8 Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keradangan

Makanan yang boleh menyebabkan keradangan | Azura Abdul

Keradangan merupakan mekanisma semulajadi tubuh sebagai benteng pertahanan melawan penyakit dan meransang proses pemulihan. Keradangan boleh jadi baik, boleh jadi tak baik juga bergantung kepada keadaan dan tempat keradangan itu berlaku. Apa yang menariknya ialah, makanan yang kita makan hari-hari boleh menyebabkan keradangan.

KakNjang Senaraikan 8 Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keradangan:

Gula Tambahan, Gula Proses

Gula sangat bahaya kerana dalam kesedapannya, gula akan meningkatkan keradangan yang bakal menyebabkan pelbagai penyakit seperti kegemukan, kencing manis, hati berlemak, kanser dan masalah buah pinggang.

Gula tinggi dalam darah boleh menyebabkan salur darah mengeras, risiko kepada penyakit jantung.

Gula yang wujud secara semulajadi dalam makanan seperti dalam buah dan sayur, tiada masalah.

Antara makanan tinggi gula yang selalu kita makan ialah roti pelbagai perisa dan rasa, biskut, granola bar, salad dressing, kuih-muih.

Rujukan: Healthline.com | Arthritis.org | Health.ClevelandClinic.org

Artificial Trans Fat

Trans fat wujud secara semulajadi dalam hasil tenusu dan daging. Itu tidak merbahaya. Artificial trans fat banyak terdapat dalam makanan segera, makanan bergoreng, produk sejuk beku, margerin, donut, biskut. Semak label, partially hydrogenated oils itu adalah artificial trans fat.

Artificial trans fat tingkatkan keradang yang menyumbang kepada pelbagai penyakit terutamanya masalah jantung. Trans fat meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat) dan menurunkan paras HDL (kolesterol baik) dalam darah. Risiko kepada penyakit jantung.

Rujukan: Healthline.com | Arthritis.org | Health.ClevelandClinic.org

Saturated Fat / Lemak Tepu

Beberapa kajian mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan keradangan pada tisu lemak adipose – marker untuk sakit jantung dan juga menerukkan lagi keradangan pada sendi yang sedang sakit.

Lemak tepu banyak tedapat dalam pizza, cheese, hidangan pasta, daging proses seperti sosej, hot-dog, pepperoni dan sebagainya, dan susu penuh krim.

Rujukan: HealthLine.com | Arthritis.org | Health.ClevelandClinic.org

Omega 6

Asid lemak omega 6 perlu dalam tubuh untuk pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru. Omega 6 memberi kerandangan yang bagus kepada tubuh di mana ia membantu proses pemulihan sebab sakit. Namun omega 6 perlu diseimbangkan dengan pengambilan omega 3 untuk mendapat sifat keradangan yang bagus tersebut. Omega 6 yang berlebihan menyebabkan badan menghasilkan bahan kimia yang menggalakkan keradangan seluruh badan.

Untuk seimbangkan ratio omega 3 : omega 6, timgkatkan pengambilan makanan sumber omega 3 dan hadkan pengambilan makanan sumber omega 6. Omega 6 terdapat dalam minyak sayuran dan bijirin, mayonis dan salad dressing.

Rujukan: Healthline.com | Arthritis.org | Health.ClevelandClinic.org

Refined Carbo / Karbo Ringkas

Refined carbo biasanya telah dikeluarkan kandungan serat dan banyak nutrisi yang hilang. Ini menyebabkan makanan dari karbo ringkas adalah tinggi indeks glisemik. Makanan tinggi indeks glisemik menyebabkan lambakan gula dalam darah. Tindakbalas tubuh untuk menyingkirkan gula dari badan menyebabkan keradangan.

Rujukan: Healthline.com | Arthritis.org | Health.ClevelandClinic.org

Biasanya kuih muih tradisi kita menggunakan tepung putih dan ditambah dengan gula ringkas yang banyak. Sangat-sangatlah mengundang keradangan dalam tubuh.

Mono-sodium glutamate (MSG)

MSG merupakan bahan perisa tambahan tiruan, biasa terdapat dalam kicap, sos tiram dan sebagainya. MSG juga digunakan secara meluas dalam penghasilan makanan segera, penyediaan makanan di restoran dan sebagainya.

MSG bukan sahaja tingkatkan keradangan, malah boleh merosakkan hati.

Rujukan: Arthritis.org

Gluten dan Casein (kanji)

Mereka yang ada masalah sendi selalunya sensitif kepada kanji dalam beberapa bijirin seperti barli dan gandum. Mereka juga sensitif kepada asein yang biasanya terdapat dalam produk tenusu. Elakkan makanan berkanji bila sakit sendi bertambah teruk.

Rujukan: Arthritis.org

Aspartame – Pemanis Tiruan

Aspartame atau pemanis tiruan digunakan secara meluas dalam lebih 4,000 produk komersial di seluruh dunia. Walau mendapat kelulusan FDA, terdapat kajian yang mendapati bahawa pemanis tiruan ini boleh menyebabkan keradangan terutama bagi mereka yang ada masalah auto-immnune.

Rujukan: Arthritis.org

Tips KakNjang untuk elakkan makanan yang boleh menyebabkan keradangan:

Pertama: Elakkan makanan yang kita tak boleh buat sendiri di rumah!

Kedua: Jika beli makanan dalam kotak, baca label. Tengok senarai ingredients. Kalau berbelit lidah payah naw nak sobut eh, tak payah beli!

Ketiga: Makanan bergoreng, makanan manis, minuman bergula, soda… elakkan!

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua. Semoga sihat ceria bahagia selalu.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

vitamin untuk kurangkan sakit sendi
Total Page Visits: 777 - Today Page Visits: 2
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *