampur dengan air soda ni. Buat sendiri baru best.
Selalunya KakNjang fokus green juicing, pun ada gabungan variasi serai halia lemon ni. Kalau belum pernah cuba, boleh try resepinya di sini. Tapi kalau hari-hari hadap benda yang sama pun bosan juga kan. Jadi, sesekali tu apa salahnya kita berubah angin dan ceriakan semua orang? Tak de salah nye…
Sebenarnya KakNjang nak boh lychee. Entah kenapa hari ni kat kedai ada king longan je. Ada je Mydin kat sana nun… tapi jauh sikit lah… dalam 2km je dari rumah ni. Tapi dok selesa memusing ke kedai yang ada kat sekitar kawasan rumah ni sahaja. Dan hari ni Jumaat. Ada kedai runcit yang tutup. 99 SpeedMart ni je yang buka. Apa yang ada je lah…
BangNjang selalu kata meaning something like this, … maksudnya Allah tak bagi awak makan lychee hari ni but that longan. Tak yah nak mengadu; dah tau jawapan yang nak dapat huhuhu…
Hokeh! Mesej diterima.
Jom KakNjang kongsikan resepi air penyegar hari ni…
- Satu tin king longan (manis ni tau!)
- 2 tin yg sama air tapisan Shaklee (air biar lebih tak pe, air kosong mana-mana pun boleh)
- Segugus daun mint (berapa banyak tu ikut suka dan ikut banyak mana ada)
- Jika ada, boleh larutkan Peppermint Ginger Plus
- Hirisan lemon 1/2 – 1 biji (tak nak masam sangat, 1/2 a lemon dah cukup dah)
- 2 batang serai diketuk (ini penyedap rasa ni)
- 1 inci halia muda dihiris nipis (ini tolong buang angin)
- 2 sudu makan kulit limau kering dikisar (the taste… superb!)
- 3 sudu Performance Drink (Lemon-lime / Orange)
Put them all in a jar and stir well, dah siap!
Nak rasa? Sila buat sendiri!:-D KakNjang nak simpan dlm peti dulu. Nanti BangNjang balik boleh minum chill… juga sesuai untuk dijadikan minuman berbuka puasa.
Selamat mencuba!