Koleksi Resepi Performance Drink Shaklee Sedap!

Koleksi Resepi Performance Drink Shaklee Sedap!

Hari ini KakNjang nak kongsi dengan anda semua beberapa koleksi resepi Performance Drink Shaklee yang sedap sedap belaka 😉 Performance Drink ni memang menjadi kegemaran KakNjang sekeluarga terutama bila tiba bulan puasa. Ketika berkebun atau beriadhah, ini juga minumannya.

Begitu juga bila musim penyakit seperti influenza dan denggi meningkat tinggi. Minuman Performance Drink Shaklee yang sedap ni mampu untuk mengekalkan bendalir dalam badan agar tubuh tidak mudah terhidrat.

Mak KakNjang panggil Performance Drink ni “air basikal” sebab ada gambar orang naik basikal di canisternya. Bila mak berkebun, memang ini lah air pemberi tenaganya. Bila tiba bulan puasa, air ini juga lah menjadi pemberi tenaga ketika berbuka sebelum ke masjid untuk berterawih.

Performance Drink ni biasanya hanya diminum begitu sahaja. Namun minuman ini boleh dipelbagaikan untuk menjadikannya lebih sedap dan seronok untuk dinikmati bersama keluarga.

Cubalah beberapa resepi Performance Drink Shaklee yang sedap sedap belaka seperti di bawah ini. Owh! By the way, Performance Drink sekarang ada dua perisa: Performance Orange dan Performance Lemon-Lime! Dua-dua sedap!

Resepi Performance Drink Shaklee Yang Sedap!

Performance Drink Berais dengan Asam Boi dan Serai

Resepi asas untuk versi ini, anda hanya perlu campurkan 3 sudu Performance Drink Shaklee ke dalam 250ml air biasa atau air sejuk. Tambahkan hirisan lemon, serai yang telah diketuk bersama asam boi. Untuk penambah rasa dan khasiat lain, anda boleh tambah sedikit chia seeds, daun pandan, daun pudina atau halia.

Minum air ni sejuk-sejuk time tengah panas terik ni… Ya Allah sedapnya…!

Eh! Tetiba…!

Iced Blended Performance Drink (Lemon-lime or Orange)

Iced blended ni senang sahaja untuk disediakan. Anda cuma perlu masukkan 3 sudu makan Performance Drink sebarang perisa yang anda miliki, setengah cawan air bersama 3 cawan ketulan ais ke dalam pengisar. Kisar sehingga hancur.

Whualla! Dah siap.

Cuba lah!

Fizzy Apple Ale

Siapa suka minum air epal? Boleh cuba yang ini pula.

Potong kecil-kecil sebiji epal (hijau atau merah), sedikit halia, perah limau sikit, campur 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Hidangkan bersama ketulan ais.

Hmmm…

 resepi Performance Drink Shaklee Sedap!
Performance Drink (Lemon-lime or Orange) dengan Laici

Ini pun sedap sangat. Buat waktu berbuka, sangat menyegarkan dan memang lajak minumnya hehehe. Buat minum petang pun bagus. Selalu bila dah masuk 3pm mata pun macam nak tak nak buka je kan? Air ni boleh membantu.

Senang sangat cara penyediaannya.

Di dalam sebuah jug, masukkan 3 sudu makan (atau lebih) Performance Drink, buah laici, daun pudina, air dan ais. Kacau, dah siap!

 resepi Performance Drink Shaklee Sedap!
Performance Drink (Lemon-lime or Orange) dengan King Longan

Klik pada gambar untuk resepinya

AirSedap: resepi Performance Drink Shaklee Sedap!

Banyak lagi resepi yang anda boleh olah dengan menggunakan Performance Drink. Contohnya, anda boleh kisar bersama tomato, timun, tembikai, buah naga, anggur, sayur hijau dan banyak lagi. Jemput singgah lagi di sini untuk tambahan resepi Performance Drink Shaklee yang sedap sedap belaka!

Berminat untuk miliki Performance Drink Shaklee? Anda boleh terus hubungi KakNjang melalui WhatsApp di 0196686767 untuk order dan maklumat lanjut.

Pengedar Shaklee Malaysia
Total Page Visits: 41 - Today Page Visits: 3
Januari 20, 2020

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *