Doa Sebelum Berbuka Puasa Tidak Akan Ditolak!

Membaca doa ketika sebelum masuknya waktu berbuka puasa adalah antara waktu mustajab untuk berdoa. Menurut beberapa hadith, doa tersebut tidak akan ditolak.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Mesti ada antara kita yang pernah melihat hadis ini di media sosial.

Masalah KakNjang adalah untuk menyusun ayat untuk berdoa. Tak pandai. Jadi KakNjang Google dan jumpa himpunan doa-doa ringkas yang boleh diamalkan sebelum masuknya waktu berbuka.

KakNjang kongsikan di sini sebagai rujukan dari SirapLimau.com semoga bermanfaat.

DOA SEBELUM BERBUKA PUASA SANGAT MUSTAJAB

Berdasarkan info dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat banyak bukti hadis yang menyokong bahawa doa orang berpuasa itu adalah mustajab.

1. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka mempunyai doa yang tidak akan ditolak”.

[Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]

2. Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”.

[Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]

3. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. [Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]

Melihat kepada hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT.

Untuk itu, kita perlu mengambil kesempatan untuk merebut tawaran yang berharga ini dan memperbanyakkan berdoa terutamanya ketika waktu sebelum berbuka.

29 DOA SEBELUM BERBUKA YANG RINGKAS, MUDAH DIBACA & DIAMALKAN

Di sini kami senaraikan beberapa contoh doa sebelum berbuka yang boleh dibaca dan diamalkan bersama.

Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa
Doa sebelum berbuka puasa

*(Kredit: E-Doa Dewan Muslimat PAS Malaysia)

Kalau terlupa atau susah nak baca doa dalam Bahasa Arab, kita boleh juga berdoa dalam bahasa yang kita selesa.

Yang pasti, Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan.

Jadi, ayuh marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT terutama di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemulian ini.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *