Minum Air Secukupnya Kunci Untuk Penuaan Sihat

Minum Air Secukupnya Merupakan Kunci Untuk Menuju Penuaan Sihat

Air bagus untuk kita. Air bantu kulit kekal sihat berseri, buat kita bertenaga dan bantu dalam penghadaman, serap nutrisi dan perkumuhan. Memang bertepatanlah dengan tajuk kita hari ini di mana minum air dengan secukupnya merupakan kunci utama untuk menuju ke arah penuaan sihat.

Dehidrasi adalah masalah biasa bagi warga tua. Antara simtomnya ialah:

  • mulut kering
  • letih
  • pening
  • kejang otot

Simtom-simtom ini selalunya menyumbang kepada isu-isu lain terutamanya kepada kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil.

Kenapa dan bagaimana masalah dehidrasi sangat kritikal di kalangan warga tua?

Kajian mendapati jumlah air kosong yang diminum semakin berkurangan bila usia semakin meningkat.

% intake air
kosong
Umur
5720 – 39
5040 – 59
4760 ke atas
Peratusan air kosong dari keseluruhan air minuman yang diminum sepanjang hari

Bukan itu sahaja, semakin kita berusia, kebolehan badan kita untuk kandung air juga semakin berkurangan. Menyebabkan semakin berusia, semakin cepat kita terhidrat.

Anggaran usiaNisbah cecair dalam badan : berat badan
Bayi – 3970%
40 – 5960% Lelaki
52% Wanita
60 dan ke atas52% Lelaki
46% Wanita
Nisbah cecair dalam badan kepada berat badan seseorang mengikut usia

Perbezaan nisbah air mengikut jantina adalah kerana lelaki memiliki lebih muscle mass – jisim otot dan kurang body fat – lemak dalam badan berbanding wanita. Sel otot mengandungi lebih air berbanding sel lemak.

Perbezaan nisbah tersebut berbanding usia adalah kerana buah pinggang kita semakin kurang kebolehannya untuk menyingkirkan toksin dari badan bila usia semakin meningkat. Ini menyebabkan buah pinggang memerlukan lebih banyak air untuk berfungsi secara normal.

Penuaan bukan sahaja menyebabkan badan kita kekurangan air, tetapi keperluan buah pinggang kepada lebih air untuk ia berfungsi dengan baik juga menyumbang kepada kehilangan banyak air dalam badan warga tua.

Bergantung kepada gaya hidup dan tahap kesihatan seseorang, semakin berusia, keperluan tubuh kepada air akan berkurangan. Ditambah pula, semakin berusia, kita akan semakin hilang deria rasa termasuklah rasa dahaga. Jika dibiarkan tidak dibantu, warga tua akan meneruskan hari mereka tanpa minum air secukupnya.

Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan

Tubuh yang terhidrat akan kehilangan banyak mineral dalam tubuh, menyebabkan elektrolit dalam tubuh tidak seimbang. Cas negatif dan positif dalam tubuh di alirkan oleh elektrolit keseluruh tubuh untuk membawa signal arahan dari otak ke saraf, otot dan utnuk pembentukan tisu baru.

Cara terbaik untuk kembalikan keseimbangan elektrolit dalam tubuh adalah dengan mengamalkan minuman tenaga Performance Drink Shaklee.

Koleksi Resepi Performance Drink Shaklee Sedap!
Dapatkan koleksi resepi Performance Drink Shaklee yang sedap di sini…
Dapatkan penapis air Get Clean Water Pitcher Shaklee di sini…

Tips Untuk Dapat Minum Cukup Air Bagi Menyokong Penuaan Sihat:

  1. Jangan tunggu dahaga baru nak minum air.
  2. Sip air sedikit-sedikit, susu atau jus berselang-seli ketika makan.
  3. Tambahkan minuman sepanjang hari. Atau boleh sediakan air dalam bekas atau botol-botol kecil untuk kemudahan membawa atau mencapainya.
  4. Snacking petang dengan sup rendah lemak.
  5. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kandungan airnya yang tinggi.
  6. Bila makan ubat, minum air habiskan segelas terus.
  7. Sebelum bersenam, minum air segelas.
  8. Minum susu tanpa lemak atau rendah lemak, atau minuman lain tanpa gula.
  9. Kalau ada masalah kencing luar kawal, jangan berhenti minum air. Jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Mungkin ada banyak lagi tips yang anda gunakan untuk memastikan kita minum air cukup. Jemput kongsikan dengan KakNjang di bahagian komen. Terima kasih.

“Don’t wait until you’re thirsty [to drink water,]” she says. “It’s always good to have a practice of sipping or drinking water or some beverage that’s good for you throughout the day. Try to add liquids throughout your day. And liquids could be munching on like cucumbers and hummus because cucumbers are a great source of water.”

Niti Patel, MS, RD – Registered Dietitian

Apa tindakan kita untuk atasi masalah kurang minum air ketika berusia nanti:

  • Mula biasakan diri untuk kerap minum air dari sekarang. Memang kita tak akan rasa dahaga sama seperti bila tua nanti, tapi bila minum air ni kita dah jadikan habit, InSyaAllah bila dah berusia nanti, walau kita dah kurang rasa dahaga, kita tetap akan minum air sebab dah terbiasa.
  • Sentiasa ada botol air bersama kita ke mana sahaja kita pergi.

Rujukan:
National Institute On Aging
WellAndGood.com
Hydration For Health
SixtyAndMe.com

Penuaan sihat bermula dengan AIR!

Hubungi KakNjang sekarang untuk dapatkan supplement Shaklee anda! Terus hantarkan WhatsApp anda ke 0196686767

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
Pengedar Sah Shaklee Melaka – Malaysia

Pengedar Shaklee Malaysia
Suplemen penting untuk warga tua
Ketahui cadangan supplement untuk warga tua di sini…

Total Page Visits: 334 - Today Page Visits: 1
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *