Pengertian, Hikmah Puasa dan Kelebihan Ramadhan

Pengertian Puasa, Hikmah Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan | Azura Abdul

Ramadhan datang lagi. Jom sama-sama kita hayati atau ulangkaji semula pengertian puasa, hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan. Mungkin boleh dijadikan bahan tambahan untuk bercerita dengan anak-cucu yang baru nak kenal erti puasa, baru nak belajar puasa.

Pengertian Puasa

Maksud puasa dari segi bahasa:

Puasa bermaksud menahan diri dari sesuatu.

Maksud puasa dari segi syarak:

Puasa dari segi syarak bermaksud menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar (Subuh) hingga terbenam matahari (Maghrib), dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Berpuasa di bulan Ramadhan hukumnya wajib (fardhu ‘ain – semua kena buat bila dah cukup syarat) berdasarkan Al-Quran, hadith dan ijmak ulamak.

Yang di atas tadi tu pengertian puasa, sekarang jom kita tengok 11 hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan

Hikmah Puasa dan Kelebihan Ramadhan


  1.  Ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
  2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.
  3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
  4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
  5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
  6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada Api Neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
  7. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat terawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yamg mampu sebagai satu kewajipan mambantu individu Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.
  8. Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.
  9. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dirantaikan syaitan.
  10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.
  11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah.

Rujukan: Buku Panduan Fardu Ain Indahnya Hidup Bersyariat, Telaga Biru


Pengedar Shaklee Malaysia | Azura Abdul
Hubungi KakNjang secara WhatsApp di 019 668 6767

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Mac 20, 2023

Tag:,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *