Air Daun Ketum Untuk Ubat Kencing Manis Darah Tinggi?
Air daun ketum untuk ubat kencing manis, darah tinggi? Kadang-kadang, KakNjang pun naik pening. Tak tau lah apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. Macam-macam benda pelik dah jadi.
Belum lagi reda dengan virus corona yang dikatakan berpunca dari perbuatan kita sendiri, makan daging ular… apalah salahnya jika kita stick to makan ikan ayam kambing lembu sahaja…
Kemudian kecoh pula dengan isu pengambilan vitamin C tinggi boleh rosakkan buah pinggang, sedangkan pemakanan tidak seimbang, tinggi gula dan sebagainya tidak pula dipertikaikan.
Tetiba hari ni timbul pula isu daun ketum ni. Ramai yang tahu daun ketum tu kebiasannya untuk apa, tetapi mungkin untuk ‘menghalalkan’ sesuatu, mungkin, daun ketum dikatakan boleh merawat kencing manis dan darah tinggi. Tiada kajian saintifik dan klinikal yang menyokong kenyataan ini.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan air daun ketum jangka masa panjang dan berlebihan boleh menyebabkan sawan.
“Ketum atau nama saintifiknya ‘Mitragynine’ mempunyai persamaan dengan dadah jenis opiat kerana individu yang mengamalkannya boleh membawa kepada proses khayal.
Individu yang mengamalkannya boleh menjadi khayal dan jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan sesak nafas. Malah ia juga boleh mengakibatkkan sembelit.
Dr. Nurazam Omar, Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Perlis.
Anda boleh baca artikel tersebut di sini Ketum bukan penyelesaian penyakit kencing manis, darah tinggi.
Apa Hukum Minum Air Ketum Dalam Islam?
KakNjang bukan saja-saja nak menghukum. Tapi bila yang lebih arif menerangkan apa hukum minum air daun ketum ni dalam Islam, kita dengarlah.
KakNjang setuju dengan cakap Ustaz Azhar Idrus ni. Kalau doktor kata boleh berubat kulit gatal dengan daun ketum, dibolehkan untuk kita tempek daun ketum pada bahagian yang gatal tersebut. Tapi kalau pergi rebus daun ketum dan minum airnya dan menikmati khayal nya itu, dan alasan di bibir, untuk ubat gatal; memang haram lah!
Saranan KakNjang:
Jika betul anda ada kencing manis, berubahlah. Perlu ubah kepada gaya hidup lebih sihat, corak pemakanan lebih seimbang dan sihat.
Sekarang pula dah nak masuk Ramadhan. Puasa is just around the corner. Jangan nak cari alasan untuk tidak berpuasa. Di sini KakNjang kongsikan tips bagaimana nak puasa jika ada darah tinggi.
Banyak benda yang kita boleh lakukan sebenarnya dalam menangani masalah kencing manis dan darah tinggi. Namun, most of the time, pemakanan kita tidak menyumbang kepada nilai harian nutrisi yang mencukupi.
Oleh itu KakNjang sangat-sangat mencadangkan pengambilan suplemen Shaklee, Set Keperluan Harian (Daily Essential Set). Untuk ini anda tidak perlu risau kerana kesemua produk Shaklee adalah terbukti secara saintifik dan klinikal. Ini merupakan set asas untuk melengkapkan nilai harian nutrisi anda.
Dan yang paling penting, produk Shaklee ada Landmark Study! Apa itu Landmark Study? Jemput tonton video berikut…
Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua pembaca.
KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang
Tinggalkan Balasan