7 Tip Untuk Perut Sihat Lebih Lama

Perut Sihat Lebih Lama

Ramai yang hendak sihat dan mampu untuk menikmati pelbagai jenis makanan sehingga ke usia tua. Masalahnya, ramai yang tidak ambil kisah perihal kesihatan perut sedari awal usia. Akibatnya perut jadi sangat sensitif. Hatta sedikit kesilapan dalam memilih makanan akan menyebabkan perut sakit. Untuk itu, KakNjang nak berkongsi dengan anda semua – 7 tip untuk perut sihat lebih lama.

7 Tip Untuk Perut Sihat Lebih Lama by KakNjang

7 Tip Untuk Perut Sihat Lebih Lama:

#1 Makan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Pastikan ada sayur-sayuran, buah-buahan dan protein. Sayur dan buah ada beta-carotein yang akan ditukarkan kepada vitamin A, penting untuk penghasilan mucus membrain – lendir yang melindungi dinding perut dan usus. Apa fungsi lendir tu? KakNjang dah bincangkan kat sini…

Pastikan ada Protein:

  • Bekal amino acid untuk badan – major building block.
  • Penghasilan sel dalam badan.
  • Baikpulih sel dalam badan.
  • Dalam kes yang KakNjang cakap ni, nak repair dinding perut dan usus yang dah luka.

Perlu pelbagaikan sumber protein dari sumber asli. Contoh dalam daging ada zinc – penting untuk synthesis protein – penting dalam proses repair dinding perut dan usus tadi. Daging yang telah diproses kehilangan banyak nutrisi.

Jika tak mampu nak jaga pengambilan makanan seimbang yang berkhasiat; perlu kepada pengambilan suplemen.

Cadangan: ESP + Carotomax + Zinc Plus

#2 Lebihkan fiber / serat.

Fiber ada 2 jenis – larut dan tak larut.

Serat larut – pastikan najis kita lembut. Serat tidak larut -bantu bersihkan dinding usus dan memberi bentuk kepada najis.

Jika kita tak mampu nak makan banyak fiber (sayur buah bijirin dan sebagainya); perlu kepada pengambilan suplemen.

Cadangan: Alfalfa + HerbLax

#3 Elakkan minuman bergas dan makanan yang buatkan badan kita berangin.

Gas! Air bergas is a no-no. Sila elakkan. Gas dalam minuman tersebut buatkan kita tambah sebu senak sengkak semua tu. Bloated. Air bergas ni juga banyak gula. Gula is not good for you!

Gas yang KakNjang maksudkan di sini ialah makanan (sayur buah atau apa sahaja) yang boleh buat kita berangin. Tak semua orang sama.

Contoh: KakNjang tak boleh makan terung dan petai. Nanti kembung. Orang lain okay je tak de masalah pun.

Betik bagus. Kalau KakNjang makan betik memang KakNjang akan lawas. Tapi kalau terlebih, perut KakNjang akan jadi sebu. Tapi orang lain mungkin okay sahaja.

Perlu pandai untuk elakkan makanan yang boleh menyebabkan perut anda kembung tak tentu pasal.

KakNjang pernah bincangkan apa nak buat bila sakit perut selepas makan di sini…

#4 Minum banyak air.

Dalam #2 kita kena ambil lebih fiber. Fiber akan menarik air ke arahnya bersama lemak-lemak yang terkumpul. Perlukan lebih air.

Air juga merupakan pengangkutan utama semua nutrisi untuk sampai ke seluruh badan. Perlukan lebih air.

Darah juga ada air. Perlukan lebih air.

Pendek kata badan kita perlukan air untuk banyak perkara.

Dan dalam kes ini, kita perlu minum lebih air untuk membantu proses pembuangan lebih lancar.

#5 Keep a food diary. Catatkan pemakanan harian anda!

Sebagai contoh, buat catatan apa yang anda makan yang menyebabkan perut anda kembung.

Catatkan sebarang makanan yang menyebabkan anda dapat alahan seperti gatal mata, gatal muka, gatal telinga, sakit tekak, mual nak termuntah dan sebagainya.

Sangat penting sekiranya anda ada keadaan kesihatan yang tertentu seperti GOUT. Biasanya makanan apa yang membuatkan anda dapat serangan GOUT.

Perlu tahu sendiri apa yang anda tak boleh makan.

#6 Consider taking magnesium. Ambil Magnesium!

Gaya hidup kita yang stress (kerja, keluarga, kewangan, peperiksaan dan sebagainya) buat kita cepat hilang magnesium.

Fungsi Magnesium:

  • Bantu relaxkan otot.
  • Secara tak langsung bantu elakkan sembelit.

Apa kaitannya? Najis digerakkan melalui gerakan otot pada dinding usus. Peristalsis.

Ramai gagal untuk dapatkan magnesium secara semulajadi.

Contoh; sumber magnesium dari sayur berdaun hijau gelap seperti bayam. Tapi bayam juga sumber purin – punca serangan gout. Begitu juga dengan kekacang.

Pisang juga sumber magnesium. Tapi sesetengah orang akan cepat rasa bosan bila makan benda yang sama setiap hari.

Benda-benda seperti ini yang menyebabkan kita tak dapat mencukupkan keperluan magnesium tubuh. Maka; perlu kepada pengambilan suplemen.

Cadangan: Amalkan Ostematrix Shaklee – bukan sekadar kalsium.

#7 Dapatkan Vitamin D!

Vitamin D bantu magnesium untuk stabilkan gerakan usus. Sangat penting terutamanya bagi mereka yang ada IBS – di mana otot usus tak nak bergerak. Bermaksud – makan tapi tidak membuang.

Sumber Vitamin D terbaik – matahari. Berada di bawah sinaran matahari antara jam 8am – 10am selama sekurang-kurangnya 30 minit. Tapi masalahnya waktu itu kebanyakan kita berada indoor, bekerja di pejabat.

Sumber lain Vitamin D ialah susu atau hasil tenusu seperti keju. Yang boleh minum susu, Alhamdulillah. Ada setengah orang tidak boleh minum susu. Contohnya mereka yang ada masalah IBS ni selalunya lactose intolerance. Tak boleh minum susu. Bekerja pula di dalam bangunan sepanjang hari.

Gaya hidup kita, corak pemakanan kita buatkan tubuh kekurangan Vitamin D. Perlu kepada pengambilan suplemen.

Cadangan: Amalkan Ostematrix Shaklee – bukan sekadar kalsium.

Pesanan Dari KakNjang:

Keperluan kepada suplemen adalah berbeza antara setiap individu. Pengambilan suplemen bukanlah sesuatu yang hanya sekadar ikut-ikutan. Tetapi pengambilan suplemen adalah untuk kita melengkapkan sebarang jurang keperluan nutrisi yang ada pada diri masing-masing.

Untuk konsultasi, anda boleh terus WhatsApp KakNjang di 019 668 6767 atau klik pada ikon di bawah

WhatsApp KakNjang Sekarang

Penghantaran percuma untuk pengguna sekitar
Air Keroh, Bukit Katil dan Bukit Beruang.
Pos ke seluruh Malaysia.

Daftar Shaklee

Nak beli barang Shaklee dengan harga lebih rendah, daftar sebagai Ahli Keluarga Shaklee sekarang.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Artikel berkaitan:

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sakit
Ketahui makanan manakah yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sedang sakit di sini…
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *