Gagal Kurangkan Berat Badan, Salah Penimbang Tu Ke?

Gagal Kurangkan Berat Badan, Salah Penimbang tu ke? | Azura Abdul

Ramai yang berusaha untuk kurangkan berat badan. Tapi berat tak turun turun juga. Kecundang di tengah jalan. Semakin berumur, berat semakin bertambah. Pada hal tak de ubah cara makan, corak aktiviti pun. Semua sama saja seperti sebelum-sebelum ini. Kat mana salahnya?

Sebabnya, semakin berumur, semakin rendah kadar metabolisma tubuh kita.  Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga. Masalahnya mula timbul bila corak pemakanan dan gaya hidup kita tidak mengikut rentak penurunan metabolisma itu. Atas sebab itulah perkara biasa untuk kita-kita yang dah memasuki era 40-50an alami peningkatan berat badan yang sangat ketara. Buatlah lagu mana pun usaha untuk kurangkan berat badan, tapi macam gagal je semuanya.

Faktor peningkatan usia mungkin sebab pertama kita gagal kawal berat badan bila usia semakin meningkat. Tetapi perkara yang lebih penting yang menyumbang kepada kegagalan kita itu ialah ikut-ikutan. Buat sesuatu tanpa ilmu, sekadar ikut apa orang kata.

Orang kata nak kurus kena minum banyak air. Jadi, kita pun minum air macam yang orang tu kata. Tak de apa beza pun. Berat makin naik ada lah.

Ada orang lain kata kena bakar banyak lemak. Lemak dah tebal ni. Kena makan pil itu ini. Kita pun makan. Seminggu tu macam ok. Bila pil tu semua dah habis, berat naik semula. Makin menjadi-jadi ada lah.

Kau tak bersenam ni, kata lagi seorang. Maka bersenamlah kita dalam keadaan yang sangat tak tahu apa-apa. Buat sekadar ikut apa orang itu suruh. Hasilnya badan sangat letih sampai kadang tu nak tidur pun susah. Berat tetap tak turun-turun jugak.

Tu yang kadang-kadang rasa macam nak lepuk je penimbang tu. Rasa nak tembak terus penimbang tu pun ada.

Berat tak turun, jangan  salahkan penimbang | Azura Abdul

Di mana silapnya?

Tak de silap kat mana-mana. Cuma tak cerita habis aje. Bab air, bakar lemak dan penurunan berat badan ni kita kena tengok sebagai satu entiti. Setiap satu menyumbang kepada keberjayaan antara mereka.

Macam mana tu KakNjang?

Ni semua fakta. Sila Google sendiri untuk kepastian. KakNjang cerita semula berpandukan pemahaman KakNjang dari rujukan yang telah dibuat.

Kisah Lemak

Nak senang cerita, kita story lagu ni lah. Lemak yang terkumpul dalam badan kita, sebenarnya ialah lebihan kalori yang kita makan tapi tak digunakan.

Tak kiralah mana datangnya kalori tu, samada dari protein, karbohidrat, buah, sayur, kuih muih, kek, coklat, aiskrim apa sahaja yang kita makan, sekiranya jumlah kalori yang kita makan itu melebihi jumlah kalori yang kita bakar or perlukan or gunakan, lebihan kalori itu akan tersimpan di dalam badan kita sebagai lemak.

Sekilo lemak ni bersamaan dengan 7,700 kalori. Jadi, nak turun 1kg berat badan for good, kita perlu bakar sejumlah 7,700 kalori atau ambil makanan kurang dari 7,700 kalori secara total. Dalam erti kata lain, perlu ada defisit kalori. Calorie deficit.

Kisah Air! Apa yang penting sangat air ni?

Air merupakan perkara paling asas dalam semua tindakbalas kimia dalam badan kita, termasuklah dalam proses pembakaran lemak. Air merupakan transporter kepada nutrien untuk semua perkara dalam badan kita bermula dari apa yang masuk sehinggalah apa yang keluar atas bawah kiri dan kanan.

Kita boleh hidup selama 30-40 hari dengan air semata-mata, tapi tanpa air kita mungkin tak akan hidup selepas 3 hari. Bila kita tak minum air secukupnya, tubuh tidak mampu untuk berfungsi dengan efisyen.

Jika cecair yang kita minum hanyalah kopi, teh, soda, jus buah tipu atau minuman-minuman yang sama waktu dengannya, sel tubuh akan menjadi kering, dehydrated, tak cukup bendalir.

Untuk mengimbangi keadaan ini, metabolisma akan dilambatkan. Metabolisma yang perlahan dengan ketidakcukupan air akan menghalang pembakaran lemak.

Kisah Bersenam, Kekal Aktif, Bina Otot!

Bakar lebih kalori

Bersenam dan kekal aktif adalah antara perkara yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk menurunkan, kurangkan berat badan dan mengekalkannya. Bila kita aktif, badan menggunakan lebih banyak tenaga dalam bentuk kalori. Pembakaran kalori lebih banyak daripada yang kita ambil akan membawa kepada penurunan berat badan.

Jadi, untuk turunkan dan kurangkan berat badan, kita perlu mengurangkan jumlah kalori yang dimakan dan bergerak lebih banyak.

Bina otot lebih sihat dan kuat

Bila bersenam, sulamkan dengan beberapa senaman untuk kuatkan otot. Makan protein yang cukup untuk tambah jisim otot yang sihat. Semakin banyak jisim otot yang kita miliki, semakin tinggi kadar metabolisma kita.

Lebih banyak otot juga membantu badan kita membakar lebih banyak lemak daripada otot, sangat penting bila kita nak turunkan berat badan dan kekalkan kekuatan tubuh.

Jadi, untuk turunkan dan kurangkan berat badan, kita perlu bina otot yang sihat dan kuat untuk mempercepatkan kadar metabolisma tubuh dan membakar lebih banyak lemak apabila bersenam.

Baca lagi di sini…

Kisah Penurunan Berat Badan

Penurunan berat badan yang sihat akan kita capai bila tubuh mempunyai nutrisi yang cukup dibekalkan dengan air yang cukup. Air merupakan transporter kepada nutrisi yang diperlukan dalam semua fungsi tubuh kita. Jika nak turunkan berat badan, fokus untuk ambil kalori tidak lebih dari 1200-1500 jika anda wanita; dan tidak lebih dari 1500-1800 jika anda lelaki.

Makanan yang diambil pula perlulah dari buah-buahan dan sayur-sayuran segar, protein yang bagus tanpa lemak seperti ESP – serbuk soya NON-GMO Shaklee, karbo kompleks dan asid lemak perlu yang bagus – omega 3.

Minum 2-2.5L air setiap hari untuk pastikan semua nutrien yang dimakan tadi tu sampai ke semua lokasi dalam tubuh bagi melaksanakan semua proses dengan efisyen termasuklah proses penyingkiran toksin, penyingkiran air lebihan dan juga pembakaran lemak.

Bila cerita pasal minum lebih air, kita perlu ingat bahawa air tidak mempunyai nutrien yang cukup dan lengkap untuk semua organ dan sel dalam tubuh kita berfungsi dengan sempurna. Bila fokus hanya kepada penurunan berat badan, kita akan cenderung untuk tidak makan dan hanya minum sahaja. Ini sangat tidak sihat terutama jika kita tidak bekalkan tubuh dengan nutrisi perlu oleh tubuh lebih dari 24 jam. Bila ini berlaku, metabolisma kita akan jadi perlahan, otot makin mengecut, begitu juga proses pembakaran lemak. Dah le tak cukup tenaga, kita kena kerja lebih keras untuk bakar lebih banyak lemak.

Jadi, apa yang KakNjang nak cerita sebenarnya?

  1. Nak kurus kita kena makan. Perlukan tenaga.
  2. Fokus kena tukar sikit. Bukan kurus, tapi sihat.
  3. Bina sedikit otot, bukan untuk jadi bodybuilder, tapi cukup fit untuk kekal sihat.
  4. Beri masa untuk badan rehat dan berfungsi dengan baik melalui cukup air dan nutrisi.

Itu semua kita boleh bincang. Jangan lepuk mesin penimbang tu dulu. Biar dia rehat kejap.

KakNjang nak tanya satu soalan.

Nak kurus atau nak sihat?

Apa pun pilihan you all, KakNjang sangat-sangat cadangkan untuk jaga dulu kesihatan perut. Jika rasa perlu ambil sebarang pemakanan tambahan atau set kurus mana-mana jenama, KakNjang cadangkan anda semua DETOX dulu supaya penyerapan pemakanan tambahan atau nutrisi dari set kurus yang diambil lebih berkesan.

Detox Cara Shaklee akan mendidik kita kawal selera makan dan kawal kuantiti makan secara semulajadi.

KakNjang pilih untuk sihat. Walau ambil masa yang agak lama, tetapi KakNjang puas hati. Emosi terjaga, kesihatan meningkat dan berat badan kekal pada paras ideal. Alhamdulillah. Untuk ketahui apa yang KakNjang buat, klik pada gambar di bawah.

Me Then VS Me Now | Azura Abdul | Penuaan Sihat
Me Then VS Me Now | Azura Abdul | Penuaan Sihat
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *