Novel Coronavirus di Wuhan, Malaysia Berjaga-jaga!

Wabak Novel CoronaVirus di Wuhan, China telah meragut banyak nyawa. China telah mengesahkan Novel CoronaVirus (virus korona 2019 nCoV) boleh berjangkit dari manusia ke manusia. Virus baru seperti ini biasanya berasal dari haiwan dan menjangkiti manusia apabila ada sentuhan atau daging yang telah tercemar dimakan.

Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikam jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu.

Susulan wabak Novel CoronaVirus yang berleluasa di Wuhan, China, KKM meletakkan pasukan bertindak yang ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara, terutama pejabat kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini dalam keadaan berjaga-jaga.

Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keadaan influenza yang dilaporkan di Malaysia masih terkawal dan ia tiada kaitan dengan wabak Novel CoronaVirus di Wuhan.

Apa Itu Novel CoronaVirus?

CoronaVirus merupakan satu keluarga virus yang besar yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang melibatkan sistem pernafasan manusia. Ia boleh jadi ringan sekadar selsema biasa sehinggalah ke penyakit yang lebih teruk seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV).

Novel CoronaVirus (N-CoV) pula merupakan satu cabang baru dari keluarga virus tersebut yang belum pernah dijumpai dalam tubuh manusia sebelum ini.

Kucing Civet

CoronaVirus adalah zoonotik, bermaksud ianya boleh berjangkit antara haiwan dan manusia. Haiwan menjadi punca kepada koronavirus. Sepertimana kajian terperinci telah mendapati bahawa MERS-CoV adalah jangkitan dari unta kepada manusia, dan SARS-CoV pula asalnya jangkitan dari sejenis species kucing ‘civet cat’. Macam musang pun iya juga!

Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil Bagi Mencegah Jangkitan CoronaVirus

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan seperti yang dicadangkan oleh Public Health Malaysia di dalam laman FB mereka:

  • Pastikan daging dan telur dimasak dengan sempurna
  • Elakkan menyentuh tanpa perlindungan dengan haiwan liar dan ternakan ladang
  • Tutup mulut jika batuk atau bersin
  • Jangan makan daging yang telah rosak
  • Kerap basuh tangan
  • Elakkan bercampur rapat dengan individu bergejala
cegah jangkitan virus coronavirus
lanjutan kes novel coronavirus di wuhan, china.

Sumber:
https://www.who.int/health-topics/coronavirus
FMT News
FB Kementerian Kesihatan Malaysia
FB Public Health Malaysia

Laporan terkini…
Berita terkini: Khamis 23 Jan 2020

Saranan KakNjang

Walau Novel CoronaVirus di Wuhan, China tidak sama dengan virus Influenza di Malaysia, namun langkah pencegahan kedua-dua penyakit hampir sama. Sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, marilah kita sama-sama berusaha untuk tingkatkan imuniti tubuh seluruh keluarga masing-masing.

Berminat untuk mencegah influenza atau tingkatkan imun cara Shaklee? Anda boleh terus hubungi KakNjang melalui WhatsApp di 0196686767 untuk order dan maklumat lanjut.

Pengedar Shaklee Malaysia
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *