COVID-19 Dekat Dengan Kita | Azura Abdul

Dalam masa seminggu dua ni sejak PKP bulan raya, kita dapat lihat peningkatan dalam kes COVID-19, dengan megahnya berada di atas angka 4000 ke atas without fail. Dan dilaporkan juga varian-varian baru terutamanya yang agresif seperti varian Afrika Selatan dan varian India mula menapak di Malaysia. Minggu lepas kita dengar 1 kes varian India dilaporkan di Malaysia. Minggu ini seperti yang kita maklum, dah 5 kes. You all boleh baca tentang ni di sini… Bermakna varian-varian virus COVID-19 ni sentiasa mempunyai peluang untuk sampai dekat dengan kita.

peningkatan dalam kes harian covid-19 ini menunjukkan bahawa covid-19 ni sangat dekat dengan kita.

Kes harian COVID-19 terkini seperti yang direkodkan pada 18 Mei 2021. Peningkatan ini menunjukkan bahawa wabak COVID-19 ini sememangnya sangat dekat dengan kita!


Bayangkan kita tak tahu siapa yang bawa virus ni. Kita tak boleh nampak dengan mata kasar.

Mula dulu kita faham yang COVID-19 ni merebak melalui titisan cecair dari pernafasan kita, melalui sentuhan samada dengan orang lain mahupun benda-benda fizikal di sekeliling kita.

Tapi sekarang WHO pun dah confirm yang COVID-19 ni sporadik. Airborne! Boleh berada di ruang udara kita selama 8 jam!

Ini membuatkan wabak COVID-19 lebih cepat merebak. Jadi, gunakan pelitup muka dengan betul ketika berada di luar, terutamanya ketika berada di tempat-tempat awam.

Mengapa COVID-19 Cepat Merebak?

Covid-19 sangat dekat dengan kita. Sesiapa sahaja boleh menjangkiti dan dijangkiti COVID-19

Di pejabat, berbual atau bermesyuarat tanpa mengenakan pelitup muka dengan betul.

Di rumah, jiran tetangga datang, berbual tanpa mengenakan pelitup muka.

Saudara mara datang ke rumah, tak pakai pelitup muka.

Itu semua menyebabkan potensi COVID-19 untuk dekat dengan kita sangat tinggi.

Jadi, bagaimanakah caranya kita, yang belum dijangkiti COVID-19 ni, untuk tingkatkan protection perlindungan diri kita dan keluarga dari terkena kesan COVID-19 ni?

Bagaimana Untuk Tingkatkan Perlindungan Diri?

Salah satu ikhtiar yang selalu disarankan ialah dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun kita. Memiliki sistem imun yang kuat adalah penting untuk melawan serangan virus.

Selain dari itu, Shaklee juga ada menyediakan produk khas untuk tingkatkan imun kita iaitu Nutriferon yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun kita bagi bertindak melawan virus-virus dengan lebih efisyen, termasuklah virus COVID-19.

Apabila kita dapat menyediakan perlindungan untuk keluarga kita, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi perlindungan yang ada dalam diri kita dan keluarga selain dari mengetatkan perlaksanaan SOP sesama keluarga kita. Double protection!

Sebab itulah kita kena sentiasa beringat. Bahawasanya COVID-19 ni sangat dekat dengan kita. Ramai kenalan KakNjang, samada diri mereka sendiri, suami mereka mahupun kenalan mereka yang telah dijangkiti virus COVID-19. Dan KakNjang dapat lihat kesannya sangat menyedihkan. Sebak sayu hiba semua perasaan ada bercampur baur, tak dapat nak digambarkan di sini.

Ada suami yang terpaksa berjauhan dari anak-anak dan isteri. Ada isteri yang terpaksa menguruskan anak-anak sendirian. Ada juga yang semuanya terpaksa berkuarantin dalam rumah, ayah di dalam bilik berasingan kerana positif COVID-19. Anak-anak dan isteri yang negatif terpaksa kuarantin kendiri di rumah tak boleh keluar mana-mana. Hanya mengharapkan ihsan jiran tetangga yang baik hati untuk membantu membelikan keperluan dapur keperluan harian. Berhari raya pun hanya sekadar melalui Google Meet walau dalam rumah yang sama. Sayu. Hiba. Tapi terpaksa juga tersenyum demi anak-anak.

Semua itu memberikan tekanan kepada mereka yang terlibat dan ini menyebabkan keadaan itu menjadi lebih sukar untuk dihadapi.

Jadi sama-samalah kita tingkatkan imun diri dan keluarga kita dengan menyediakan Vitamin C dan Nutriferon untuk keluarga, mak ayah, adik beradik kita… Dan menyediakan Vita-Lea Chewable for kids dan MealShakes untuk anak-anak kita yang masih kecil dalam ikhtiar kita untuk meningkatkan protection buat insan-insan kesayangan kita.

Healthy Kids Set by Shaklee

Lindung diri, lindung keluarga. Semoga kita semua terhindar dari wabak COVID-19 ini. Aamiin aamiin aamiin Ya Robbal’aalamiin…

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda
0196686767 WhatsApp

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *