Emotional Bank Account: Collecting Memories As A Deposit
Collecting memories: Misi memenuhkan tabung memori, tabung emosi… emotional bank account untuk anak-anak dan pasangan hidup.
Percutian yang tak dirancang but came out as if it has been planned as is… Allah Maha Perancang; Alhamdulillah.
Building an emotional bank is one thing. Filling it with memorable and meaningful memories… that’s another story. The deposits…
Ada banyak cara yang dapat kita buat dan amalkan bagi memenuhi tabung emosi, emotional bank account kita sekeluarga.
1# have time for meaningful conversations
Simpan meaningful conversations dengan anak-anak dan pasangan kita. Life. Nature. Emotions. Conscience. Family. Responsibility. Believe… banyak perkara yang boleh kita kongsikan bersama anak-anak dan pasangan kita. Share hobby sama-sama pun best!
2# Saling memaafi
Memaafkan kesilapan yang lain, memaafkan kesakitan yang dah jadi, tak salah pun untuk kita mak bapak ni cakap sorry atas kesilapan kita terhadap anak-anak. We grow with them. We learn as we grow them up… tolaklah kejap ego tu ke tepi… begitu juga antara suami isteri. Saling memaafkan dan melupakan kesakitan yang telah terjadi..
3# raikan tarikh-tarikh tertentu
Special dates… tidak terhad kepada birthdays dan anniversary sahaja. Retreat revisit tempat yang pernah kita sama-sama bawa anak-anak. Bila tiba di sesuatu tempat tu, the kids will jump with joy sharing, remembering what they had experienced together before, masa masing-masing masih innocent?. Memang banyak benda-benda bodoh comel yang akan timbul. And these will re-connect them; re-bond them. Memang akan ketawa mengekek-ngekek menitik-nitik air mata kadang tu
4# Appreciation!
Appreciate! hargai pasangan kita. Hargai anak-anak. Walau apa yang mereka lakukan itu hanya sekadar tolong buatkan segelas milo panas… sedapnyaaa… rajinnyaaa… bagusnya anak ummi…??? jangan pula nak tunjuk kita lebih hebat pergi kutuk milo yang dibuatnya tadi… apa ni pahit tak cukup susu terlebih milo! Sedar diri lah yang kita ni pun dulu bukannya pandai sangat bancuh milo… contoh!
4# Tunai janji!
Tunaikan janji. Kalau ada janji nak bawa mereka makan rojak (contoh!), jangan buat-buat lupa, letih penat nak tidur. Anak-anak ni bila kita cakap sesuatu, mereka akan tunggu dan nanti saat tu. Kalau tahu kita tak mampu nak tunaikan (due to time/money), diam sahaja simpan dalam hati. Berpeluang, terus tunaikan apa yang kita niat tadi.
5# Family Events! Family First! Teras terbesar in building one’s emotional bank account
Event keluarga. Aktiviti keluarga IS something BIG in building one’s emotional bank account. Include anak-anak dalam perancangan event keluarga besar kita. Keluarga terdekat anak-anak kita adalah sepupu mereka dan ke atas (jika dirujuk dalam family tree sebelah ibu dan sebelah ayah). Ini akan mewujudkan sense of belonging sesama mereka. Jika mak ayah tak de nanti, mak pak sedara dan sepupu sepapat mereka inilah pengganti terdekat untuk emotional dan moral support sepanjang hayat. Nak happy dengan kawan-kawan, belum tentu kawan-kawan tu ikhlas dengan kita. Tapi dengan saudara, walau mereka banyak tanya, banyak mengkritik…bila berlaku kecemasan nanti, mereka-mereka inilah yang akan tampil dahulu dengan unconditional moral support diluar jangka.
Rujukan:
– Columbia Counseling Center
– Relationship Coach
Ada banyak lagi cara untuk kita penuhi emotional bank anak-anak dan pasangan hidup. Jika anda ada cara tersendiri untuk penuhi emotional bank mereka, jom kongsi dengan KakNjang di bahagian komen?
Kenapa KakNjang pentingkan tabungan emosi ini?
Tabung emosi atau emotional bank account ini kita boleh wujudkan dengan sesiapa sahaja. Dengan kawan-kawan, boss, cikgu sekolah anak, business partners, sesiapa sahaja. Tapi pada KakNjang yang paling penting ialah emotional bank account antara kita anak beranak.
Pentingnya untuk kita penuhi tabung emosi anak-anak dan pasangan agar bakinya sentiasa positive yang besar; adalah untuk mereka boleh gunakan ketika masa sukar. Perselisihan faham antara anak-anak dan ibubapa, antara adik beradik, akan membawa kepada masalah anxiety di kemudian hari.
Ini boleh mejurus kepada masalah kemurungan. Depression. Jika tabung emosi mereka penuh, ada banyak withdrawals yang dapat dibuat. Banyak kenangan, pengorbanan, pengajaran yang dapat digunakan bagi menghadapi saat sukar dalam menjalani kehidupan mereka.
Banyak masalah anxiety dan depression yang terjadi masa kini, jika diselidik, banyak yang ada masalah keluarga. Mungkin payah untuk kita mengaku kekurangan keluarga sendiri. Tapi percayalah, jika kita dapat duduk dan lihat semula status tabung emosi keluarga kita dengan hati yang terbuka, InSyaaAllah banyak perkara yang akan selesai.
Jika belum ada, binalah tabung emosi keluarga kita. Jika dah ada, mulalah menabung dengan perkara-perkara positive. Kalau boleh, janganlah buat withdrawal secara besar-besaran. Contoh withdrawal secara besar-besaran ialah mengkhianati, mungkir janji, menipu; perkara-perkara yang boleh membuatkan hilang kepercayaan antara satu sama yang lain…
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua. Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat tanpa gangguan emosi yang sangat menekankan.
Anxiety Free! Depression Free!