13 Punca Perut Kembung Terutama Selepas Makan
Kenapa perut saya kembung? Kita semua pernah rasa ni – perut kembung, perut rasa penuh sangat. Kalau baru lepas makan banyak tu, memang lah sebab makan banyak, kan?
Tapi masalah perut rasa kembung ni tak selalunya disebabkan oleh makan banyak sahaja. Minum banyak sangat air pun boleh jadi sebab juga. Itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah bila badan kita “simpan” banyak air. Tidak keluar seperti mana sepatutnya.
Kadang-kadang apa yang kita makan tu yang buat kita rasa kembung perut, walau hanya sedikit sahaja. Atau mungkin ada masalah kesihatan?
Banyak sangat angin kot? Mungkin ya, mungkin tidak. Dari mana datang angin tu? Bila tak tau nak jawab tu selalunya ianya berkaitan dengan masalah kesihatan. Mungkin IBS, acid reflux atau hemorrhoids.
Jom kita tengok apa punca perut ni selalu rasa kembung.
1 – Banyak Sangat Garam
Badan kita perlukan garam. Sedikit sahaja. Akan tetapi kebanyakan kita ambil lebih dari apa yang secukupnya. Kesannya; badan akan “simpan” lebih air dalam badan. Rasa perut kembung. Tapi yang lebih serious lagi ialah masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.
Bukan table salt sahaja yang kita perlu kurangkan. Tetapi kandungan garam dalam makanan segera juga sangat tinggi dan amat merbahaya.
Kalau pergi shopping tu, pastikan anda baca label dan perhatikan perkataan “sodium”.
Makanan ni, kadang tu bila kita makan tak rasa masin pun. Tapi percayalah. Tak masin tak bermakna tiada garam.
2 – Banyak Sangat Karbohidrat
Karbohidrat penting dan perlu kerana karbo berikan kita tenaga yang boleh kita gunakan segera. Tetapi bila terlalu banyak dalam sesuatu masa akan menyababkan badan kita “simpan” air macam garam tadi. Rasa perut kembung.
Lagi cepat karbo masuk dalam darah, lagi banyak air tersimpan. Ini selalunya terjadi dengan karbo ringkas. Contoh yang biasa kita ambil ialah roti putih, gula-gula, pastri, kuih-muih, minuman ringan – karbo masuk ke dalam darah serta merta.
Tidak seperti karbo kompleks dari bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran – kerana semuanya mengambil masa yang agak lama untuk dicernakan.
3 – Banyak Sangat Gula (terutama Fructose)
Dalam kes gula, sama seperti garam dan karbo ringkas. Fructose adalah sejenis gula yang susah untuk dicernakan. Makanan yang tinggi fructose boleh menyebab kan perut kembung, sakit dan berangin.
Nak tau kehadiran fructose dalam kebanyakkan makanan – semak label untuk “high fructose corn syrup” bila pergi shopping.
Kehadirannya secara semulajadi juga terdapat dalam buah-buahan (terutama buah yang dikeringkan), madu, bawang besar dan bawang putih.
Tak semua orang akan dapat tindakbalas yang sama dari semua makanan.
Oleh itu, adalah suatu tingakan yang bijak untuk menyimpan diari pemakanan bagi merekodkan mana-mana makanan yang boleh menyebabkan anda sakit perut, kembung dan berangin.
4 – Makan Banyak Sangat!
Yang ni memang straight to the point. Masalah besar ni kan terutamanya bila kita pergi makan buffet. Bayar maha-mahal takkan nak makan sikit je.
Perut kita ni hanya sebesar penumbuk kita sahaja. Boleh meregang sehingga 3 kali ganda besarnya. Tapi kalau dah meregang sebegitu besar, perut kita akan rasa sangat penuh, kembung, sebu, nak termuntah, semuanya ada.
Ditambah pula makanan yang kita makan tu sangat tinggi garam dan karbo ringkas. Menyebabkan badan simpan lebih air.
“Ko ghasse…?“
Satu je tip kat sini. Berhenti sebelum kenyang sangat.
5 – Minuman Bergas
Soda ada gas. Apa sahaja minuman yang bertulis bikarbonat semua ada gas. Bila kita minum, penuh perut kita dengan gas tu semua. Kadang-kadang kita akan sendawa keluar gas tu sikit. Ok lah kejap. Tapi bila dia dah masuk sampai ke usus, tunggulah sampai kita membuang baru semuanya keluar.
Itu pun kalau kita membuang dengan efisyennya…
Dan minuman bergas ni kebanyakannya tinggi gula. Sama kes dengan garam dan karbo; menyebabkan badan simpan air lebih – kita akan rasa lebih kembung. Rasa perut kembung.
6 – Makan Cepat Sangat!
Lebih cepat kita makan, lebih banyak udara yang kita telan bersama. Macam kes minum air bergas juga.
Udara tu bila sampai ke usus kita, ia akan kekal di situ sehingga kita membuang.
Perut kita mengambil masa 20 minit sebelum dia nak maklumkan kepada otak kita bahawasanya kita sudah kenyang.
Sehingga ke waktu itu, perut kita akan terasa kembung. Rasa perut kembung.
20 minit adalah suatu masa yang sangat panjang.
Nikmatilah setiap kunyahan anda.
7 – Sembelit
Sembelit selalunya kita kaitkan dengan susah nak membuang. Banyak puncanya dan menyebabkan masalah lain juga.
Kadang-kadang waktu membuang yang tidak tetap juga boleh buat kita rasa kembung. Rasa perut kembung.
Apa kita makan memainkan peranan. Kurang minum air sepanjang hari juga boleh menyebabkan sembelit. Perubahan diet dan stress juga menyumbang kepada masalah ini.
Senaman dan dengan bantuan suplemen atau ubatan di farmasi boleh membantu sedikit sebanyak.
Sekiranya sembelit ini berlarutan berhari-hari, sila rujuk doktor anda.
8 – Produk Tenusu
Makanan berasaskan hasil tenusu seperti susu kotak dan aiskrim boleh menyebabkan perut berangin, sakit dan kembung. Tak semua orang dapat hadam gula tenusu – lactose – dengan mudah seperti orang lain.
Jika anda tahu anda adalah antara mereka itu, elakkan produk tenusu.
9 – Penambahan Berat Badan
Tengok cermin macam ok je kan. Tapi bila naik penimbang macam makin bertambah. 3kg lebih. Selalunya yang kita tak nampak tu adalah penambahan di sekitar perut. Ruangan kat dalam perut semakin sempit. Bila perut nak mengembang, ruang tu dah tak ada. Sebab tu kita rasa kembung, perut ketat.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk kembalikan berat badan kepada berat badan ideal.
10 – Makan Banyak Lemak!
Lemak penting dalam penghasilan dinding sel, saraf (terutamanya otak) dan hormon. Tapi bila terlalu banyak lemak akan membuatkan kita rasa kembung sebab perut kita mengambil masa yang lebih lama untuk mencernakan lemak berbanding makanan lain.
Maksudnya, lemak akan kekal berada dalam perut lebih lama. Dan lemak ni tinggi kalori. Silap haribulan boleh menyebabkan kita gemuk – sebabkan kita rasa kembung juga. Rasa perut kembung.
11 – Datang Bulan
Ini perkara biasa untuk kaum hawa. Ada setengahnya akan rasa letih, sakit perut dan tidak selesa seminggu sebelum datang bulan lagi. Dalam keadaan datang bulan juga badan akan simpan lebih air. Rasa perut kembung.
Apa punca kurang pasti. Tapi hormon mungkin ada memainkan peranannya di sini.
Perlu minum air lebih untuk keluarkan lebihan air tersimpan itu.
Kerapkan senaman ringan, elakkan garam, gula dan karbo berlebihan.
12 – FODMAPs
Ini merujuk kepada karbohidrat yang dicernakan di hujung usus, makanan kepada bakteria. Untuk sesetengah orang, ini akan menyebabkan air tersimpan, perut sakit, perut kembung dan berangin.
FODMAPs ni ada dalam makanan tenusu, bijirin, buah dan sayur seperti asparagus, bawang putih, pear, mangga, pic, pasta gandum, dan roti rai sebagai contoh.
Lagi sekali, sila simpan diari pemakanan untuk kenalpasti makanan yang boleh menyebabkan perut anda meragam.
13 – Celiac Disease
Ini merujuk kepada bagaimana badan respond kepada gluten (protein dalam gandum, barli, rai, dan banyak makanan segera) di mana ia menyerang dinding usus. Ini boleh menyebabkan citit-birit, kurang berat badan, sakit perut, berangin dan perut kembung.
Tiada ubat; sekiranya anda tergolong dalam mereka yang sebegini, elakkan makanan yang tinggi gluten. Gluten free lebih bagus.
Bila Masanya Perut Kembung Ni Serious?
Selalunya kita boleh atasi sendiri keadaan perut kembung, sakit dan sebu ni. Dan selalunya masalah selesai selaras dengan pembuangan kita.
Tapi jika sakit perut, kembung dan berangin itu disertai dengan cirit-birit, hilang selera makan, kurang berat badan, demam dan najis berdarah; sila rujuk doktor anda. Beberapa ujian akan dilakukan untuk kenal pasti punca masalah anda.
Tahu macam mana nak hilangkan sakit perut sepelas makan? Baca sini: Cara Menghilangkan Sakit Perut Selepas Makan
Baca sini untuk ketahui Antara 10 Makanan Untuk Atasi Masalah Pedih Ulu Hati.
Sy mengalami masalah sembelit & selalu sakit perut. Pernah sebelum ini keluar darah dlm najis – mungkin masalah ulser dlm perut.
Tetapi sekarang sudah ok..takut berulang..
Oleh itu.saya nk ingin mengelakkan perkara ini ini dari berulang dan berminat dgn produk Shaklee terutama utk kesihatan perut