Sarapan Pagi Itu Sangat Penting!

Sarapan pagi itu penting!

Sarapan pagi sangat penting. Kalau tidak, tak de lah orang kampung dok kata…

Breakfast is the most important meal of the day!

Atau

Breakfast like a king!

Kenapa sarapan pagi sangat penting?

Orang kata sarapan berkhasiat mencorakkan hari anda dengan baik. Bantu kawal berat badan dan kawal kadar metabolisma tubuh.

Apa yang kita semua dah tahu, sepanjang malam kita tidur, dah diambil kira sebagai ‘puasa’, tak makan sepanjang kita tidur. Katakanlah kita dewasa tidur 6-8jam sehari. Kanak-kanak 10jam sehari. Itu suatu tempoh tanpa makanan yang sudah cukup lama. Bangun pagi sarapan tak menentu. Akibatnya:

  • tiada tenaga sepanjang hari
  • hilang fokus di tempat kerja atau sekolah
  • emosi terganggu
  • berat badan betambah (kalori berlebihan)

Dengan mengambil sarapan yang berkhasiat, kita akan dapat:

  • bekalkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari kita
  • kekalkan paras gula dalam darah
  • lebih fokus ditempat kerja atau sekolah
  • halang pengambilan makanan berlemak dan tinggi gula di gerai-gerai tepi jalan
  • kawal corak pemakanan sepanjang hari kita (dah mulakan dengan bagus, takkan nak rosakkan dengan makan burger sos meleleh pulak kan?)

Kita perlu jadikan sarapan sebagai salah satu agenda penting dalam mencorak gaya hidup sihat. Untuk merealisasikan itu kita perlulah merancang untuk sarapan esok pagi.

Nak rancang apa KakNjang kalau kita tak dak idea?

Betul juga! Ok. Ni mai KakNjang nak bagi idea.

Syarat sah sarapan yang berkhasiat ialah mesti ada buah, sayur, complex carbo, hasil tenusu kurang lemak atau tanpa lemak, protein tanpa lemak.

Contoh:

Ada banyak lagi contoh KakNjang pasti anda semua akan dapat kalau buat brainstorming.

Ni mai KakNjang tayang sikit apa yang KakNjang buat pagi-pagi hari bekerja/sekolah.

Sarapan abang

Masa terbaik untuk sarapan adalah dalam tempoh 2jam selepas bangun pagi. KakNjang dan Muslim yang lain mungkin masa kita agak berbeza dengan non-muslim melainkan mereka juga bangun awal seawal 5 pagi.

  1. Jadi, sangat terlalu awal untuk tung tang tung tang di dapur, mulakan dengan jus hijau dulu. Jus ni boleh je disediakan malam sebelum tidur atau pagi selepas subuh sebelum minum tu. Ni dalam 6:15 – 6:30am biasanya.
  2. Sediakan sarapan ringkas. Contoh di sini KakNjang buat telor kampung hancur bersama sedikit bayam tomato dan bawang. Makan dengan roti gardenia wholemeal GI 55. Makan bersama keluarga. Ni dalam 6:45 – 7:00am.
  3. Suplemen. Ini terpulang kepada masing-masing. Ambil suplemen ikut keperluan diri sendiri. Bukan atas ikut-ikutan jiran sebelah. AbangNjang ambil Vitamin C dan CoQ-Trol selepas sarapan. Tingkatkan imuniti dan tenaga. Ambil suplemen selepas makan sarapan.

Untuk yang bekerja, perlu keluar awal dan menempuh kesesakan lalulintas, KakNjang cadangkan anda bungkus sarapan tadi tu bawa bekal. Boleh makan dalam kereta semasa sesak tu atau makan di pejabat. Untuk anak KakNjang memang itulah juga bekal ke sekolah. Sekurang-kurangnya kita dah jimat duit untuk bersarapan dan jimat lemak gula garam berlebihan!

sarapan mak di kampung

Ini contoh sarapan mak KakNjang di kampung. Nestum + Oat + Susu Omega + ESP + MealShakes + Pisang.

Ok semua? Dah ada idea untuk sarapan esok pagi? Selamat maju jaya!

Sarapan sudah. Suplemen pun sudah. Jom kita mulakan tugasan masing-masing.

Bismillah…

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *