Kepentingan Omega 3 Untuk Kesihatan Sendi

Kepentingan Omega 3 Untuk Kesihatan Sendi Warga Emas | Azura Abdul

Antara kepentingan Omega 3 yang utama bagi warga emas ialah untuk kesihatan sendi. Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan kita memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat dan melakukan perkara lain yang ingin dilakukan.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

Berikut adalah kepentingan omega 3 untuk memastikan kesihatan sendi yang lebih baik:

#1 – Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia  boleh menjejaskan sendi anda menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit. 

Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:

  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.
  • Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan

#2 – Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.

#3 – Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi kita, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

#4 – Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda.

Omega-3 juga:

  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi.
  • Membolehkan pergerakan sendi yang selesa.
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

Saranan KakNjang

Jika anda inginkan pergerakan yang selesa dan lancar, pertimbangkan pengambilan asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda.

Paling mudah untuk mendapatkan omega 3 sebagai sebahagian dari diet kita ialah dengan pengambilan suplemen Omega 3 – OmegaGuard Shaklee minyak ikan tulen yang bergred farmaseutikal.

Artikel berkaitan:

Untuk cadangan Set Kesihatan Tulang dan Sendi, anda boleh dapatkannya di sini…
Bilakah waktu yang sesuai untuk ambil suplemen Omega 3? Baca di sini…
Ketahui Kepentingan Omega 3 untuk ibu menyusu di sini…

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Rujukan
CleavlandClinic.org : Do Omega-3s Help Arthritis? Why these fatty acids should become a part of your diet
PubMed.gov : A meta-analysis of the analgesic effects of omega-3 polyunsaturated fatty acid supplementation for inflammatory joint pain
VeryWellHealth.com : Fish Oil for Arthritis and Joint Pain: Can It Help?

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *