Makanan Yang Boleh Dimakan Ketika Perut Sakit

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sakit

Bila perut sedang sakit, banyak makanan yang badan tidak boleh terima. Bila makan, pasti akan keluar semula. Bila makan, muntah balik tanpa sengaja. Walau sesuatu makanan itu biasa kita makan, namun ketika perut sakit, tidak semuanya boleh dimakan.

Sakit perut ni boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Tapi apa yang KakNjang nak kongsikan hari ni ialah sakit perut disebabkan sakit lain seperti DENGGI. Ini berdasarkan dari pengalaman sendiri jaga anak yang kena denggi bulan lepas.

demam yang tinggi menyebabkan sakit perut dan banyak makanan tidak boleh dimakan ketika itu.
Gambar hiasan. Bila demam denggi, suhu badan sangat tinggi dan satu badan sakit-sakit termasuklah perut, tekak, tulang, sendi dan sebagainya.

Masalah dengan denggi ni ialah, satu: tiada ubat untuk denggi. Belum ada vaksin untuk denggi. Keduanya, nak cepat baik dari denggi, seseorang itu kena makan dan minum. Tapi, masalah ketiganya pula, bila terkena denggi, satu badan akan sakit-sakit. Perut sakit. Tekak sakit. Tulang sakit. Sendi sakit. Mata sakit. Telinga sakit. Kepala sakit. Macam mana nak makan dan minum?

Dalam keadaan begini kita perlu kreatif untuk mencari alternatif kepada makanan yang biasa kita makan. Solid food memang payah. Nak telan susah sebab sakit tekak. Kalau dapat telan pun, nanti muntah semula, menambahkan lagi sakit tekak tu dan dehydration.

Jadi, di sini KakNjang kongsikan beberapa contoh makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sedang sakit.

Elakkan makanan segera, bergoreng, berlemak, minuman bergula, soda, berbikarbonat ketika perut sedang sakit.
Elakkan makanan segera, bergoreng, berlemak, minuman bergula, soda, berbikarbonat ketika perut sedang sakit.

Makanan (dan Minuman) Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Perut Sakit (Perlu Dielakkan)

  • Hasil tenusu. Tinggi lemak, sukar untuk dihadamkan. Plain yogurt mungkin ok. Tapi ambil sedikit-sedikit terlebih dahulu dan pantau kesannya.
  • Santan. Tinggi lemak. Sukar untuk dihadamkan.
  • Makanan bergoreng, berlemak, berminyak. Sukar dan lambat untuk dihadam. Ketika perut tidak sakit, ayam goreng, pisang goreng memang sedap di makan. Tapi bila perut sedang sakit, makanan bergoreng akan menambahkan lagi sakit perut tersebut.
  • Makanan pedas, makanan berempah/heaty. Perut sedang sakit. Ditambah dengan sesuatu yang pedas, panas, perut akan menjadi semakin sakit.
  • Sayur dan buah mentah. Semasa kita sihat, sayur dan buah mentah memang sangat bagus. Tapi bila perut tengah sakit, fiber tinggi dalam sayur mentah itu mungkin akan mengganggu perkumuhan kita. Takut sembelit pula nanti.
  • Minuman bergula, soda dan berkarbonat. Gas dan gula yang bertambah dalam perut yang sedang sakit akan menerukkan lagi keadaan. Mungkin akan menyebabkan cirit birit pula.
  • Elakkan makanan yang kita alah. Allergic. Ini akan menambah masalah kepada yang dah sedia ada.

Ok. Itu tak boleh makan. Ini tak boleh makan. Habis? Apa nak makan bila perut tengah sakit ni?

Semasa perut sedang sakit, sabarlah sedikit. Ada je makanan dan minuman yang boleh diambil ketika perut sedang sakit.

Makanan (Dan Minuman) Yang Boleh Diambil Ketika Perut Sakit

Air kelapa bagus diminum ketika perut sakit.
  • Mulakan dengan cecair. Kalau makan apa pun asyik keluar balik, jangan paksa untuk makan juga. Cecair seperti minuman tenaga (Performance Drink), kuah sup yang jernih atau air kelapa mengandungi elektrolit seperti potassium, calcium dan sodium (garam) yang diperlukan oleh tubuh untuk kembalikan kecergasan dan kekalkan cecair dalam badan. Air halia juga membantu kurangkan rasa mual nak muntah.
  • Walau bagaimana pun, hati-hati dengan apa yang kita tidak boleh ambil. Contohnya. Ramai yang cadangkan, sup ketam bagus untuk diberikan kepada pesakit denggi. Namun jika pesakit tersebut alah kepada ketam, itu akan menerukkan lagi keadaan pesakit. (pengalaman sendiri jaga anak sakit!)
  • Pisang. Pisang tinggi potassium. Bila kita muntah dan cirit-birit, potassium adalah mineral penting paling cepat hilang dari tubuh.
  • Nasi putih Lebih mudah untuk dihadamkan oleh perut yang sedang sakit berbanding pilihan sihat seperti beras perang dan sebagainya. Paling mudah, buatkan bubur kosong.
  • Applesouce. Epal ada banyak nutrien termasuk pectin – serat larut dalam air. Ini boleh membantu utnuk memberi sedikit bentuk kepada najis dan kurangkan cirit-birit.
  • Roti putih bakar. Kes yang sama dengan nasi putih. Roti wholegrain wholemeal yang banyak serat tu memang baik untuk kita tetapi itu untuk ketika perut sedang sihat. Ketika perut sedang sakit, roti putih lebih baik.

Jika makanan yang dicadangkan di atas boleh bertahan dalam sistem, tak terus muntah selepas makan, maka bolehlah dengan perlahan-lahan dalam kuantiti sedikit diberikan kentang rebus atau dada ayam untuk memulihkan tenaga pesakit.

Apa yang anda perlu tahu tentang pisang?

Saranan KakNjang

Kaknjang, secara peribadi, bila anak yang sakit tu dah tak muntah, KakNjang berikan dia sedikit protein shakes ESP + MealShakes Shaklee untuk tambahkan selera, pulihkan tenaga dan bekalkan nutrisi penting untuk tubuh.

Bila pesakit telah tidak muntah atau cirit birit dalam tempoh 24 jam – 48 jam, bolehlah mula tambahkan buah-buahan dan sayuran dalam sajian dan dapatkan semula sajian sihat yang seimbang suku-suku-separuh.

Namun, jika sakit perut berterusan, tiada selera berterusan, berdarah, muntah-muntah atau cirit-birit tanpa henti, sila berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Rujukan:
WebMD: What to eat (or not) when your stomach hurts
Healthline.com: The best food for an upset stomach
Health.com: Best foods for an upset stomach
Health.com: Foods to avoid when your tummy hurts

Total Page Visits: 6099 - Today Page Visits: 15
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *