Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil CoQ10?

Bilakah waktu terbaik untuk ambil co-q10?

Ramai yang bertanya. Bilakah waktu terbaik untuk kita ambil atau makan CoQ10? Pagi? Tengahari? Petang? Malam? Sebelum atau selepas makan? Tak makan boleh ambil CoQ10 kah? Banyak mana?

Baik. KakNjang akan cuba untuk jawab semua tu satu persatu.

Mula-mula kita kena kenal dulu CoQ10 tu apa. Anda semua boleh baca lagi di sini…

Baca lagi mengenai Co-Q10 di sini…

Pertama sekali, kita perlu tahu dan faham bahawa Co-enzyme q10 atau CoQ10 adalah unsur larut dalam lemak. Bermaksud CoQ10 memerlukan kehadiran sedikit lemak untuk serapan lebih baik. Biasanya KakNjang akan ambil bersama makanan utama. Lebih-lebih lagi jika di hujung minggu, memenuhi undangan majlis perkahwinan, KakNjang akan ambil selepas makan nasi dan lauk kenduri.

Yang keduanya, kita perlu tahu dan faham bahawa Co-enzyme q10 atau CoQ10 menghasilkan tenaga. Lokasinya adalah di dalam kilang tenaga sel – mitochondria. Jika anda perlu tidur di waktu malam, jangan konsum CoQ10 ketika waktu hendak tidur kerana sifatnya yang memberi tenaga akan membuatkan anda terjaga sepanjang malam.

Untuk penghasilan tenaga dan anda rasa bertenaga sepanjang hari, ambillah CoQ10 di waktu pagi atau tengahari.

Namun, jika anda bekerja shif malam, boleh ambil Co-Q10 selepas makan malam atau supper untuk kekal bertenaga sepanjang shif malam anda.

Yang ketiga, keperluan tubuh kepada unsur CoQ10 berkisar antara 100mg – 300mg bergantung kepada tahap kesihatan setiap individu. CoQ-Trol Shaklee mebekalkan 100mg Co-Q10 dalam setiap capsule. Jadi, adalah selamat untuk kita mengambil sebiji capsule CoQ-Trol untuk kita dapatkan 100mg CoQ10 untuk keperluan nutrisi harian kita.

Saranan KakNjang Untuk Waktu Terbaik Ambil Co-Q10:

Setelah kita fahami sifat CoQ10, kita boleh susun atur sendiri bilakah masa yang terbaik untuk kita ambil CoQ10. KakNjang akan ambil CoQ10 selepas waktu makan siang paling berat! Tapi jika anda perlu berjaga sepanjang malam dan tidur di siang hari, atur jadual pemakanan CoQ10 anda mengikut kesesuaian.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua pembaca.

Pengedar Shaklee Malaysia
Total Page Visits: 5569 - Today Page Visits: 1
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *