Makanan Untuk Atasi Masalah Pedih Ulu Hati

Makanan Untuk Atasi Masalah Pedih Ulu Hati

KakNjang pernah bincangkan tentang masalah pedih ulu hati, gastrik, gerd semua ni kat sini. Kalau belum baca, boleh baca di sini.  Tapi kali ni KakNjang nak habaq pasai 10 makanan untuk atasi masalah pedih ulu hati.

Kalau tak hilang 100% pun, at least dapat kurangkan rasa pedih dan sakit tu.

Ok. Sedikit info secara ringkas. Rasa pedih ulu hati ni berlaku bila asid dalam perut, yang sepatutnya stay dalam perut untuk tujuan pencernaan makanan, melimpah keluar hala ke tekak kita. Hala ke atas. Itu namanya Acid Reflux. Tapi kalau selalu sangat jadi dan tak baik-baik, itu namanya GERD (gastroesophageal reflux disease). Selalunya datang sekali degan sakit dada, batuk, susah nak menelan sesuatu, especially bila tengah baring. Kadang-kadang tu sampai terkeluar sekali sedikit makanan dan cecair masam dan memedihkan tu ke mulut.

Simptom yang hampir sama juga terdapat pada mereka yang mengalami IBS (irritable Bowel Syndrome) di mana otot usus seolah-olah enggan bergerak, menyebabkan sisa kumuhan tidak disingkirkan. Perut penuh. Macam-macam rasa ada.

Apa yang kita makan akan memberi impak yang sangat besar ke atas IBS or GERD; sekiranya kita ada masalah IBS atau GERD ni, atau pun hanya pedih ulu hati biasa. Kalau nak disenaraikan, ada banyak makanan yang pesakit GERD kena elakkan termasuklah coklat, bawang, makanan berasid dan daging merah. Tapi kenapa nak peningkan kepala dengan apa yang tak boleh. Kita focus dengan apa yang boleh dimakan oleh pesakit GERD. Sekurang-kurangnya dapat sedikit-sebanyak membantu mengurangkan ketidakselesaan itu.

Di sini KakNjang senaraikan antara 10 makanan untuk atasi masalah pedih ulu hati:

#1: Untuk pilihan protein, pilih dada ayam. Isi dada ayam agak mudah untuk dihadamkan. Cuma perlu ingat. Tanggalkan semua kulit ayam dan masak secara sihat – panggang, kukus, rebus. Agak sibuk dan tiada masa untuk sediakan makanan; beralih kepada serbuk protein soya seperti ESP Shaklee.

#2: Air! Air merupakan pilihan minuman terbaik untuk mereka yang ada acid refux ni. Minuman bergula, beralkohol, berasid hanya menerukkan lagi keadaan. Dan air berbikarbonat hanya akan menambahkan lagi gas dalam perut yang memang dah banyak gas tu, akan membuatkan anda burp/sendawa yang mungkin akan lebih memudaratkan. Pilih air yang slightly alkaline, seperti air dari penapis air Shaklee – Get Clean Water Pitcher Shaklee. Dengan pH antara 8-9, mampu menenangkan sedikit asid dalam perut tu.

#3: Halia! Ada je kan kat dapur tu. Cuba ambil beberapa hirisan dan rendam dalam air panas. Nak rebus pun boleh. Minum ketika suam-suam. Tanpa gula ya… Kalau rasa agak tak sempat nak buat tu, boleh je telan 3biji Peppermint-Ginger Plus Shaklee atau rendam dalam air panas, kacau hingga hancur. Minum bila dah suam-suam tu sebagai minuman herba. Sangat menenangkan perut.

Buah-buahan

#4: Tembikai, rockmelon, honeydew dan yang sama waktu dengannya adalah antara buah rendah asid terbaik untuk kebanyakan pesakit GERD/IBS atau yang sama waktu dengannya. Namun begitu, ada juga (1%-2%) yang tak boleh makan buah ni. Jadi, sendiri mau ingat. BUat journal pemakanan sendiri dan tentukan apa yang kita tak boleh makan.

#5: Pisang juga antara yang terbaik untuk atasi masalah ni. Tapi seperti melons tadi juga, ada 1%-2% pesakit GERD/IBS ni yang terkesan dengan pisang. Please take note.

Complex carbo!

#6: Antaranya ialah oatmeal, beras perang dan roti wholemeal; semua tu merupakan makanan terbaik untuk elak acid reflux kerana ianya mengambil masa yang agak lama untuk dicernakan dan juga kandungan fiber yang tinggi.

#7: Kentang, keledek, lobak merah antara complex carbo lain yang dapat membantu kurangkan acid reflux. Rebus je. Jangan masak dengan bawang merah atau bawang putih kerana itu semua akan trigger acid reflux.

Good Fat!

#8: Olive Oil – minyak zaitun. Badan perlukan sedikit lemak untuk berfungsi dengan baik. Tapi terlebih lemak akan menyebabkan banyak masalah kepada GERD atau IBS atau mereka-mereka yang ada masalah perut ni. Jadi, elakkan butter dan margerine tu semua, beralih pada minyak zaitun.

#9: Ikan dan makanan laut. Kaya dengan omega3. Tapi pastikan ianya dimasak secara rebus panggang atau bakar. Nak ambil suplemen Omega 3 sebagai anti-radang boleh. Boleh cuba OmegaGuard Shaklee. Tapi pastikan ianya diambil bersama makanan. Pengambilan suplemen ketika perut kosong akan menyebabkan trigger ke atas GERD.

Greens!

#10: Raw leafy greens adalah yang terbaik. Bayam contohnya. Kaya dengan magnesium. Sangat sesuai untuk melegakan masalah perut. Begitu juga lettuce dan celery. Susah nak kunyah dedaun hijau, boleh je blend buat air. KakNjang pernah share macam mana nak buat jus dedaun hijau ni. Boleh baca kat sini. Lagi satu cara paling mudah nak dapatkan magnesium ialah dengan mengambilnya dalam bentuk suplemen – Ostematrix Shaklee.

Artikel Lain Berkaitan:

Total Page Visits: 1287 - Today Page Visits: 11
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *