7 Cara Turunkan Paras Kolesterol Secara Semulajadi

Turunkan kolesterol secara semulajadi

Paras kolesterol dalam darah boleh di turunkan secara semulajadi dengan melakukan beberapa perubahan dalam kegiatan dan amalan harian kita. Berbincang dengn doktor anda tentang perubahan yang dapat dilakukan untuk turunkan kolesterol. Antara jawapan yang bakal anda dapat mungkin berkisar dalam beberapa langkah berikut, KakNjang kongsikan dengan anda cara cara untuk turunkan kolesterol secara semulajadi:

Langkah 1: Bersenam!

Bersenam dapat membantu mengurangkan paras kolesterol jahat LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL dalam darah. Bersenam juga bagus untuk kawal tekanan darah dan kuatkan otot jantung.

Cuba target untuk dapatkan 150 minit waktu aktif secara moderate (brisk walking contohnya) dalam seminggu. Jika dipecahkan kepada waktu lebih kecil, kita boleh target untuk dapatkan 30 minit waktu untuk pecah peluh setiap hari. Jika dapat lebih dari 150 minit seminggu lebih baik.

bersenam bantu turunkan paras kolesterol dalam darah secara semulajadi.

Langkah 2: Dapatkan Berat Badan Ideal!

Jika anda obes, penurunan berat badan dapat membantu menurunkan paras kolesterol kepada tahap yang lebih sihat. Cara terbaik untuk mencapai berat badan ideal ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang menyeronokkan dan dapat kita lalui dengan gembira, senang dan tenang.

Bagaimana?

Jaga makan. Waktu/jadual makan. Portion makan. Kalori makanan. Cara masak. Olah mengikut kesukaan dan kegemaran kita walau perlu memilih sesuatu yang kurang kita gemari pada awalnya.

Bersenam. Mulakan dengan melangkah pada jarak dekat dahulu, 1-2km sehari. Amalkan setiap hari.

Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.

lemak baik bantu turunkan paras kolesterol dalam darah secara semulajadi

Langkah 3: Amalkan Lemak Baik!

Pilih lemak tidak tepu. Biasanya boleh didapati dalam makanan seperti kekacang, ikan, minyak sayuran, minyak zaiton, avokado dan sebagainya.

Jika tidak boleh nak elak, hadkan pengambilan lemak tepu. Biasanya terdapat dalam makanan sumber haiwan (daging berlemak).

Elakkan pengambilan daging yang telah diproses.

Langkah 4: Elakkan Lemak Trans Buatan!

Bagaimana nak elakkan? Kita kena semak label pada kotak makanan sebelum membeli. Walau dinyatakan “0 g trans fat” tapi sebenarnya ada sedikit 0.00xx yang terdapat dalam makanan tersebut dan ianya akan terkumpul bila kita makan. Jadi, baca senarai ingredients terlebih dahulu. “Partially hydrogenated” bermaksud makanan tersebut mempunyai trans fat.

Langkah 5: Lebihkan Serat!

Serat dapat membantu dalam usaha untuk turunkan paras kolesterol dalam darah secara semulajadi. Serat ni biasanya kita boleh dapat dari tumbuh-tumbuhan. Paling biasa kita ambil ialah buah dan sayur. Boleh juga kita dapati dari bijirin dan kekacang.

Langkah 6: Kurangkan Gula!!!

Gula ni jahat tau. Sangat jahat. Pengambilan makanan dan minuman tinggi gula akan meningkatkan paras triglyceride dalam darah (lemak dalam darah). Ini bakal mengundang penyakit jantung lambat launnya.

Banyak mana je yang boleh ambik tu? Biasanya wanita dalam 5 sudu teh sehari, dan lelaki dalam 9 sudu teh sehari.

Bagaimana nak tahu berapa banyak gula ada dalam makanan kita? Semak/baca label.

Kalau tiada label? Sendiri mau ingat lah! Paling mudah minum je air suam.

Langkah 7: Ikut Nasihat Doktor!

Tak semua orang sama keperluan kesihatannya. Ada yang memerlukan pengambilan ubatan doktor dan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Jadi, adalah sangat bijak utnk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebeblum memulakan sebarang perubahan gaya hidup mahupun mula mengamalkan suplemen.

Rujukan: WebMD.com


Saranan KakNjang:

Seperti yang selalu KakNjang tekankan, hampir semua penyakit itu datangnya dari corak pemakanan dan gaya hidup kita sendiri. Lifestyle kita! Pemakanan yang seimbang dan senaman yang bersesuaian adalah asas untuk tubuh yang sihat, cergas dan otak yang cerdas.

Bila kita tidak dapat melengkapkan keperluan harian nutrisi tubuh, proses tubuh akan terganggu. Gangguan tersebut adalah tidak sama antara setiap individu atas sebab di atas tadi juga… pemakanan dan gaya hidup!

KakNjang adalah seorang pengamal suplemen Shaklee. Cadangan suplemen berikut adalah atas pengalaman dan hasil bacaan/rujukan/kajian KakNjang secara peribadi. Suplemen yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos atau mengubati sebarang jenis penyakit.

Dari segi pengambilan suplemen, Phytocol-ST dan OmegaGuard merupakan 2 produk Shaklee yang dirumus khas untuk kawalan kolesterol dalam darah.

Phytocol-ST dan OmegaGuard bantu turunkan paras kolesterol dalam darah secara semulajadi.

Phytocol-ST membekalkan sterol tumbuhan semulajadi untuk mencegah dan menghalang serapan kolesterol sebelum ia memasuki sistem tubuh kita.

OmegaGuard Omega-3 Shaklee

OmegaGuard pula merupakan sumber minyak ikan omega-3 terbaik dari Shaklee. Omega-3 bertindak menurunkan triglycerides dalam darah. Biasanya target kepada lemak yang dah terlepas masuk ke dalam sistem tubuh kita.

Suplemen Shaklee adalah terbukti secara saintifik dan klinikal, selamat dan berkesan. Penggunaan mengikut saranan pada label setiap botol Shaklee adalah selamat.

Shaklee The Trusted Brand - voted by elites | Azura Abdul

Untuk tempahan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi KakNjang secara WhatsApp di 0196686767.

Atau anda boleh layari sendiri laman web Shaklee untuk maklumat lanjut. Jika mahu, anda boleh terus daftar sebagai ahli dan terus membuat belian pada harga ahli.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.

Pengedar Shaklee Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *