14 Tanda Kita Tak Cukup Bergerak!

14 Tanda Kita Tak Cukup Bergerak | Azura Abdul

Hari ni KakNjang nak kongsi dengan anda semua beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kita ni tak berapa nak cukup bergerak! Ramai dari kita ni sebenarnya tak cukup bergerak. Haaa tak nak mengaku lah tu… Ni bukan saja-saja nak tuduh lah ye hehehe sebab KakNjang sendiri pun in denial juga. Rasanya cukup je gerakan tu hari-hari. Tapi tu lah… hmmmm tak pe. Kita je yang tahu berapa banyak kita bergerak, berjalan di rumah atau di mana-mana sahaja keberadaan kita.

Ok, tak pe. Bukan nak menuding jari pun sebenarnya. Cuma KakNjang nak berkongsi di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Bila ada tanda-tanda berikut, maka bermakna kita ni tak cukup bergerak.

14 Tanda Kita Tak Cukup Bergerak!

1: Sembelit, Susah Membuang

Bila kita bergerak lebih banyak, kolon kita juga akan bergerak lebih banyak. Gerakan ini membuatkan kita lebih mudah untuk membuang air besar mengikut jadual.

Otot yang sihat di perut dan diafragma kita juga merupakan kunci untuk memindahkan bahan buangan melalui saluran penghadaman kita.

Sembelit adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Senaman yang konsisten boleh membantu kita membuang secara teratur, terutamanya apabila kita semakin meningkat usia.

2: Sendi Terasa Ketat

Sendi-sendi yang sakit dan sukar digerakkan kadangkala boleh menjadi tanda keadaan keradangan seperti arthritis atau penyakit autoimun.

Tetapi sendi juga boleh menjadi kaku apabila kita tidak menggunakannya, menggerakkannya secukupnya.

Sendi-sendi diciptakan untuk menyokong dan memudahkan gerakan kita.

Sendi-sendi terasa ketat adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Maka, biarkan mereka bekerja supaya mereka tidak terkunci dan menyebabkan kita sakit.

3: Cepat Penat, Habis Nafas

Otot tangan dan kaki kita akan jadi lemah bila kita tidak menggunakannya.

Cepat Sesak Nafas adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Begitu juga dengan otot yang membantu paru-paru kita bergerak kembang kuncup semasa bernafas, hilang kekuatan bila kita tak kerjakannya selalu.

Semakin kurang aktiviti yang kita lakukan, semakin kita cepat sesak nafas, walaupun semasa melakukan tugasan harian yang mudah.

4: Moody!

Asyik marah-marah. Ada saja yang tak betul!

Moody  adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Kurang bergerak bukan sahaja mempengaruhi kesihatan fizikal kita. Malah ia juga boleh menyebabkan kita menghadapi kebimbangan (anxiety) dan kemurungan (depression).

Senaman dapat melancarkan aliran darah.

Senaman kardio seperti berjalan, berbasikal, berenang atau berlari, akan meningkatkan dan menstabilkan mood kita.

5: Letih Lesu Tak Bertenaga

Selalu rasa lesu dan letih?

Letih lesu adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Sel-sel tubuh kita tidak mendapat bahan api yang secukupnya untuk menghasilkan tenaga.

Senaman membantu menghantar oksigen dan nutrien (bahan api) ke tisu kita.

Jika kita asyik duduk terbaring melayan Netflix, sel-sel tubuh tak dapat cukup bahan api, tangki tenaga kita akan sentiasa low!

6: Metabolisma Rendah

Metabolisma adalah proses penukaran makanan kepada tenaga.

Orang yang mempunyai metabolisma tinggi biasanya bergerak lebih banyak.

Semakin aktif kita, semakin banyak kita bergerak, semakin banyak kalori yang akan kita bakar.

Metabolisma rendah adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

7: Susah Nak Tidur

Bila bosan mengira biri-biri pada waktu malam hehehe, bangun dan bersenamlah di siang hari.

Apabila kita mengekalkan rutin senaman yang teratur, kita akan tertidur lebih cepat dan tidur kita jadi lebih nyenyak.

Susah nak tidur adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

8: Cepat Lupa

Cepat Lupa adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Bila kita kerap bersenam, badan kita akan menghasilkan lebih banyak bahan kimia yang dipanggil faktor pertumbuhan. Faktor pertumbuhan ini akan meningkatkan penghasilan salur darah di otak.

Lebih banyak darah yang masuk ke otak kita, kita boleh berfikir, mengingati dan membuat keputusan dengan lebih baik.

9: Tekanan Darah Naik

Lebih banyak duduk, terbaring tidak bergerak boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, yang mana boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Tekanan darah naik adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

10: Bacaan Gula Naik

Bila kita biasa bersenam, badan lebih mudah untuk mengawal paras gula dalam darah. Paras gula darah yang stabil dapat mencegah kita dari menghidap penyakit kencing manis diabetes jenis 2.

Gula darah naik adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

11: Sakit Punggung, Belakang Pinggang

Sakit belakang adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Bila kita kurang bergerak, otot teras jadi lemah dan tidak dapat menyokong belakang kita seperti yang sepatutnya. Ini menyebabkan otot belakang kita lebih mudah terasa atau beralih semasa pergerakan harian seperti berdiri atau mencapai sesuatu.

Pilates, yoga dan senaman lain yang menggunakan regangan adalah baik untuk membina otot punggung yang lebih kuat.

12: Asyik Nak Mengunyah!

Asyik nak ngunyah adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Selalu kita terfikir yang bila kita kerap bersenam, kita akan kerap lapar dan rasa nak makan, tetapi hakikatnya situasi tu terbalik.

Senaman aerobik seperti berbasikal, berenang, berjalan dan berlari sebenarnya boleh mengurangkan selera makan kita kerana ia mengubah tahap “hormon lapar” dalam badan kita.

13: Sering Sakit

Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak kita bersenam, semakin rendah risiko kita dijangkiti selsema atau kuman lain. Bila kita rajin bersenam, sistem imun akan jadi lebih kuat.

Sering sakit adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

14: Wajah Semakin Kusam

Wajah kusam adalah antara tanda kita tak cukup bergerak

Jika kulit muka tu nampak macam lebih kusam daripada biasa, pergilah bersenam.

Ada kajian menunjukkan bahawa bersenam bantu tingkatkan aliran darah ke kulit terutama wajah kita dan menguatkan sistem imun kita.

Rujukan: WebMD

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *