Bagaimana Tingkatkan Selera Makan Warga Emas?

bagaimana tingkatkan selera makan warga emas | Azura Abdul

Hilang selera makan di kalangan warga emas adalah satu perkara yang sering dianggap sebagai remeh oleh kebanyakan individu. Namun, tiada selera makan yang berlarutan akan menyababkan warga emas kekurangan nutrisi untuk kelangsungan hidup mereka. Ini akan mendatangkan banyak kesan buruk. Ketahui punca dan kesan hilang selera makan warga emas di sini. Penjaga atau mereka yang tinggal bersama warga emas adalah individu yang penting dalam membantu tingkatkan selera makan mereka.

Bagaimana untuk tingkatkan selera makan warga emas?

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diamalkan:

  1. Sediakan makanan kegemaran mereka. Cuba senaraikan beberapa makanan untuk mereka pilih.
  2. Tingkatkan nutrisi makanan, bukan kuantiti makanan. Hidangkan makanan berkhasiat dan seimbang dalam hidangan yang kecil.
  3. Cuba pelbagaikan resipi setiap hari. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada mereka untuk menikmati menu yang berbeza dan menambahkan selera.
  4. Gunakan pelbagai perencah seperti perencah asli untuk membangkitkan selera mereka.
  5. Cuba sediakan makanan mengikut kesesuaian. Contohnya; jika susah nak kunyah, potong makanan dalam saiz kecil, atau lenyekkan makanan sebelum makan. Boleh juga gantikan dengan bubur atau lebihkan air dalam penyediaan nasi..
  6. Memastikan mereka minum air secukupnya.
  7. Bawa mereka bersiar-siar di taman untuk senaman ringan ataupun sekadar menghirup udara segar.
  8. Jaga waktu makan mereka. Jika boleh, cuba sediakan jadual makan dan ikuti serapat mungkin setiap hari.
  9. Galakkan makan secara berjemaah. Dapat makan bersama sahabat handai mahupun ahli keluarga yang lain sedikit sebanyak dapat tingkatkan selera makan mereka.
  10. Mulakan hari mereka dengan minuman berkhasiat yang mampu untuk tingkatkan selera makan seperti mangga segar yang dikisar dengan serbuk protein.
  11. Berikan mereka suplemen yang sesuai dengan bijak.
  12. Beri sokongan. Jaga mereka dengan penuh kasih sayang dan ambil berat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Nota: Sebelum mengambil apa-apa jenis suplemen, elok dapatkan nasihat doktor untuk membantu mengurangkan risiko yang tidak diingini berlaku terhadap kesihatan warga emas.

  • Assalammualaikum..
    Mak saya baru lepas ‘operation’ potong kaki akibat kencing manis 2 minggu lepas. Lepas ‘operation’ dia tak ade selera makan. Akibat paras gula dalam gula tidak stabil. Klau makan pun hanya sekali kunyah.katanya takde selera makan. Baru-baru ni hipo gula tinggal 2 je. Mohon nasihat apa – apa cadang untuk tingkat selera makan mak saya..

    • Wa’alaikumussalam En Zamri. Terima kasih atas soalan.
      Pertama sekali, ibu mungkin mengalami tekanan emosi akibat kaki kena potong. Sentiasa mendengar dan bercakap dengannya.
      Keduanya, untuk tingkatkan tenaga dan selera makan mereka yang baru selesai sebarang pembedahan, KakNjang cadangkan pengambilan ESP + MealShakes + Performance Drink.
      Ketiga, sediakan makanan dalam kuantiti kecil dan potongan buah sayur kecil-kecil. Makan sambil berbual dengan ibu utuk naikkan semangatnya.

      En Zamri boleh Wasap KakNjang di 0196686767 untuk perbincangan lanjut.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *