Apakah Kesan Puasa / IF Terhadap Sel dan Hormon?

Kesan puasa terhadap sel dan hormon tingkatkan kesihatan tubuh dan otak | Azura Abdul

Dalam entri ini KakNjang nak sentuh sedikit tentang kesan puasa atau intermittent fasting (IF) terhadap sel dan hormon kita. Kesan inilah yang membawa kepada kebaikan dan manfaat yang hebat buat kesihatan tubuh kita secara menyeluruh bagi menyokong penuaan sihat.

Kesan Puasa Terhadap Sel dan Hormon:

Bila kita berpuasa, beberapa perkara berlaku dalam badan kita pada tahap selular dan molekul. Sebagai contoh, badan kita menyesuaikan tahap hormon untuk menjadikan lemak badan yang tersimpan lebih mudah diakses. Sel kita juga memulakan proses pembaikan yang penting dan mengubah ekspresi gen.

Berikut adalah beberapa perubahan yang berlaku dalam badan kita bila kita berpuasa:

  • Human Growth Hormone (HGH) Hormon Pertumbuhan: Tahap hormon pertumbuhan meningkat sebanyak 5 kali ganda. Ini sangat-sangat dimanfaatkan dalam proses penurunan lemak dan peningkatan otot, sebagai contoh.
  • Insulin: Kepekaan insulin bertambah baik dan tahap insulin menurun secara mendadak. Tahap insulin yang lebih rendah menjadikan lemak badan yang disimpan lebih mudah diakses.
  • Baikpulih Sel: Apabila berpuasa, sel kita memulakan proses baikpulih sel. Ini termasuk autophagy, di mana sel mencerna dan mengeluarkan protein lama dan tidak berfungsi yang terkumpul di dalam sel.
  • Ekspresi gen: Terdapat perubahan dalam fungsi gen yang berkaitan dengan umur panjang dan perlindungan terhadap penyakit

Perubahan dalam tahap hormon, fungsi sel dan ekspresi gen inilah yang bertanggungjawab ke atas faedah berpuasa kepada kesihatan.

Manfaat Kesihatan Yang Bakal Kita Perolehi Daripada Puasa Berkala

Banyak kajian tentang puasa berkala (IF) telah dilakukan ke atas haiwan dan manusia, telah menunjukkan bahawa ia boleh membantu mengawal berat badan, tingkatkan kesihatan badan dan otak. Ia boleh membantu kita hidup lebih lama.

Manfaat puasa kepada kesihatan, kesan dari puasa terhadap sel dan hormon manusia.
Manfaat puasa kepada kesihatan, kesan dari puasa terhadap sel dan hormon manusia.

Berikut adalah faedah kesihatan bila kita melakukan IF atau berpuasa:

  • Penurunan berat badan: IF boleh membantu kita menurunkan berat badan dan lemak perut, tanpa perlu menyekat kalori secara sedar.
  • Rintangan insulin berkurangan: IF boleh menurunkan gula darah sebanyak 3–6% dan tahap insulin berpuasa sebanyak 20–31%.
  • Mengurangkan keradangan dalam tubuh.
  • Tingkatkan kesihatan jantung: IF boleh mengurangkan kolesterol LDL “jahat”, trigliserida (lemak dalam darah), penanda keradangan, gula darah dan rintangan insulin – semua faktor risiko penyakit jantung.
  • IF mungkin dapat membantu mencegah kanser.
  • Kesihatan otak: IF meningkatkan hormon otak BDNF, membantu pertumbuhan sel saraf baru dan boleh melindungi daripada penyakit Alzheimer.
  • Anti-penuaan: IF boleh memanjangkan jangka hayat tikus. Kajian menunjukkan bahawa tikus yang berpuasa hidup 36-83% lebih lama.

Saranan KakNjang

Pemakanan sihat sebenarnya mudah, tapi boleh menjadi sangat susah untuk istiqamah. Salah satu cabaran utama ialah merancang dan memasak makanan yang sihat. Puasa berkala boleh memudahkan urusan, kerana anda tidak perlu merancang, memasak dan mengemas atau membersihkan badan selepas memasak sekerap sebelum ini.

Atas sebab ini, KakNjang sarankan kepada anda semua untuk mula melakukan puasa sunat atau IF. Jika bujang dan tinggal berasingan dari keluarga, ini sangat mudah. Jika berkeluarga, jangkitkan IF/puasa sunat ini kepada ahli keluarga yang lain kerana ia memudahkan kita dan sangat menyokong penuaan sihat!

Pelan pemakanan untuk sokong intermittent fasting (IF) puasa malam, makan siang.

Rujukan dari National Library of Medicine:
Fasting enhances growth hormone secretion and amplifies the complex rhythms of growth hormone secretion in man.
Intermittent fasting: is there a role in the treatment of diabetes? A review of the literature and guide for primary care physicians
The effect of fasting or calorie restriction on autophagy induction: A review of the literature
The Effects of Calorie Restriction on Autophagy: Role on Aging Intervention
Practicality of intermittent fasting in humans and its effect on oxidative stress and genes related to aging and metabolism
Fasting for weight loss: an effective strategy or latest dieting trend?

Karger.com: Effects of Intermittent Feeding Upon Growth and Life Span in Rats
ScienceDirect.com: Influence of short-term repeated fasting on the longevity of female (NZB×NZW)F1 mice

Jun 19, 2023

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *