Kenapa Perlu Ambil Vitamin C Dalam Bentuk Suplemen?

Kenapa perlu ambil vitamin c dalam bentuk suplemen? | Azura Abdul

Vitamin C diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuklah melindungi dan menyihatkan sel, juga untuk kesihatan rambut, salur darah, tulang dan rawan. Tubuh tidak boleh menghasilkan vitamin C. Kita perlu dapatkan vitamin C dari buah, sayur dan suplemen.

Vitamin C boleh didapati secara semulajadi melalui pemakanan kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah sumber semulajadi vitamin C.

Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, kita perlu makan 5 hidangan buah dan sayur setiap hari. Paling mudah ialah dengan mengamalkan gaya makan pinggan sihat Malaysia suku-suku-separuh dan snacking seperti berikut:

  • Sarapan – suku-suku-separuh
  • Snacking – buah
  • Makan tengahari – suku-suku-separuh
  • Snacking – buah
  • Makan malam – suku-suku-separuh

Perasan tak bila kita makan tak menentu, tak cukup buah dan sayur, kita cepat dapat sakit. Senang dapat demam dan selsema. Bila kita sakit, lambat betul nak baik. Sebabnya ialah tubuh tak cukup nutrisi, terutamanya vitamin C untuk baik pulih sel. Daya tahan tubuh jadi lemah.

Sebab itulah kita perlu ambil Vitamin C dalam bentuk suplemen bagi mengisi kelompongan nutrisi yang wujud dalam pemakanan harian kita.

Mulakan hari anda dengan vitamin C. Jika tak dapat dari buah atau sayur, dapatkan melalui suplemen.

Vitamin C Shaklee – pilihan terbaik anda!

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda
?0196686767
? AzuraAbdul.com

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *