Vitamin C Shaklee Sebagai Perisai Cegah COVID-19
Semalam KakNjang baca artikel berikut “Vitamin C Perisai COVID-19?”. Prof Dr Azizah Abdul Kadir membincangkan tentang kepentingan vitamin C dalam mencegah dan merawat radang paru-paru. Beliau merupakan Pakar Kesihatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaya (USM).
Menurut beliau, Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel badan. Vitamin C juga berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit berjangkit seperti selsema dan influenza.
Belum ada kajian yang spesifik menyatakan bahawa vitamin C boleh merawat COVID-19, namun dengan mengamalkan vitamin C mungkin dapat mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit.
Sebenarnya isu ini dah lama dibincangkan oleh beberapa pihak.
Kajian mengenai penggunaan vitamin C dos tinggi secara intravena kepada pesakit COVID-19 di ICU telah dijalankan.
Kita sedia maklum COVID-19 bukan sahaja serang paru-paru, tapi mungkin juga akan menyebabkan komplikasi terhadap organ-organ lain.
Ramai bekas pesakit COVID-19 yang berjaya keluar dari hospital tanpa sebarang penyakit lain setelah diberi rawatan bersama pengambilan vitamin C.
Di hospital, mungkin doktor tak berikan pesakit dengan vitamin C secara oral. Tapi mereka terus berikan vitamin C dos tinggi secara intravena (IV). Dan kesannya sangat positif.
Untuk kita-kita yang belum dijangkiti COVID-19, memang tiada peluang untuk kita suka-suka ambil vitamin C secara IV ni. Tapi kita boleh dapatkan vitamin C dos tinggi (2,000mg – 3,000mg) melalui pengambilan suplemen vitamin C yang mempunyai sistem pelepasan berperingkat secara berterusan. Dengan cara ini, secara tidak langsung kita dapat jadikan vitamin C sebagai perisai untuk lindungi diri dan keluarga dari dijangkiti COVID-19.
Bagaimanakah Cara Untuk Mengambil Vitamin C Shaklee 2,000mg – 3,000mg Dengan Selamat?
Cadangan berikut hanya sesuai untuk Vitamin C Shaklee – Sustained Release VitaC-Plus 500mg.
VitaC Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat, yang melepaskan vitamin C ke dalam sistem tubuh kita secara perlahan-lahan, pada kadar 100mg setiap jam berterusan selama 5 jam.
Bermaksud, jika kita consume vitamin C Shaklee 500mg tu, secara automatik tubuh kita akan dapat 100mg vitamin C setiap jam selama 5 jam berturut-turut without fail InSyaaAllah.
Nota: Tubuh kita mampu menyerap sehingga 200mg vitamin C dalam tempoh 1 jam. Selebihnya akan disingkirkan melalui kencing. Dicadangkan pengambilan maksima VitaC Shaklee dalam satu-satu masa ialah 2 biji sahaja melainkan atas nasihat doktor/pakar.
Cadangan
Cara Pengambilan Vitamin C
2,000mg sehari:
Ada 2 cadangan
Cara 1:
1 biji setiap 5jam. Contohnya: 8am 1 biji, 1pm 1 biji, 6pm 1 biji, 11pm 1 biji.
Cara 2:
2 biji 2 kali sehari.
Contohnya: 2 biji selepas breakfast, 2 biji selepas dinner.
Cadangan
Cara Pengambilan Vitamin C
3,000mg sehari
Cara untuk mendapatkan 3,000mg vitamin C sehari dengan selamat:
2 biji 3 kali sehari.
Contohnya: 2 biji selepas breakfast, 2 biji selepas lunch, 2 biji selepas dinner.
2,000mg vitamin C adalah cadangan untuk kita tingkatkan perisai pertahanan tubuh bagi melawan sebarang jangkitan termasuklah COVID-19.
Jadikan Vitamin C sebagai sahabat keluarga anda. Amalkan pemakanan sihat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi tinggi kandungan vitamin C. KKM dan WHO ada menggariskan panduan bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian kita, termasuk vitamin C, kita perlu mengambil 5 hidangan sayuran dan buahan (contohnya: 3 sayur + 2 buah).
Namun, melalui kajian yang telah dilakukan oleh KKM terhadap rakyat Malaysia dewasa, 95% tidak mampu untuk melengkapkan 5 hidangan buah dan sayur setiap hari. Jika yang dewasa tidak mampu untuk melengkapkan keperluan nutrisi mereka melalui pemakanan, apatah lagi anak-anak mereka.
Dalam keadaan begini, KakNjang cadangkan anda semua mengamalkan pengambilan vitamin C dalam bentuk pemakanan tambahan seperti suplemen Vitamin C Shaklee. Sekarang sedang ada promosi percuma Pelitup Muka esklusif Shaklee bila anda membeli set perlindungan imun seperti berikut: