Apakah Punca Bantut Di Kalangan Kanak-kanak?

Apakah Punca Bantut?

Kita dah tahu Apa Itu Bantut? Adakah Bantut Masalah Serius? Bottom line masalah bantut berkisar pada masalah nutrisi. Public Awareness telah diwujudkan melalui beberapa sosial media juga kajian lokal seperti ini Anda boleh baca lagi di sini… . Dalam entri kali ini KakNjang nak bincangkan tentang apakah punca bantut di kalangan kanak-kanak di Malaysia ini khususnya.

UNICEF STUDY SHOWS MALAYSIAN KIDS MORE STUNTED THAN ZIMBABWEANS!? 

Proses Tumbesaran Kanak-kanak:

  • 2 tahun pertama – 5-9cm setiap tahun hingga mereka berusia kira-kira 10 tahun.
  • Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu (11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki), lonjakan tumbesaran berlaku sekali lagi selama kira-kira 2 tahun sebelum ia berakhir perlahan-lahan pada usia 16-18 tahun.

Sekiranya seseorang kanak-kanak kelihatan lebih rendah berbanding rakan sebaya, ada kemungkinan dia mengalami masalah tumbesaran yang menghalangnya daripada mencapai ketinggian dan berat normal serta kematangan seksual dalam sesetengah kes.

Apakah Antara Punca Yang Menyumbang Kepada Masalah Bantut Di Kalangan Kanak-kanak

  • Sejarah keluarga – keturunan. Selalunya bila ibu ayah agak pendek fizikal tubuhnya, anak-anak berkemungkinan mempunyai pertumbuhan fizikal yang agak perlahan. Ini tidak menjadi masalah besar sebab selalunya hanya fizikal sahaja yang tampak kecil pendek, tetapi pembentukan otak, organ dalaman juga kesihatan seksual tidak terjejas.
  • Penggunaan ubat-ubatan oleh ibu kandung ketika mengandung. Ini boleh menjejas kualiti nutrisi tubuh ibu dan juga nutrisi yang disalurkan kepada bayi dikandung.
  • Kekurangan nutrisi (ibu dan anak). Ini merupakan fakor penting yang kita sama-sama perlu titik beratkan. Kekurangan nutrisi selalunya disebabkan oleh tidak cukup makan atau kualiti makanan itu sendiri. Punca utama kepada ini selalunya dikaitkan dengan kemiskinan dan tahap pendidikan sesebuah institusi kekeluargaan itu.
  • Sakit yang teruk (ketika ibu mengandung atau awal usia bayi). Ini juga faktor yang sangat penting sebab sakit teruk menyebabkan tubuh hilang lebih banyak nutrisi dan organ-organ tubuh menjadi sangat lemah. Boleh menjejaskan pertumbuhan organ dalaman, terutama otak dan sistem pembiakan.
  • Kekurangan hormon pertumbuhan.
  • Stress atau tekanan yang teruk.
  • Hypothyroidism: Kelenjar thyroid bertindak menghasilkan hormon-hormon yang menggalakkan pertumbuhan normal. Bayi yang menghidap hypothyroidism memiliki kelenjar thyroid yang tidak aktif. Jadi, bantut boleh terjadi.
  • Turner Syndrome: masalah genetik yang kesannya ke atas wanita. Kita ada chromosome XX (perempuan) dan XY (lelaki). Untuk kes ini, chromosome X samada hilang satu atau rosak atau tidak lengkap. Jarang ada, tapi kemungkinan itu ada … 1 dalam 2,500 wanita.
Punca Bantut ada kitarannya

Sumber rujukan:
1. HMetro.com.my – Tumbesaran tidak normal
2. HealthLine.com – Causes of delayed growth
3. WHO.int – Stunting in a nutshell

Selepas ini KakNjang akan bincangkan pula kesan bantut terhadap kehidupan sosial kanak-kanak juga sosio-ekonomi bila mereka meningkat dewasa kelak. Bagaimana untuk mereka capai Penuaan Sihat? InSyaaAllah KakNajng akan cuba bincangkan. Sementara itu, jom kita hadam dahulu punca-punca bantut ini.

Artikel Berkaitan:

Saranan KakNjang:

Lengkapkan nutrisi anak-anak seawal usia. Jika mungkin, mula jaga keperluan nutrisi ketika hamil supaya anak yang bakal dilahirkan dalam keadaan sihat dan cukup nutrisi bagi mengelakkan masalah bantut.

Keperluan Kalsium Harian Mengikut Peringkat Umur | Azura Abdul
Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee | Azura Abdul
set ibu mengandung | Azura Abdul

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

November 26, 2024

Tag:,
    • Betul Atul. InSyaaAllah masih ada peluang. Sebab tu kanak-kanak perlu diberi nutrisi yang lengkap seawal usia. Walaupun bantut dan kita tidak sedarinya, setidak-tidaknya kita bekalkan mereka dengan nutrisi untuk develop apa yang sepatutnya luar dan dalam semasa masih dalam tempoh tumbesaran. Selepas tempoh tumbesaran berlalu, kekallah ia begitu. Semoga bermanfaat.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *