Daging Masak Kicap KakNjang Style!

Lebihkan sayur!

Daging masak kicap memang menjadi kegemaran seisi rumah KakNjang. Kena pulak sekarang ni baru lepas Hari Raya Haji, memang banyak le stok daging kat dalam peti tu. Hmmm… apa lagi… Daging korban masak kicap lah jawabnya!!!!

Jgn marah ye… (ayam or) daging masak kicap KakNjang memang banyak sayur.  Wajib ada carrot and tomato sebab both ada beta-carotene yg boleh bantu cernaan dan serapan protein lebih sempurna.

Daging ni very high in protein. Kalau tak dicernakan dan diserap dengan sempurna, akan ada lambakkan protein berbentuk asid dalam badan. Daging juga tinggi iron, penting untuk pembentukan sel darah merah. Untuk serapan sempurna, perlukan kepada beta-carotene.

Bila badan berasid, macam2 penyakit boleh datang. Dan environment tubuh berasid sangat digemari sel-sel kanser. Kena seimbangkan asid dan alkali dalam badan kita. Terlalu berasid, senang sakit. Tapi kalau alkali sangat, susah pulak nak cerna protein/makanan. Nampak gayanya kita stuck dengan peraturan nombor satu: Moderation / Kesederhanaan.

Tak pe. Tak payah nak pening-pening kepala. Syarat dia mesti banyak/lebihkan sayur dan buah setiap kali kita sediakan menu untuk keluarga.

KakNjang kongsi macam mana nak buat daging masak kicap, adjust bagi jadi lebih sihat.

Bahan-bahannya:

  • Daging dibersihkan dan dihiris nipis. Lebar mana tu suka hati. Dalam 300g.
  • Bawang besar – hiris bulat-bulat tebal sikit dalam 2-3mm gitu
  • Bawang putih 2-3 ulas hiris nipis
  • Halia dalam 1-2inci mayang halus
  • Sayur-sayuran kegemaran seisi keluarga. Wajib ada carrot. Kalau ada tomato pun ok. Add more colors dengan menambah brokoli, bunga kobis, cendawan, celery dan sebagainya
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Garam, kunyit, serbuk cinnamon, serbuk lada hitam (untuk perap daging tu sekejap)
  • Minyak masak dlm 2-3 sudu; adjust ikut daging you all banyak mana.

Cara-cara penyediaannya:

  • Panaskan kuali, boh minyak. Api sederhana.
  • Masukkan daging yang dah diperap kejap tadi. Balik-balikkan daging biar panas sekata sampai keluar air daging.
  • Masukkan bawang putih dan halia. Balik-balikkan lagi daging tadi.
  • Bila air daging dah nak kering, masukkan air dan tutup sekejap kuali tu biar dia empuk.
  • Rasa daging tu agak-agak lembut sikit dah boleh boh kicap dan sos tiram tu.
  • Balancekan rasa ikut tekak sendiri. KakNjang selalu guna 2 sudu sos tiram dan 3 senduk kicap.
  • Biar kuah memekat sedikit.
  • Bila dah pekat, boleh mula letakkan sayur mayur, dimulai dengan sayur yang paling keras atau susah empuk dan yang terakhir sebelum tutup api dapur ialah tomato.
  • Siap!

Cabarannya ialah bila nak merasa daging tu empuk ke tidak, rasa tu kena ke tidak, akhirnya dalam 5-6 hiris jugak lah daging yang dah masuk perut nih! Addeh. Apa pun, selamat mencuba Daging Masak Kicap KakNjang Style!!!

P/S: Walau banyak sayur, tidak bermaksud boleh hantam habis seperiuk??. Behave. Portion sila jaga! Tetap kena jaga. Buah mana buah?

AzuraAbdul.com
#MomIsHome #TheShakleeWay

Ogos 28, 2018

Tag:, ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *