Mandul Boleh Dirawat. Betulkah?
Mandul boleh dirawat? Salah siapa kalau sesuatu institusi kekeluargaan itu tidak dikurniakan dengan zuriat? Isteri? Suami? Keturunan?
“Aishah mandul mak!! Anak mak ini mandul!!”
“Kalau bukan abang Madi yang sanggup memperisterikan Aishah siapa lagi!!”
Itu antara dialog dalam siri drama popular Nur 2, yang telah melabuhkan tirainya minggu lalu.
Ikuti kupasan ringkas PHM mengenai isu yang menjadi masalah bagi 5% pasangan di seluruh dunia ini.
Definasi mandul
Bagi istilah perubatan, mandul dinyatakan sebagai ketidaksuburan.
Bagi wanita dibawah umur 35 tahun, ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk hamil selepas 1 tahun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Bagi wanita berumur 35-40 tahun, ia ditakrifkan sebagai ketidakupayaan wanita untuk hamil selepas 6 bulan melakukan hubugan seks tanpa perlindungan.
Lelaki atau wanita?
Walaupun dalam masyarakat kita lebih suka mengaitkan masalah ini dengan wanita, sebenarnya faktor masalah ini adalah seimbang dari kedua dua jantina.
30% punca faktor ketidaksuburan adalah dari lelaki dan 30%lagi adalah berpunca dari wanita.
Baki 40% kes disebabkan oleh gabungan faktor lelaki dan wanita atau kemandulan yang “tidak dapat dijelaskan”, dimana semua ujian gagal untuk mengenal pasti punca masalah.
Apa Punca Masalah Ini?
Punca masalah ini boleh dikaitkan dengan banyak faktor seperti,
– Struktur anatomi yang tidak normal
– Masalah hormon dan metabolik
– Umur
– Jangkitan
– Gaya hidup (seperti merokok),
– Genetik
Isu Kesihatan Mental dan luka yang lebih besar kepada pasangan.
Ketidaksuburan mempunyai kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental. Aspek fizikal, emosi, seksual, rohani, dan kewangan kehidupan seseorang semuanya terjejas.
Masalah mental yang biasa dialami adalah gejala kegelisahan dan kemurungan.
Satu kajian yang melibatkan 200 wanita yang mengalami masalah ini mendapati 15% dari responden merasakan masalah ini merupakan antara perkara yang paling mengecewakan dalam hidup mereka.
Masalah ini juga menyebabkan seseorang individu berasa kurang keyakinan, keinginan dan meruntuhkan motivasi.
Hubungan intim antara pasangan juga terjejas, ia bukan lagi suatu yang menyeronokkan. Mereka lebih memikirkan mengenai hasil hubungan intim dari kemesraan semasa melakukan hubungan.
Pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan mungkin sering mengelakkan interaksi sosial dengan rakan-rakan dan keluarga.
Terasa berat untuk pergi ke majlis majlis keluarga dan kenduri kendara ,terlalu banyak serangan makcik bawang yang bertubi tubi dipersoalkan.
Mandul boleh dirawat? Ada ke rawatan untuk mandul?
Terdapat kira-kira 40 cara untuk merawat kemandulan. Sekitar 85% hingga 90% pesakit dirawat dengan kaedah konvensional, termasuk nasihat mengenai masa persetubuhan, terapi farmakologi untuk menggalakkan ovulasi atau mencegah keguguran, dan pembedahan untuk memperbaiki organ pembiakan.
Hanya kira-kira 3% pesakit yang menggunakan teknologi pembiakan dibantu lebih maju seperti persenyawaan in vitro (IVF).
Proses rawatan juga suatu perkara yang mencabar buat pesakit. Sesetengah rawatan mempunyai kesan kepada perubahan hormon dan fizikal. Kos rawatan juga agak tinggi bagi sesetengah kaedah.
Secara keseluruhannnya, lebih dari separuh dari pasangan yang mendapat rawatan berjaya menimang cahaya mata. Cabaran berikut adalah untuk menjaga kandungan dan menempuhi fasa kebimbangan sepanjang kehamilan.
Bukan mudah bagi pasangan yang menghadapi dugaan masalah ini. Sebagai masyarakat, janganlah ditambah beban mereka dengan persoalan persoalan yang tidak sensitif.
Beri sokongan dan galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan.
Rujukan
- Burns LH. “Psychiatric Aspects of Infertility and Infertility Treatments,” Psychiatric Clinics of North America (Dec. 2007): Vol. 30, No. 4, pp. 689–716.
- Cousineau TM, et al. “Psychological Impact of Infertility,” Best Practice & Research: Clinical Obstetrics and Gynaecology (April 2007): Vol. 21, No. 2, pp. 293–308.
Petikan dari FB Public Health Malaysia.
Cadangan Pengambilan Suplemen dari KakNjang:
KakNjang tidak menjanjikan apa-apa bahawa mandul boleh dirawat. Namun apa yang boleh kita usahakan ialah untuk memastikan tubuh kita suami isteri sihat dan bersedia untuk membentuk suatu kehidupan baru.
Penting untuk suami dan isteri berikhtiar untuk membaikpulih sebarang kekurangan atau kelemahan sistem tubuh. Protein merupakan struktur binaan utama dalaman dan luaran kita. Pembentukan sel-sel, enzim dan hormon juga bergantung kepada protein.
2. GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan ‘cecair kesuburan’. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam tubuh akibat persekitaran yang tercemar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat dan penuaan. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral, pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
Alfalfa paling penting untuk isteri/wanita kerana ia bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
Zinc ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma. Namun, zinc juga penting untuk kedua-dua suami dan isteri kerana zinc merupakan penyokong metabolik semulajadi.
6. Vitamin E
Vita E sangat membantu bagi meningkatkan kualiti sperma; menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa ‘bersemangat’ untuk bersama pasangan masing-masing.
Bagaimana hendak dapatkan suplemen yang dicadangkan?
Untuk memudahkan anda membeli suplemen di atas secara online, boleh klik di sini dan untick mana-mana suplemen yang tidak dirasakan perlu. Bayaran melalui kad kredit atau debit.
Tidak pun, boleh je terus wasap KakNjang di 019 668 6767 untuk order suplemen yang bersesuaian untuk anda. Atau klik saja di sini untuk wasap.
Pos seluruh Malaysia, sama kos untuk semenanjung dan sabah sarawak. COD area Ayer Keroh, Melaka dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Konsultasi percuma untuk semua pelanggan Shaklee KakNjang.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
Tinggalkan Balasan