Kesan Kekurangan Vitamin C Kepada Warga Tua

Kesan kekurangan vitamin c

Ramai yang bercakap tentang kebaikan Vitamin C untuk kesihatan semua. Boleh dikatakan hampir kebanyakannya sedar akan kepentingan Vitamin C ini. Tapi cukupkah pengambilan Vitamin C mereka? Cara paling mudah untuk sukat Vitamin C kita cukup atau tidak ialah dengan mengenal pasti apakah kesan kekurangan Vitamin C.

  1. Mudah lebam. Salur darah di bahagian berhampiran dengan permukaan kulit atau kapilari darah pecah. Mungkin akibat terjatuh atau terkena objek keras.
  2. Luka lambat sembuh. Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen pada kulit – tisu penghubung yang baru untuk kawasan yang luka.
  3. Gusi sakit, bengkak dan berdarah.Kolagen penting dalam pembentukan gusi yang sihat.
  4. Kuku dan rambut yang kering dan rapuh. Ada 2 sebab. Kuku dan rambut merupakan sel yang kurang penting, vitamin C disalurkan ke sel tubuh yang lebih memerlukan. Keduanya, Vitamin C menyokong serapan zat besi. Kekurangannya menyebabkan masalah rambut gugur yang kronik, penumbuhan rambut baru yang perlahan dan kuku yang kering dan rapuh.
  5. Kulit yang merah, kering dan kasar. Berpunca dari kekurangan kolagen.
  6. Kerap hidung berdarah. Sama kes #1 dan ini melibatkan kapilari darah di bahagian dalam hidung.
  7. Fungsi imun berkurangan. Senang dijangkiti penyakit, selalu demam dan selsema.
  8. Sendi bengkak dan sakit. Besar kemungkinan disebabkan keradangan arthritis.
  9. Keletihan dan kemurungan. Kurang mood. Stress/tekanan semakin bertambah walau pada hal yang remeh temeh.
  10. Penambahan berat badan tak semena-mena. Kekurangan Vitamin C dalam darah menyebabkan peningkatan lemak dalam badan terutama di bahagian perut (visceral fat).

Namun begitu, ada beberapa aspek yang perlu kita titik beratkan apabila kekurangan Vitamin C adalah di kalangan warga tua. Untuk warga tua, Vitamin C sangat penting untuk melawan jangkitan, mengurangkan risiko penyakit dan membantu serapan zat besi.

Kesan kekurangan Vitamin C kepada warga tua akan mengakibatkan:

  • Skurvi – keadaan kekurangan Vitamin C yang teruk (tanda-tandanya antara yang tersenarai di atas; tapi lebih teruk – kudis berdarah, gigi tanggal, kurang darah, luka tak sembuh-sembuh. Rawatan – kena masuk Vitamin C ikut drip. Jika tidak dibendung, boleh bawa maut.)
  • Kurang selera makan.
  • Gusi berdarah.
  • Keletihan.
  • Kemurungan.

Perkara-perkara ini menyebabkan masalah yang bertimpa-timpa dalam kitaran yang tak berkesudahan. Kurang Vitamin C => gusi berdarah = > kurang selera makan => kurang Vitamin C dan lain-lain nutrisi.

Kepada yang menjaga warga tua, kitaran ini perlu dititik beratkan. Kenalpasti apakah punca dan kesan kepada kekurangan selera makan mereka. Untuk tingkatkan selera makan warga tua, boleh cuba untuk bawa mereka beriadhah bersama ahli keluarga yang lain. Selain dari itu, pastikan penyediaan makanan yang seimbang untuk mereka. Pastikan kita gabungkan makanan yang mempunyai nilai Vitamin C paling tinggi kedalam diet harian mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *