Darah Tinggi: Makin Tua Makin Tinggi

Darah Tinggi makin tua makin tinggi

Darah tinggi atau setengah orang panggil hypertension, bacaannya makin tinggi bila kita makin tua. Setengah orang bacaan tekanan darahnya berada atas sedikit dari paras normal (120/80 – 139/89) ketika pertengahan usia (30an – 40an).

Bacaan ini mungkin tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, namun kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai bacaan darah tinggi above normal ni cenderung untuk dapat masalah jantung bila usia tua nanti.

Apa benda nombor-nombor tuu KakNjang…120/80. Kita baca macam orang putih sikit “120 over 80.” Yang atas tu systolic, yang bawah tu diastolic. Nak tau lebih lanjut kena bersembang dengan real doctor.

Ni range dia:

Normal: Less than 120 over 80 (120/80)
Elevated: 120-129/less than 80
Stage 1 tekanan darah tinggi: 130-139/80-89
Stage 2 tekanan darah tinggi: 140 and above/90 and above
Hypertension crisis: higher than 180/higher than 120 — Sila jumpa doktor terus!
Bila bacaan kita berada di atas paras normal, sila berbincang dengan doktor anda bagaimana nak turunkan bacaan itu.

Punca sebenar darah tinggi tidak di ketahui secara tepat.

Tapi antara perkara yang memainkan peranan, yang bertanggungjawab meninggikan tekanan darah itu ialah:

  • Merokok.
  • Berat badan berlebihan atau obes.
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Penuaan.
  • Garam berlebihan dalam makanan.
  • Terlebih alkohol.
  • Keturunan.
  • Stress atau tekanan.
  • Sakit buah pinggang.
  • Gangguan kelenjar adrenal dan thyroid.
  • Tak cukup tidur.

(credit to WebMD)

Cara mengatasinya:

  1. Usaha untuk kekalkan berat badan yang sihat.
  2. Jaga Pemakanan. Amalkan ‘pinggan sihat’ suku-suku-separuh di mana suku pertama ialah protein, suku kedua complex carbo dan separuh pinggan adalah buah dan sayur-sayuran. Fokus kepada good fat omega3, good protein, iron, potassium, magnesium, vitamin E, CoQ10, bawang putih dan sebagainya. Kurangkan garam. Minum air mineral, bukan air bergula atau berperisa.
  3. Jalani gaya hidup yang sihat. Jika anda merokok, berhenti. Kekal aktif sepanjang hari. Ada sesi senaman 30 minit setiap sesi beberapa hari dalam seminggu.

(Credit to health.harvard.edu)

Apa pun punca dan sebabnya, kita boleh rumuskan situasi hypertension atau darah tinggi ni berkait rapat dengan pemakanan dan gaya hidup kita. Fokus untuk dapatkan bacaan tekanan darah yang rendah iaitu di paras normal. Kerana darah tinggi ni, makin kita tua, makin tinggi bacaannya kalau kita tak buat sesuatu untuk pencegahan.

Nak tua dengan sihat kan?

Eat Well! Live Well! Be well!

Jom tua sihat dengan KakNjang.
Wasap KakNjang untuk maklumat lanjut di 0196686767

AzuraAbdul.com

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *