7 Soalan Perlu Tanya Sebelum Beli Serbuk Protein!

Kali ni KakNjang nak bagitau jawapan soalan bocor – 7 Soalan Perlu Tanya Sebelum Beli Serbuk Protein Terbaik!

Sebelum membeli sesuatu barang, kita perlu pastikan betul-betul yang barang itu adalah berkualiti.  Jangan sekadar tengok pada harga.  Tengok kepada apa kebaikan yang kita akan dapat.  Betul tak?

Bagaimana memilih serbuk protein soya terbaik?

Sebelum tu kita perlu tahu bagaimana nak pilih serbuk protein terbaik dalam banyak-banyak yang ada di pasaran. Kalau belum tahu, boleh baca di sini => 6 Tip Bagaimana Memilih Serbuk Protein Terbaik

Jadi, apa soalannya? Kenapa perlu bersoal jawab pulak? Bila nak guna soalan tu?

Hmmm.. KakNjang nak bagi soalan bocor pun macam-macam soalan pulak yang KakNjang dapat.

Soalan-soalan yang bakal KakNjang bagi ni sebenarnya adalah sebagai panduan untuk kita semua dalam memilih lambakan serbuk protein yang ada kat pasaran sekarang. Dari tip bagaimana memilih serbuk protein terbaik, kita dah tau yang soya merupakan pilhan terbaik kerana:

  1. Soya adalah tumbuh-tumbuhan – tiada kolesterol
  2. Soya merupakan tumbuhan yang membekalkan kita dengan kesemua 9 asid amino perlu
  3. Tiada laktosa secara semulajadi

Jadi, apakah soalan yang perlu kita tanya (dan tahu jawapan yang betul) sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu serbuk protein soya dari mana-mana pembekal/jenama?


Soalan Pertama: Soya awak ni organik ke?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Sebab soya yang bukan organik menggunakan baja kimia dan racun perosak / pesticide. Ianya mengandungi kandungan nitrat yang tinggi – membawa kepada risiko kanser.

Apa itu organik?

Tanaman organik mesti ditanam tanpa penggunaan racun perosak sintetik, tidak diubah secara genetik (GM), hanya guna baja asli. 

Ternakan organik untuk daging, telur, dan produk tenusu mesti mempunyai akses ke persekitaran luar dan diberikan makanan organik, tidak diberi antibiotik, hormon pertumbuhan, atau produk sampingan haiwan.

Apa kelebihan makanan organik?

  • Kurang racun perosak – di luar mahupun di dalam makanan tersebut.
  • Lebih segar – tanpa pengawet – terus dari ladang.
  • Lebih baik untuk alam sekitar – amalan pertanian organik mengurangkan pencemaran, memulihara air, mengurangkan hakisan tanah, meningkatkan kesuburan tanah, dan menggunakan kurang tenaga. Pertanian tanpa racun perosak juga lebih baik untuk burung dan haiwan berdekatan serta orang yang tinggal berdekatan dengan ladang.
  • Ternakan organik tidak disuntik dengan antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan berasaskan haiwan lain. Kurang risiko untuk penyakit pelik seperti kerbau gila. Penggunaan antibiotik pula menghasilkan bakteria yang menghalang antibiotik dan antibodi hawan tersebut. Ternakan organik lebih sihat secara alami.
  • Lebih kaya dengan nutrien tertentu.
  • Organik bermaksud Non-GMO – tidak diubah secara genetik.

Soalan Kedua: Soya awak ni NON-GMO ke?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Sebab soya yang GMO sangat murah untuk dihasilkan tetapi meninggalkan banyak toksin dalam badan konsumer – risiko kepada kesihatan pengguna.

Pengubahsuaian kepada genetik membantu cepatkan tuaian hasil atau pun banyakkan hasil tuaian dalam masa singkat. Namun dalam proses mengubahsuaikan DNA segalanya adalah secara rawak. Dan saintis tidak pasti ke mana gen yang diperkenalkan itu pergi.

Gen tersebut mungkin mengganggu fungsi gen yang lain dalam struktur tumbuhan tersebut dan mungkin menyebabkan penghasilan protein lain yang belum pernah wujud sebelum ini yang boleh menyebabkan toksik dan alahan dalam makanan.

soalan perlu tanya sebelum beli serbuk protein

Bagaimana nak elak makanan yang GMO?

  • Elakkan makanan yang diproses terutama yang mengandungi jagung, soya, canola, gula, dan kapas.
  • Tengok label NON-GMO sebelum membeli.
  • Pilih yang organik.
  • Beli dari pengeluar/pekebun yang kita kenal, orang kampung. Local grown.
  • Tanam sendiri, ternak sendiri!

Soalan Ketiga: Soya awak ni cukup semua 9 asid amino perlu ke?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Sebab badan kita perlukan semua 9 tu untuk menghasilkan hormon, antibodi, enzim; perlu dalam penghasilan sel baru, baikpulih sel; everything head-to-toe inside-out. Salah satu tak de, 30% sistem imun terganggu, fungsi badan semua terganggu.

Ada 22 asid amino, 9 daripadanya dipanggil sebagai “essential” atau “perlu” kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya. Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambilnya dari pemakanan harian.

soalan perlu tanya sebelum beli serbuk protein

Sembilan asid amino perlu tersebut adalah:

  • histidine – penting dalam pembentukan dan memelihara tisu yg kuat, terutama dalam pembentukan sarung myelin yang melindungi sel-sel saraf yang menjamin penghantaran mesej dari otak ke seluruh organ tubuh kita.
  • valine – penting dalam penghasilan protein dalam sel, direkodkan dalam kod genetik setiap benda hidup.
  • isoleucine – penting dalam pembekuan darah dan baikpulih otot.
  • leucine  – “buffer” protein, penampan, kerana kemampuannya untuk lindungi tubuh ketika kekurangan zat besi. Menghasilkan sterol – adipose – tenaga kepada otot. Memecahkan visceral fat, lemak yang selalunya tak dapat dipecahkan ketika senaman.
  • phenylalanine – penting dalam menjaga mood kita.
  • threonine – penting dalam pembentukan tulang, tulang rawan, rambut, gigi dan kuku. Juga penting dalam perkembangan otot hati, otot rangka dan usus kecil. Kuatkan sistem imun. Bantu cepatkan penyembuhan luka dan pulih dari kecederaan bersukan.
  • tryptophan – penting dalam penghasilan “happy hormone” serotonin.
  • methionine – sebagai antioksida. Bantu metabolisma pada peringkat sel.
  • lysine – komponen penting dalam penghasilan hormon dan enzim.  Penting dalam penghasilan kolagen – komponen yang sangat penting dalam penghasilan tulang, rawan, otot dan pembentukan kulit yang sihat dan kuat.

Soalan Keempat: Soya awak ni dibasuh dengan air ke dengan alkohol?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Dalam proses pembuatan soya isolate, soyflakes yang dibersihkan dengan alkohol kehilangan 88% kandungan isoflavones.

Antara kepentingan isoflavones:-

  • kurangkan risiko kanser (payudara, prostate, rahim)
  • seimbangkan hormon
  • tingkatkan jisim tulang

Makanan berasaskan tumbuhan mengandungi phytoestrogen; yang juga dikenali sebagai isoflavones – flavonoid yang sama terdapat dalam tomato, teh hijau dan anggur merah.

Dalam tumbuh-tumbuhan, phytoestrogen bertindak sebagai mekanisma pertahanan dan racun kulat. Dalam tubuh manusia; phytoestrogen; yang terdiri daripada genistein, daidzein dan glycytein; bertindak sebagai modulator reseptor estrogen semulajadi. Mimik estrogen.

Walau bagaimana pun, dalam proses pengasingan protein dalam soya, banyak kandungan phytoestrogen ini hilang disebabkan proses membasuh soya dengan alkohol.


Soalan Kelima: Soya awak ni dah disingkirkan bahan anti-tiroid dan anti-growth ke?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Sebab soya yang mentah secara semulajadinya mengandungi bahan anti-growth dan anti-tyrosine; yang mengganggu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.

Anti-growth / anti-tumbesaran menghalang serapan nutrien dan membantutkan pembesaran tubuh.

soalan perlu tanya sebelum beli serbuk protein

Anti-tyrosine pula menghalang fungsi thyroid yang boleh menyebabkan hypothyroidism.


Soalan Keenam: Soya awak ni sepanjang proses dia ada lalu sebarang bentuk proses pemanasan tak?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Bila dimasak terlalu lama; 50% asid amino hilang. Affect dia pada penghasilan hormon enzim bagai tu, juga pada proses pembaharuan dan baikpulih sel, mengganggu kesihatan kita.


Soalan Ketujuh: Soya awak ni ada tambah kalsium tak?

Kenapa kita perlu tanya soalan itu?

Serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan tulang rapuh. Kalsium beralkali dan penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Campuran kalsium yang secukupnya ke dalam serbuk soya tadi dapat meneutralkan kembali serbuk soya tersebut.

Saranan KakNjang

Sebelum nak beli sebarang serbuk protein, tak perlu nak tanya macam-macam soalan lagi dah. Tak perlu nak pecah kepala mana nak cari mana satu serbuk protein soya terbaik ni sebab ESP – Serbuk Protein Soya Shaklee menepati 7 ciri-ciri soya yang selamat ini:

  • Ditanam secara organik
  • Non-gmo
  • Mengandungi 9 ASID AMINO perlu dan mineral & vitamin lain
  • Dibersihkan menggunakan air
  • Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
  • Diproses tanpa pemanasan
  • Ditambah dengan kalsium 500mg

Dapatkan setong ESP Shaklee anda sekarang! Untuk tempahan dan maklumat lanjut tentang produk Shaklee, anda boleh wasap KakNjang di 019 668 6767.

Pengedar Shaklee Malaysia | Azura Abdul
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *