Vitamin C Penyebab Masalah Batu Karang Buah Pinggang?

Vitamin C: Penyebab atau Mencegah Batu Karang? | Dr. Norman Norawi | Azura Abdul

Baru-baru ni KakNjang sempat jengah ke Telegram Channel Dr. Norman Norawi dan terbaca perbincangan beliau tentang Vitamin C. Betul ke vitamin C ni penyebab kepada masalah batu karang dalam buah pinggang? Aaaa jom KakNjang share dengan korang semua, KakNjang copy paste sebijik-sebijik apa Dr. Norman cerita. Semoga bermanfaat!

Perkongsian Dr. Norman Norawi Tentang Vitamin C. Adakah Vitamin C penyebab masalah batu karang? Atau adakah vitamin C ni sebenarnya mencegah batu karang?

โ€ผ๏ธ๐•๐ˆ๐“๐€๐Œ๐ˆ๐ ๐‚ ๐Œ๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡ ๐๐€๐“๐” ๐Š๐€๐‘๐€๐๐†??. .

Benarkah Vitamin C menyebabkan masalah batu karang buah pinggang? .

Sebenarnya terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah batu karang terjadi. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C sebenarnya boleh membantu mengurangkan masalah batu karang dan membantu melarutkannya.

Bagaimana Batu Karang Berlaku?

Sebenarnya terdapat suplemen lain yang boleh membantu tubuh kita mencegah dan merawat masalah batu karang secara semulajadi tanpa perlukan pembedahan. Batu karang kalsium fosfat hanya boleh berlaku dalam saluran air kencing yang tidak berasid. Vitamin c atau asid askorbik akan menjadikan air kencing berasid, oleh itu ia akan bertindak melarutkan batu karang fosfat dan mencegah pembentukannya..

Air kencing yang berasid akan melarutkan batu karang magnesium ammonium fosfat yang mana jika tidak di rawat di peringkat awal ia terpaksa di keluarkan melalui pembedahan.

Begitu juga batu karang struvite yang berkait rapat dengan jangkitan kuman saluran kencing. Kedua-dua batu karang jenis ini boleh di rawat dengan mengambil vitamin C dengan dos yang lebih tinggi.

Kedua-duanya boleh dicegah 100% dengan pengambilan vitamin C setiap hari melebihi jumlah dos RDA.

Batu karang oksalat pula boleh terjadi samada seseorang itu mengambil vitamin C atau tidak. Oleh kerana itu, batu karang oksalat ini boleh di cegah dengan mengambil vitamin B komplek dan magnesium.

Pengambilan multivitamin atau suplemen B kompleks dua kali sehari dengan suplemen magnesium 400mg setiap hari telah memadai mencegah masalah batu karang oksalat ini.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT BATU KARANG BUAH PINGGANG

Ambil air secukupnya!

1. Pengambilan air secukupnya untuk dan jangan biarkan diri mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Pengambilan campuran jus sayur dan buah boleh membantu mencegah pembentukan batu karang kerana jus sayur dan buah ini mengadungi bahan โ€˜citrateโ€™ yang mencegah pembentukan asid urik dan mencegah garam kalsium menjadi terkristal.

2. Mengawal pH atau keasidan air kencing dengan menjadikan air kencing sedikit berasid untuk mencegah jangkitan saluran air kencing, melarutkan batu karang fosfat dan struvite. Ia tidak akan menyebabkan terjadinya batu karang oksalat. Cara paling mudah menjadikan air kencing sedikit berasid adalah dengan mengambil suplemen vitamin C setiap hari.

Makanan tinggi oksalat penyebab batu karang, bukan vitamin C.

Kurangkan makanan tinggi oksalat.

3. Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi oksalat seperti rhubarb, bayam, cokelat, teh dan kopi yang berlebihan.

Kurangkan berat badan, kekalkan berat badan ideal.

4. Menurunkan berat badan juga membantu mengurangkan risiko batu karang buah pinggang kerana kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai masalah obesiti mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit batu karang buah pinggang.

Kalsium bukan punca batu karang!

5. Kalsium bukanlah punca berlakunya masalah batu karang buah pinggang malahan kajian menunjukkan paras kalsium yang rendah boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

6. Kebanyakan batu karang buah pinggang mempunyai kalsium di dalamnya, tetapi kajian menunjukkan kebanyakan masyarakat kita sekarang mempunyai masalah kekurangan kalsium. Kita tidak sepatutnya mengurangkan pengambilan kalsium, kerana kajian menunjukkan mengurangkan pengambilan bahan fosforus dalam makanan dan minuman seperti minuman berkarbonat kola yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi sebagai asid fosforik. Asid fosforik ini adalah bahan yang sama di gunakan oleh doktor gigi untuk melarutkan lapisan enamel gigi sebelum meletakkan bahan gam resin.

7. Ambillah suplemen magnesium sekurang-kurangnya dengan dos RDA iaitu 300 ke 400mg sehari. Dos yang lebih tinggi di perlukan iaitu untuk mengekalkan nisbah 1:1 di antara kalsium dan magnesium. Individu yang terlalu banyak mengambil makanan proses dan makanan zaman moden ini lebih memerlukan suplemen magnesium kerana lebih mudah mengalami kekurangan magnesium.

8. Ambil suplemen vitamin B kompleks dua kali sehari yang mengandungi vitamin B6 (pyridoxine). Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan masalah batu karang dalam kajian keatas haiwan makmal. Kekurangan vitamin B6 adalah sangat biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini. . Kajian juga menunjukkan kekurangan vitamin B1 (thiamine) berkaitan dengan masalah batu karang buah pinggang.

Nota untuk yang ada penyakit GOUT!

9. Untuk mengurangkan risiko batu karang asid urik dalam buah pinggang akibat gout maka kita perlu mengawal pengambilan fruktosa dalam pemakanan seharian kerana pemakanan tinggi fruktosa menyebabkan masalah asid urik tinggi. Jika telah mempunyai masalah gout, maka seseorang perlu mengawal pengambilan makanan tinggi purina seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C suplemen boleh membantu mencegah batu karang asid urik kerana kajian menunjukkan vitamin C meningkatkan pengeluaran asid urik dalam air kencing.

10. Untuk mencegah masalah batu karang cysteine (hanya 1% kes batu karang) patutnya mengambil pemakanan rendah methionine (sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, minyak kelapa dan minyak zaitun dll) dan mengambil suplemen vitamin C. .

11. Mengurangkan GULA dalam pemakanan adalah sangat penting kerana kajian menunjukkan pengambilan gula yang tinggi meningkatkan risiko penyakit batu karang buah pinggang..

12. Jangkitan kuman menyebabkan masalah batu karang buah pinggang kerana jangkitan kuman menyebabkan seseorang menjadi demam. Apabila demam seseorang akan kehilangan lebih banyak air akibat perpeluhan, muntah-muntah dan cirit-birit. Keadaan kekurangan air atau dehidrasi ini akan meningkatkan risiko mendapat masalah batu karang buah pinggang. Usahakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan mengambil suplemen yang perlu. Pastikan kita mengambil air yang secukupnya setiap hari untuk mengelakkan kita mengalami masalah dehidrasi.

Insyaallah..

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MSc(UCSI)MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

๐Š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐„-๐๐จ๐จ๐ค ๐ƒ๐ซ ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ง :๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿปhttps://drnconsulting.onpay.my/order/form/drnebook

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *