5 Cara Atasi Keletihan Ketika Mengandung

Semasa mengandung, tubuh akan terasa lebih lemah dan tetih dari biasa. Biasanya kita rasa letih terlebih pada awal mengandung – ketika baby mula nak membesar, dan pada penghujung kandungan tersebut asbab membawa berat yang berlebihan dan kedudukan baby yang semakin ke bawah. 

Ni kaknjang nak kongsi beberapa tip untuk atasi keletihan ketika mengandung:

1. Minum air lebih! 

Ketika mengandung tubuh kita menggunakan lebih banyak nutrien dan air berbanding biasa. Tubuh cepat dehydrated berbanding biasa. Maka adalah satu tindakan yang bijak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dengan minum lebih banyak air dari biasa. 
 
If you are thirsty; you are already dehydrated!

2. Banyakkan Beriadhah!

Biar betul kaknjang ni… nak suruh exercise pulak dah…
 
Banyak faedahnya beriadhah ketika mengandung.
 
Riadhah selama 10 minit beberapa kali sepanjang hari dan minum air setiap kali selepas sesi senaman dapat membantu tingkatkan tenaga dan mengurangkan masalah sembelit.
 
Senaman yang kerap dan bersesuaian juga dapat membantu memudahkan kita bersalin dan mungkin dapat mengelakkan komplikasi ketika bersalin.
 
Senaman juga dapat membantu anda senang tidur dan mendapat tidur yang berkualiti.
 
So, stretching sikit-sikit sebelum tidur ya…

3. Kurangkan Gula!

Jangan terperanjat kalau kita tak pernah ada history kencing manis, tiba-tiba bila mengandung ada pulak kes kencing manis.
 
Ini di panggil Gestational Diabetes. Tapi kaknjang bukan nak cakap pasal kencing manis ni.  Tapi pengambilan gula yang berlebihan ditambah pula pengambilan serat dan iron yang tidak mencukupi, akan membuat seorang ibu mengandung itu terasa lebih letih.
 
Jadi, cubalah beralih daripada kek dan manisan kepada salad dan buah-buahan.

4. Makan Lebih Protein, Serat dan Iron!

Tak cukup makan, badan letih. Orang tua-tua selalu cakap macam tu kan?
 
Ada betulnya juga.  Tapi apa yang penting, pastikan setiap hidangan mengandungi cukup protein dan sayuran hijau berdaun juga buah-buahan.

ESP Shaklee membekalkan protein sihat untuk ibu mengandung.
 
Lebih bagus jika kita dapat kecilkan pengambilan makanan tersebut tetapi pada kadar yang lebih kerap. Letih akan berkurangan.

5. Power Nap!

Hmmm… yang ni kaknjang paling suka. Why? Sebab we have all the reasons untuk berada di atas katil dan tidur di siang hari.
 
15 minit pun dah cukup.  Bergerak menguruskan hal seharian dengan tambahan bebanan di bahagian perut yang memboyot tu sememangnya sungguh memenatkan dan meletihkan. 
 
Jadi, recharge! Jangan paksa diri sampai terketar-ketar keletihan.
 
Badan yang terlalu letih akan lebih mudah untuk mendapat berbagai jenis penyakit, terutamanya untuk ibu-ibu mengandung.
 
Berehatlah secukupnya. Tidur sekejap.
 
To whom it may concerned; all the best with your pregnancy!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *