Panduan Solat Untuk Orang Sakit Ada 5 Cara
Ketika sakit, kita masih ada kewajiban untuk menunaikan solat 5 waktu. Berikut adalah panduan atau cara untuk menunaikan solat untuk orang sakit:
Cara Solat Sambil Duduk
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
- Mengadap kiblat.
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
- Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
- Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
- Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
Cara Solat Sambil Baring Mengiring
- Mengiring di atas rusuk kanan.
- Muka dan dada mengadap kiblat.
- Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
Cara Solat Sambil Baring Terlentang
- Baring terlentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
- Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlah rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
- Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.
Cara Solat Dengan Melakukan Isyarat Mata
- Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
- Kaki menghala ke arah kiblat.
- Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.
Rujuk rajah di atas.
Cara Solat Untuk Orang Sakit Secara Ingat Dalam Hati
Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati, pergerakan mengikut tertib rukun.
Tidak ada alasan bagi seseorang Islam untuk tidak menunaikan kewajibannya dalam mendirikan solat 5 waktu walaupun sewaktu dia berada dalam keadaan sakit.
Tidak kira samada di hospital atau di rumah, si penjaga orang sakit perlu bertanggungjawab untuk memastikan pesakit jaga solat. Selagi masih bernafas, usahakan untuk solat dengan memilih salah satu diantara 5 cara solat untuk orang sakit seperti yang telah dikongsikan di atas.
Semoga bermanfaat. Wallahu’alam.
Rujukan:
Portal Rasmi E-Solat: Solat Bagi Orang Sakit
Buku Indahnya Hidup Bersyariat – Telaga Biru.
Minta maaf, nak tanya, mana boleh dapat buku cara solat tu?