Kenapa Kalsium Penting Untuk Penuaan Sihat?
Kalsium adalah mineral penting dalam kesihatan setiap dari kita, terutamanya di kalangan warga emas. Lebih 99% kalsium yang terdapat dalam badan kita disimpan di dalam tulang dan gigi. Dan kalsium merupakan mineral utama untuk memastikan kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi. Hari ini KakNjang nak kongsikan sedikit di sini kenapa kalsium penting untuk penuaan sihat.
Fungsi Kalsium Dalam Tubuh Kita
Kalsium digunakan di seluruh badan dalam jumlah yang kecil. Antara fungsi utama kalsium termasuk:
- Membantu membentuk tulang dan gigi
- Membantu mengekalkan kekuatan badan
- Membantu dalam pergerakan otot
- Mengekalkan degupan jantung yang normal
- Membantu dalam penghantaran mesej saraf antara otak dan sel seluruh badan
- Membantu pengaliran darah semasa saluran mengendur dan mengecut
- Melepaskan hormon dan enzim yang menyokong fungsi badan
- Membantu dalam proses pembekuan darah
Setiap satu daripada fungsi-fungsi ini ada kajian dan perbincangannya yang tersendiri tetapi sebagai satu pasukan menyihatkan tubuh, ini menggambarkan betapa pentingnya kalsium dalam tubuh kita. Sebarang perubahan dalam paras kalsium dalam darah akan menjejaskan satu atau lebih daripada fungsi ini.
Sebagai contoh, hipokalsemia telah dikaitkan dengan risiko sawan yang lebih tinggi kerana hubungannya dengan penghantaran saraf dan isyarat intraselular. Sebab itu kalsium sangat penting dalam usaha kita untuk capai penuaan sihat.
To be safe, sila pastikan paras kalsium tubuh kita sentiasa cukup, dapatkan kalsium setiap hari. Untuk kalsium dalam bentuk suplemen, KakNjang cadangkan OsteNutrix Shaklee.
Kesan Kekurangan Kalsium
Selalunya seseorang yang kekurangan kalsium mungkin akan rasa:
- Sakit otot / kekejangan
- Sakit di peha dan lengan apabila berjalan atau bergerak
- Kebas-kebas di tangan, lengan, kaki, dan kaki
- Sakit di bahagian gigi dan gusi
Kekurangan kalsium yang teruk boleh menyebabkan:
- Osteoporosis & Osteopenia
- Keletihan yang melampau
- Masalah kuku dan kulit
- Senggugut
- Kemurungan (menurut kajian)
3 Kumpulan Berisiko Kekurangan Kalsium
- Golongan wanita (amenorrheic (lama missed haid), the female athlete triad (gabungan masalah haid + lemah tak bertenaga + ketumpatan mineral tulang merosot osteopenia), selepas menopaus)
- Mereka yang mempunyai alahan susu atau lactose intolerance
- Remaja dan warga emas berisiko kerana mengamalkan diet tidak seimbang atau terlalu kurang nutrisi.
Makanan Sumber Kalsium
Kalsium terdapat banyak di dalam makanan seperti susu, yogurt, cheese, tempeh.
Antara sayuran yang tinggi kalsium ialah seperti bayam, brokoli, avokado, bendir dan sayur berdaun hijau yang lain.
Kalsium juga terdapat dalam buah-buahan seperti Apricots, kiwi, oren, betik, blackberries, nanas, grapefruits, strawberi, laici, jambu.
Keperluan kalsium harian mengikut kumpulan umur
Age Group | Daily Calcium Requirement (RDA) |
0-6 months | 200 milligrams/day |
7-12 months | 260 milligrams/day |
1-3 years | 700 milligrams/day |
4-8 years | 1,000 milligrams/day |
9-18 years | 1,300 milligrams/day |
19-50 years | 1,000 milligrams/day |
51-70 years (Women) | 1,200 milligrams/day |
51-70 years (Men) | 1,000 milligrams/day |
70+ years | 1,200 milligrams/day |
Rujukan:
PMC: The Role of Calcium in Human Aging
Tinggalkan Balasan