Testimoni Peribadi: Vitamin C Untuk Pesakit Demam Denggi

Hari ini KakNjang nak kongsi sedikit bagaimana KakNjang pastikan anak yang kena demam denggi untuk dapatkan vitamin C yang cukup. Demam COVID-19 belum reda. Tapi demam denggi ni sebenarnya sudah lama tak reda-reda. COVID-19 mungkin akan ada anti-virusnya. Tapi demam denggi ni sejak dulu hingga kini belum ada vaksinnya.

Ketahui lebih lanjut tentang vitamin C di sini…

Bila bincang pasal demam denggi, mesti akan timbul tentang vitamin C. Telah terbukti oleh sains bahawa vitamin C membantu dalam meningkatkan bilangan platelet dalam darah pesakit demam denggi, sekaligus mengurangkan risiko pendarahan.

vitamin C untuk pesakit demam denggi
Kajian keberkesanan vitamin C ke atas pesakit demam denggi telah dijalankan di 3 buah negeri di India. Anda boleh baca kajian tersebut di sini…

Baru-baru ini anak-anak KakNjang terkena demam denggi. Bermula dengan Aman pada 10 Nov 2020, diikuti oleh Adik pada 12 Nov 2020 dan Angah pada 13 Nov 2020. Alhamdulillah Along tidak kena. Bolehlah tolong KakNjang serba sedikit itu dan ini. Kali ini merupakan kali kedua Angah kena demam denggi. Kali pertama dulu adalah pada Januari 2016. Dan seperti yang dijangka, bila terkena kali kedua, penangannya lebih hebat.

Demam Denggi Belum Ada Ubat!

Demam denggi ni tiada ubat. Belum ada vaksin untuk demam denggi melainkan makan dan minum. Dan cabarannya ialah:

Tiada selera makan.

Seluruh badan sakit-sakit, sendi sakit, tekak sakit, kepala sakit, perut sakit, tulang pun terasa sakit.

KakNjang buat apa terdaya. Alhamdulillah semua ready stock Performance Drink, VIVIX, Nutriferon, VitaC, BComplex dan OmegaGuard KakNjang prioritized untuk berperang dengan demam denggi ni aje dulu. Nanti KakNjang restock kemudian mana yang surut. Doktor hanya akan bekalkan PCM (panadol / ubat demam / tahan sakit) sahaja. Selebihnya atas kita.

Alhamdulillah our family doctor ni pun pengamal suplemen. So, we are somewhat talking in the same language, which eases a lot of things.

Focus untuk maintain kepekatan darah, bilangan platelet dan bilangan darah putih pada tahap selamat dan sihat. InSyaaAllah semuanya will be ok.

Kata doktor keluarga KakNjang, Dr Jefry, Klinik Ayer Keroh

Follow kisah KakNjang dan denggi di Facebook

Demam Denggi – Suhu Badan Tinggi

The thrill was at max bila body temperature maintain 39°C – 40.++°C without fail for 3 consecutive days. Whole body’s aching. Tekak sakit, nak telan susah, even nak minum air je pun… perut pun sakit. Selera pula tak de. Mak mana boleh tengok anak sakit macam ni…memang tak tidur langsung 3 hari 3 malam tu.

rekod keluarga demam denggi untuk catat suhu badan, pengambilan ubat, vitamin c, antibiotik dan lain-lain
Jika ada ruang, buatlah cara rekod yang lebih bagus dari ini!

White blood cells dropping… to 3… then to 2… panic juga. What if it goes below 1? White blood cells ni macam askar dalam badan kita untuk lawan penyakit. Ada yang cergas, ada yang malas, ada yang tidur. Denggi ni tak de ubat. Badan kita sendiri yang akan lawan penyakit tu. Kena kejutkan semua askar yang sedang tidur tu…

Another critical factors – bilangan platelet dan kepekatan darah. Fluctuating. Ups and downs but within healthy range. Alhamdulillah.

Vitamin Untuk Pesakit Demam Denggi

Apa yang KakNjang consistent bagi Angah setiap hari minum ialah Vivix + performanceDrink + nutriferon dan VitaminC untuk tingkatkan imuniti, rehydrate the cells, protect and repair mana-mana sel yang dah sakit. Selebihnya kita tawakal.

vitamin c, omegaGuard dan BComplex untuk pesakit demam denggi
Vitamin C untuk tingkatkan bilangan platelet, OmegeGuard dan BComplex untuk pain management.

Untuk pain management KakNjang tambah BComplex dan OmegaGuard. Air botol KakNjang campur Performance Drink selang-seli setiap kali refill botol. Air kosong – air PD – air kosong – air PD… masa kritikal 350ml setiap kali buat, pastikan habis dalam masa 3jam. Pastikan minum setiap jam.

Kalau tidur macam mana? Memang tak boleh tidur punya time tengah sakit peak gini. Jika perlu, sebab lemah sangat, guna syringe bagi juga dia minum.

Sabar.

Makanan yang mengandungi vitamin c paling tinggi
Senarai makanan yang mempunyai nilai vitamin C tinggi ada di sini…

Makanan Untuk Pesakit Demam Denggi

Kiwi tinggi kandungan vitamin C, bagus untuk tingkatkan bilangan platelet dalam darah pesakit demam denggi

Makan buah-buahan lembut sejuk yang disimpan dalam peti terlebih dahulu. Kegemaran Angah – kiwi. Honeydew, betik, mangga.. mana yang ada, mana yang dia suka, berikan aje. Asalkan dia nak telan.

Buat ikan masak pindang, campur nasi ikan dan kuah, suap dengan kuah yg lebih banyak dari isi/nasi. Sup ayam, sup ikan – other option.

Elakkan santan dan susu.

Ikan masak pindang

Elakkan benda yang kita allergic walau semua kata bagus! Orang kata hirup sup ketam setiap hari untuk buang denggi. Nak jaga hati, bagi juga 2-3 sudu. Mulut dah bengkak macam orang zimbabwe. Angah is allergic to ketam. So, sup ketam is not for her. Plus her sinus attack datang salah timingdouble the trouble!

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sakit
Ketahui makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sakit di sini…

Sekali kena demam denggi, we’re not immune to it. We could get it again and maybe even worse. So, hati-hati. Jangan keluar time nyamuk tengah aktif (7am, 7pm). Buang semua bekas yang boleh buat air bertakung. Kemas!

Bukan nak mengajar anda semua. Nak ikut, silakan. Tak nak, no heart feelings. Tapi entry ini merupakan nota peribadi untuk KakNjang, suami dan anak-anak. Kalau terjadi lagi to any members of our family, please repeat the process. The supplements. The food. Avoid the allergens… kalau ummi tak de pun; you all know the drill. InSyaaAllah.

Lagi satu perkara. Walau sakit macam mana sekali pun, selagi masih bernafas, mata boleh buka, boleh main fon, boleh bercakap, pastikan pesakit tetap solat. Jaga solat. Panduan solat orang sakit ada di sini…

Follow kisah KakNjang dan Denggi di Facebook

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

Azura Abdul Mulakan Hari Dengan Vitamin C

Dapatkan sebotol vitamin C Shaklee anda sendiri melalui KakNjang. Anda boleh order dan dapatkan consultation dari KakNjang dengan melalui WhatsApp KakNjang di 0196686767 atau klik pada link ini…

Jika anda perlukan lebih info mengenai vitamin C, klik pada gambar KakNjang di sebelah atau klik pada link ini…

Total Page Visits: 3266 - Today Page Visits: 9

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *