Kenapa Protein Penting Untuk Tubuh Kekal Sihat?

Protein penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhannya

Protein memainkan peranan yang sangat penting untuk tubuh secara keseluruhannya.

Apa Itu Protein?

Protein merupakan salah satu kumpulan molekul yang komplex yang melakukan pelbagai fungsi dan tugas dalam tubuh kita. Protein membentuk rambut, kuku, tulang dan otot kita. Protein memberikan tisu dan organ kita bentuk; dan juga membantu organ-organ kita berfungsi seperti mana sepatutnya. Sebab itu protein disebut sebagai bahan binaan asas tubuh kita!

Berikut Adalah Beberapa Fungsi Protein Yang Penting Untuk Tubuh kita:

Protein Penting Untuk Tenaga!

Protein penting untuk mengekalkan tahap tenaga (dan stamina bagi yang bersukan) yang tinggi.

Sumber tenaga utama tubuh kita adalah dari karbohidrat dan lemak yang kita makan.

Namun dalam keadaan tertentu seperti bersukan dan berpuasa, protein menjadi sumber tenaga ketiga kita.

Protein Penting Untuk Pembinaan Otot!

Protein penting untuk mengekalkan saiz dan bentuk otot kita. Bagi yang sedang berdiet dan mengurangkan berat badan, protein membantu mencegah pengecutan otot.

Bagi yang mengangkat berat untuk kuatkan otot, protein penting untuk membina otot yang lebih sihat dan kuat. 

Penuaan menyebabkan kita kehilangan jisim otot (sarcopenia).

Protein penting untuk mengekalkan jisim otot.

Protein Penting Untuk Tulang Yang Kuat

Biasanya kita akan kaitkan kalsium untuk tulang yang sihat dan kuat.

protein penting untuk tubuh miliki tulang yang sihat dan kuat

Namun pelbagai kajian telah mendapati bahawa pengambilan protein yang mencukupi dapat meningkatkan kesihatan tulang kita.

Protein yang mencukupi dapat mengurangkan risiko osteoporosis (pengurangan/pengecutan jisim tulang).

Protein penting untuk mengekalkan ketumpatan tulang; sekali gus mengelakkan kecederaaan atau tulang patah/retak tika usia tua.

Protein Penting Untuk Tingkatkan Sistem Imun

Protein ni jadinya daripada asid amino.

Asid amino inilah yang bertanggungjawab menjadikan T-cells, B-cells dan antibodi dalam sistem imun kita sebagai bala tentera kita bagi berjuang melawan kuman dan membunuh sel-sel yang tidak baik sebelum berlakunya jangkitan kuman yang lebih teruk.

Protein Penting Untuk Mengurangkan Perasaan Mengidam!

Kalau mengandung, mengidam tu biasa lah kan.

Tapi kalau biasa-biasa pun asyik nak makan itu ini, itu bukan lapar sebenarnya tapi nafsu.

Semua itu datangnya dari otak kita, bukan perut yang lapar.

Kajian mendapati bahawa pengambilan protein yang mencukupi mampu mengawal keinginan untuk mengunyah ini, walaupun di waktu tengah malam.

Protein Penting Untuk Tubuh Bagi Membakar Lemak!

Protein yang mencukupi dalam pemakanan harian kita mampu untuk tingkatkan metabolisma tubuh. Metabolisma tubuh ialah kadar tubuh kita membakar kalori.

Bermaksud, diet protein tinggi dapat membantu kita membakar lemak lebih tinggi, walau ketika tubuh sedang berehat.

Protein Penting Untuk Jantung Yang Sihat!

Protein penting untuk tubuh kuatkan jantung

Beberapa kajian mendapati bahawa protein, terutamanya protein dari tumbuh-tumbuhan, dapat membantu kurangkan tekanan darah tinggi.

Protein dari tumbuh-tumbuhan juga bantu kurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Protein Penting Untuk Tubuh Merawat Luka

Ada sebab kenapa kita panggil protein sebagai bahan binaan asas untuk tisu dan organ kita.

Protein penting untuk merawat luka dengan mengurangkan keradangan dan membina tisu baru di kawasan luka.

Protein Penting Untuk Mengangkut Nutrisi Ke Seluruh Tubuh

Jika salur darah kita adalah laluannya, sungainya; protein pula adalah kapal kargo yang mengangkut vitamin, mineral, gula, kolesterol dan oksigen melaluinya untuk ke sel dan tisu yang memerlukan semua nutrisi itu untuk berfungsi.

Malah, ada sesetengah protein yang menyimpan nutrisi seperti zat besi supaya tubuh boleh menggunakannya bila masa diperlukan.

Bolehkah Kita Terlebih Protein?

Diet tinggi protein ada banyak manfaat, tapi kalau banyak sangat protein boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti risiko penyakit kanser, kolesterol tinggi, penyakit buah pinggang, kegemukan, penambahan berat badan dan sembelit. Namun masalah-masalah yang KakNjang senaraikan tadi bergantung kepada jenis protein yang diambil dan diet kita secara keseluruhannya.

Berbincang dengan doktor atau pakar nutrisi untuk ketahui apa yang terbaik untuk kita.

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Dapatkan Protein Dalam Diet Harian Kita?

Protein ada dalam pelbagai bentuk dan dari sumber yang pelbagai. Dapatkan protein dari sumber yang sihat dan rendah lemak. Bahagikan keperluan protein anda untuk diambil sepanjang hari, bukan sekali gus. Pastikan pengambilan buah dan sayur yang cukup banyak untuk mencukupan keperluan vitamin, mineral dan serat.

Sumber: WebMD.com

Saranan KakNjang:

KakNjang cadangkan dapatkan serbuk protein soya Shaklee – ESP. ESP senang diserap, mengandungi lemak dan serat yang mencukupi, bagus untuk kesihatan perut.

ESP adalah dari sumber kacang soya NON-GMO yang berkualiti tinggi. Mempunyai nilai glisemik (glycemic index) yang rendah, GI 39, bermaksud tidak akan berlaku peningkatan gula dalam darah. Ini menjadikan ESP juga sesuai untuk dikonsumsi oleh mereka yang mempunyai masalah diabetis atau kencing manis.

Protein Penting Untuk Penuaan Sihat seluruh tubuh

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat pembaca semua.

Pengedar Shaklee Malaysia
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *