10 Jenis Makanan Tidak Sesuai Untuk Sahur
Ketika berpuasa di bulan Ramadhan, sahur memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan kita tenaga dan semangat untuk kekal berpuasa sepanjang siang hari. Namun begitu, perkara penting yang perlu kita titik beratkan ialah pemilihan makanan ketika sahur bagi memastikkan tenaga yang berterusan dan mengelakkan ketidakselesaan pada perut ketika berpuasa. Berikut KakNjang kongsikan 10 jenis makanan yang tidak sesuai untuk dimakan ketika sahur:
10 Jenis Makanan Tidak Sesuai Untuk Sahur
Bijirin Sarapan Pagi
Kebanyakan bijirin sarapan pagi tinggi gula dan karbo ringkas. Ini akan menyebabkan berlakunya lonjakan paras gula dalam darah (sugar spike) dan diikuti dengan penurunan yang mendadak. Keadaan ini akan menyebabkan kita rasa lapar dan letih.
Untuk mendidik anak-anak kecil berpuasa, bijirin sarapan pagi bukanlah pilihan bijak sebagai sahur mereka. Sebaliknya, kita ikut beberapa panduan untuk melatih mereka berpuasa buat kali pertama di sini.
Makanan Bergoreng
Makanan bergoreng, terutama yang digoreng dengan minyak banyak (deep fried), memiliki nilai kalori dan kandungan lemak tidak sihat yang sangat tinggi. Ini yang akan menyebabkan perut kita senak, kembung, sebu ketika waktu puasa.
Makanan Tinggi Garam – Masin Berlebihan
Makanan tinggi garam akan menyebabkan dehidrasi pada tubuh dan rasa dahaga ketika siang hari berpuasa. So be smart! Elakkan potato chip, fries, kacang masin atau daging proses ketika bersahur.
Minuman Bergula – Manis Berlebihan
Minuman yang ditambah pemanis seperti jus buah-buahan dalam botol/kotak, minuman bergas atau minuman tenaga, mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ini akan menyebabkan sugar spike yang bakal mengundang lapar melampau dan teringin nak makan itu ini time puasa nanti.
Makanan Berlemak – Tinggi Lemak Tepu
Makanan yang tinggi lemak tepu seperti daging berlemak, makanan bergoreng, sos berkrim; akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada perut di waktu siang hari puasa.
Makanan Terlalu Berempah dan Pedas
Makanan bila berempah dan pedas-pedas sedikit memang sedap. Tapi bila makanan tu terlalu berempah dan sangat pedas, ini akan menyebabkan perut kita sakit. Ia akan merengsakan lapisan perut kita, menyebabkan heartburnt atau acid reflux. Lebih teruk lagi sakit nya bila kita makan semua tu time sahur.
Makanan Siap Bungkus
Makanan yang telah siap dibungkus, pre-packed food; selalunya, kebanyakannya mengandungi bahan tambahan, bahan pengawet dan lemak jahat yang selalunya akan mengganggu penghadaman kita, menyebabkan kit amasih letih lesu di siang hari kerana tubuh tidak perolehi apa yang sepatutnya dia dapat.
Kafein – Caffeina
Setengah orang mungkin ok bila ambil minuman yang ada kafein ni. Tetapi ramai yang bila minum kopi atau teh berlebihan, terutama ketika sahur, akan menyebabkan dehidrasi tubuh dan buang air kecil lebih kerap ketika berpuasa.
Kuih Muih dan Manisan
Biasanya bila ada banyak kuih lebihan dari berbuka semalam, kita macam tempting nak makan kuih muih tu untuk sahur. Tapi hakikatnya, kuih-kuih tu semua tinggi gula, rendah nutrisi. Energy ke laut, badan lesu, craving lagi nak makan macam-macam bila sedang berpuasa.
Makan Secara Berlebihan
Makanlah apa pun ketika sahur, walau seimbang dan sihat bagaimana sekali pun, tetapi jika diambil secara berlebihan, tetap tak boleh juga! Makan berlebihan akan menyebabkan perut jadi tidak selesa, senak, kembung, sebu semua ada.
Saranan KakNjang
Secara peribadi, KakNjang memilih untuk bersahur ringkas bersama protein shake Shaklee.
Namun, jika anda jenis yang tidak boleh tak makan nasi, pilihlah untuk mengikut aturan pinggan sihat Malaysia, suku-suku-separuh. Pastikan sahur kita ada kompleks karbo, protein tanpa lemak, lemak sihat, serat dan air secukupnya untuk memastikan kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa.
Dapatkan beberapa cadangan sahur yang ringkas tapi sihat dan berkhasiat di sini.
Untuk cadangan produk Shaklee untuk puasa, boleh WhatsApp KakNjang di 0196686767
Tinggalkan Balasan