5 Cadangan Menu Sahur Ringkas Sihat Berkhasiat

sahur ringkas sihat berkhasiat

Selamat Berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang membaca posting ini. Kali ini KakNjang nak kongsikan dengan anda semua 5 cadangan menu sahur ringkas sihat berkhasiat, juga sesuai untuk sarapan. Sangat mudah sehinggakan budak Darjah 6 pun boleh buat ni.

Sarapan dan sahur merupakan waktu makan yang sangat penting bagi memastikan hari kita berjalan dengan lancar dan penuh bertenaga. Namun begitu, kekangan masa menyebabkan kita terkocoh-kacah tidak sempat untuk sediakan sahur yang ringkas sihat berkhasiat, sarapan juga.

Kepentingan sahur

Ini senarai 5 Cadangan Menu Sahur Ringkas Sihat Berkhasiat untuk anda.

1. Buah cicah mentega kekacang

sahur ringkas sihat berkhasiat

Ada orang kata makan apple cicah almond butter tu makanan budak-budak. Tapi tahukah anda, apple bekalkan kita serat larut dan tidak larut berserta pelbagai jenis vitamin dan antioksida. Sesudu Almond butter pula bekalkan kita dengan protein dan lemak sihat. Kalau dah tak sempat sangat, this is good enough.

Sahur ringkas sihat berkhasiat

Bukan setakat epal, pisang, belimbing, kiwi, strawberi, jambu batu, jambu air, buah naga, betik, banyak lagi buah yang boleh kita cicah dengan almond butter ni. Yang penting, pastikan buah-buahan dan almond butter sentiasa tersedia untuk digunakan.

2. Telor hancur bersayur

Resepi ni untuk yang dah lambat tapi ada rajin sikit.

Apa yang anda perlukan:

Sahur ringkas sihat berkhasiat
  • 2 biji telor
  • sebatang dua sayur hijau seperti bayam, sawi jepun atau daun salad dikoyak-koyakkan
  • tomato dipotong dadu (kalau ada, kalau sempat)
  • bawang holand dipotong dadu (kalau ada, kalau sempat)
  • secubit garam dan serbuk lada hitam/putih ikut selera
  • 1 sudu minyak masak

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan pan penggoreng dengan sedikit minyak masak.
  2. Tumis bawang holand (jika ada)
  3. Pecahkan telor dan goreng sehingga separuh masak
  4. Masukkan tomato (jika ada)
  5. Masukkan sayur
  6. Sprinkle sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih
  7. Balik-balikkan. Siap. Sedia untuk dimakan.

Boleh dimakan terus begitu saja kalau dah kesuntukan masa. Jika ada sedikit ruang, boleh dimakan bersama roti wholemeal atau yang sama waktu dengannya untuk beri complex carbo – bekalkan tenaga lebih lama.

3. Protein Shake Dengan ESP – Serbuk Protein Soya Shaklee

sahur ringkas sihat berkhasiat

Sahur ringkas sihat berkhasiat. Sangat mudah untuk disediakan.

Apa yang anda perlukan:

  • 1 shaker
  • 250ml Air sejuk atau suam. Jangan panas.
  • 3 sudu makan ESP – serbuk protein soya Shaklee

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan air ke dalam shaker.
  2. Masukkan ESP ke dalam shaker.
  3. Goncang goncang goncang sehingga sebati.
  4. Sedia untuk diminum!

4. Roti mentega kekacang

Ini pun senang sangat nak sediakan.

sahur ringkas sihat berkhasiat

Apa yang anda perlukan:

  • 2 keping roti wholemeal.
  • Sapuan roti. KakNjang pilih Almond Butter.
  • Buah seperti pisang dipotong nipis (jika ada)

Cara penyediaannya:

  1. Bakar roti jika sempat.
  2. Sapu Almond Butter pada 1 roti.
  3. Susun buah (jika ada) di atas sapuan tadi.
  4. Lekapkan roti yang lagi satu di atas (buah tadi jika ada).
  5. Sedia untuk dimakan.

5. Dates Smoothie – Smoothie Kurma

Ini pun resepi sahur ringkas sihat berkhasiat, senang nak sediakan. Budak Darjah 6 pun boleh tolong sediakan ni sendiri.

Apa yang anda perlukan:

  • 3 sudu makan ESP – serbuk protein soya Shaklee
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 4 biji kurma tanpa biji
  • 1 cawan kiub ais / air masak
  • Blender

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam blender.
  2. Blend sehingga sebati.
  3. Sedia untuk diminum.
sahur ringkas sihat berkhasiat

Nah! Cadangan 5 resepi sahur ringkas sihat berkhasiat untuk anda, sangat ringkas sehinggakan budak sekolah pun boleh buat sendiri jika semua bahan-bahannya sudah tersedia ada.

Jadi, ibu-ibu. Tidak perlu risau jika terlambat bangun untuk menyediakan sahur. Pasti ada solusinya.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Dari Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *