Fungsi Utama Dan Manfaat Vitamin C Kepada Tubuh
Sebelum KakNjang teruskan dengan fungsi dan manfaat vitamin C kepada tubuh kita, anda baca dulu tentang Apa Itu Vitamin C dan Sumber Vitamin C di sini… jika belum.
Kita dah tahu bahawa vitamin C ni larut air dan badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Sebarang lebihan vitamin C dalam sesuatu masa akan disingkirkan melalui kencing. Maka itu adalah sangat penting untuk kita pastikan bekalan harian vitamin C tubuh mencukupi.
Kenapa? Apa yang penting sangat tentang vitamin C ni? Di sini KakNjang nak sentuh beberapa fungsi vitamin C kepada tubuh dan manfaat vitamin C kepada kesihatan manusia.
5 Fungsi Utama Vitamin C Kepada Tubuh Manusia
- Vitamin C menyokong pembentukan kolagen dalam tubuh. Kolagen merupakan unsur utama dalam memastikan rawan, sendi, ligamen, kulit dan salur darah kita sentiasa dalam keadaan baik.
- Vitamin C merupakan antioksida yang kuat untuk tubuh melawan radikal bebas samada dari luar (pencemaran) mahupun dari dalam tubuh sendiri (aktiviti sel melawan patogen atau sebarang penyakit)
- Vitamin C membantu dalam proses penyembuhan luka.
- Vitamin C membantu serapan zat besi.
- Vitamin C bertindak sebagai antihistamin semulajadi.
10 Manfaat Vitamin C Kepada Kesihatan Manusia
- Manfaat untuk mereka yang ada alahan atau dalam bahasa kita-kita, resdung.
- Sokong kesihatan sendi.
- Kurangkan stress dan stabilkan tekanan darah.
- Sokong kesihatan jantung.
- Luka cepat sembuh.
- Sokong kesihatan otak dan tingkatkan daya ingatan.
- Sokong kesihatan gigi dan gusi.
- Bantu tingkatkan sistem imun tubuh.
- Sokong kesihaan mata.
- Sokong Penuaan Sihat!
Vitamin C boleh didapati dari pemakanan kita. Seperti yang dicadangkan oleh KKM, 5 hidangan (3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah) setiap hari. Namun ada kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis dari University of Michigan berpendapat; samada kita mengambil suplemen vitamin C 500mg bersama 5 sajian buah dan sayur setiap hari atau kita bertungkus lumus pastikan kita makan 9 hidangan buah dan sayur setiap hari supaya kita mendapat vitamin C mencukupi bersama vitamin, mineral dan phytochemicals yang lain yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat.
Jadi, jelas di sini, walau kita dah usaha makan sayur dan buah setiap hari, kita masih perlu tambah lagi sekurang-kurangnya 500mg vitamin C setiap hari.
Saranan KakNjang:
KakNjang cadangkan pengambilan suplemen kesihatan seperti Vitamin C Shaklee. Setiap tablet vitamin C Shaklee membekalkan 500mg vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat. Cara ini membolehkan setiap tablet Vitamin C Shaklee melepaskan vitamin C pada kadar 100mg setiap jam selama 5 jam. Bersamaan dengan anda memakan 1.5 biji oren setiap jam, selama 5 jam!
Dapatkan sebotol Vitamin C Shaklee anda dari KakNjang sekarang. WhatsApp ke 0196686767 atau klik pada link ini…
Rujukan:
HealthLine.com
WebMD.com
National Library of Medicine (PubMed)
MedicalNewsToday
Tinggalkan Balasan