Bagaimana Prebiotik Probiotik Menyokong Penuaan Sihat?

Bagaimana Prebiotik menyokong Penuaan Sihat | Azura Abdul

Kenapa prebiotik penting dalam penuaan sihat? Bagaimana prebiotik menyokong penuaan sihat? Sebelum kita tengok apa kaitannya dengan Penuaan Sihat, jom kita fahami dahulu beberapa perkara tentang prebiotik. Apa itu prebiotik? Apakah fungsinya? Dari mana sumber prebiotik yang boleh kita perolehi setiap hari? Ketahui kelebihan prebiotik untuk kesihatan kita dalam menuju penuaan sihat.

Apa Itu Prebiotik? Apakah Fungsi Prebiotik?

Prebiotik ni biasanya makanan berserat tinggi yang bertindak sebagai makanan untuk mikroflora yang hidup dalam usus manusia, probiotik. Probiotik merupakan sejenis bakteria yang baik untuk kesihatan usus kita. Prebiotik digunakan dengan tujuan untuk meningkatkan keseimbangan probiotik ini.

Prebiotik bertindak seperti baja yang merangsang pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus. Prebiotik terdapat dalam banyak makanan berserat termasuklah kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan prebiotik ni mengandungi karbohidrat kompleks, seperti serat dan tanpa kanji. Karbohidrat ini tidak dapat dicerna oleh badan kita, jadi mereka masuk ke sistem pencernaan sebagai makanan untuk bakteria baik dan mikroflora lain di dalam usus.

In short, probiotik adalah bakteria baik dalam usus. Prebiotik adalah makanan untuk probiotik tersebut.

Makanan Yang Tinggi Kandungan Prebiotik:

  • Pisang
  • Buah Nona
  • Tembikai
  • Limau Gedang
  • Keluarga Bawang (Bawang putih, bawang merah, leeks)
  • Sayur (Kobis Bulat, bayam, asparagus)
  • Kekacang (kacang kuda, kacang soya, kacang panggang, kacang kidney)
  • Bijirin (barli, oat, buckwheat / gandum kuda, amaranth, quinoa, chia, millet)

Bagaimana Prebiotik Probiotik Menyokong Penuaan Sihat?

Umur yang panjang dan sihat sering kali dikaitkan dengan kualiti hidup yang lebih baik asbab corak pemakanan yang lebih baik dan kemajuan dalam sistem perubatan secara keseluruhannya.

Penuaan selalunya dikaitkan dengan penyakit dan perubahan pada probiotik atau yang juga dipanggil mikroflora dalam usus, yang mempengaruhi perubahan sistem imun dan metabolisme glukosa, lipid, dan mineral. Penggunaan prebiotik telah menunjukkan kesan positif terhadap pengeluaran asid lemak rantai pendek (SCFA) oleh mikroorganisma dalam usus dan berkesan untuk menangani masalah usus (IBS, IBD), barah usus dan penyakit jantung.

Saranan KakNjang:

Kita dah faham apa itu prebiotik. Kita dah tahu apa fungsinya. Dan kita juga faham bagaimana prebiotik menyokong penuaan sihat. Jadi, mulai sekarang kita perlu tingkatkan pengambilan makanan sihat setiap hari, terutamanya makanan yang memiliki nilai prebiotik tinggi di dalamnya.

Paling mudah, KakNjang cadangkan anda semua cuba Elderberry Life Shake Shaklee.

Bukan sahaja mengandungi superfood elderberry yang baik untuk kesihatan usus, malah Life Shake ini juga dilengkapi dengan gandingan bijirin hebat, sumber prebiotik terbaik seperti amaranth, buckwheat, millet, quinoa dan chia!

Nak cuba Elderberry Life Shake Shaklee? WhatsApp KakNjang sekarang di 0196686767.

Pengedar Shaklee Malaysia | Azura Abdul | Penuaan Sihat | Shaklee Melaka

Rujukan:

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *